Estate Run Padang Terap 2018

4/06/2018 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama sungguh skip cerita larian Eyda kan. Padahal dah banyak larian yang Eyda masuk sehingga kini.

Kali ini Eyda sertai satu larian di lokasi yang jarang menjadi pilihan untuk acara larian. Larian kali ini diadakan di Padang Terap, Kedah. Lokasi yang agak kurang dikenali dan jauh dari bandar besar.

Larian ini juga unik kerana turut melibatkan kawasan ladang getah. Nak tahu cerita selanjutnya, jom baca penulisan Eyda mengenai larian ini.


ESTATE RUN PADANG TERAP 2018




Larian Estate Run Padang Terap 2018 ini telah pun diadakan pada 3 Februari 2018 yang lalu berhampiran Homestay D'Belimbing, Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Larian ini dianjurkan bersama dengan pihak Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Homestay yang ada di kawasan ini.

Untuk menarik perhatian pelari, larian ini turut menyediakan perkhidmatan bas shuttle dengan harga yang berbaloi untuk pelari membuat pilihan. Lokasi pengambilan pelari juga dibuat di 3 lokasi iaitu Kulim, Sungai Petani dan Alor Setar.

Peserta yang memilih menaiki bas shuttle perlu naik di McDonald's Kulim, Tol Sungai Petani Utara, atau Tol Alor Setar Selatan. Bagi yang memilih Kulim, perlu ada di lokasi yang dimaklumkan sebelum jam 5.00 pagi.

Eyda memilih menaiki bas shuttle kerana ianya lebih mudah dan dapat mengelakkan kejadian sesat untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Malahan tidak membuang banyak tenaga di dalam perjalanan.

Sesampainya di sana kami perlu mengambil wristband masing-masing di kaunter yang telah disediakan.  

wristband

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam larian Estate Run nih. Eyda cuma sempat snap gambar sebahagian peserta sahaja.

Antara peserta yang mengambil bahagian

Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk menyertai larian ini kerana salah satunya jauh dari rumah. Keduanya Eyda ada daftar acara berjalan di Pulau Pinang hari selepasnya.

Tapi memandangkan sahabat Eyda, si Nida nih bersemangat nak sertai larian ini, Eyda turutkan juga. Seronok larian ini kerana dapat berlari di dalam ladang getah.

Bersama Nida

Sebaik acara dimulakan, Eyda dah terpisah dengan sahabat Eyda. Jadinya Eyda berlari sendiri sambil melayan pemandangan dan alam sekitar yang indah serta jauh dari pencemaran.

Selfie itu semestinya
Seperti biasa selfie itu semestinya ada dalam simpanan telefon Eyda. Inilah antara laluan yang kami dilalui sebelum memasuki ladang getah.

Ladang Getah

Inilah laluan yang memasuki kawasan ladang getah, trek yang tidak sekata agak menyukarkan larian. Harus berhati-hati ketika berlari sepanjang berada di dalam ladang getah ini. Kami perlu berlari sekitar 5km di dalam kawasan ladang getah ini.

Getah sekerap
Bagi anak-anak yang tidak pernah melihat pokok getah dan getah sekerap. Eyda snap gambar getah sekerap yang ada di pokok getah.


Tenang jer

Cantik jer pemandangan di dalam ladang getah. Bukan itu sahaja, rasa berangin walaupun ketika itu matahari dah mula naik tinggi yang pastinya matahari telah pun memancarkan cahayanya yang boleh menambahkan peluh.

Yeay dah nak sampai

Eyda akhirnya berjaya habiskan larian bersama dengan kalangan lelaki. Tengoklah gambar yang pakcik Mahamad rakamkan di garisan penamat.

Lega dapat tamatkan larian

Walaupun catatan masa sendiri agak kurang baik berbanding larian yang lain. Tapi ianya kira bagus kerana terpaksa berlari di dalam ladang getah yang mempunyai trek yang tidak sekata.

Catatan masa

Alhamdulillah dapat medal yang comel ini. Sijil e-certificate juga boleh dimuat turun sendiri selepas seminggu event ini berlalu.


Tahun ini nmpaknya mempelbagaikan jenis larian dan tempat larian. Seronok juga sesekali berubah angin.




You Might Also Like

6 comments

  1. nampak seronok bila lari macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang seronok lari macam ni, kurang rasa penat dan dapat berlari dengan jarak yang lebih jauh..

      Delete
  2. bestnya berlari dalam hutan, tenang & sejuk kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sangat lari kat sini.. tenang dan sejuk ja rasa..

      Delete
  3. Rajinnya akak join run ๐Ÿ˜Š mell pun skrg rasa sonok plak join run nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi mampu nak join Mellya.. seronok kan join run macam ni.. tak apa, sebelah Penang terutamanya Seberang Perai ni pun banyak juga event..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti