berlari

Power Run 4 2019

1/16/2019 04:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Setelah sebulan tak sertai sebarang event, makanya Power Run 4 2019 ini event pertama di tahun 2019.

Event ini yang dahulunya pernah dibuat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang, Batu Uban, Gelugor telah berubah lokasi ke Padang Kampung Kastam, Gelugor (sebelah Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor).

Dahulu event ini dikenali sebagai Gelugor Power Run tapi ianya sudah bertukar ke nama Power Run saja.

Medal Power Run 4 2019

Jadinya bila ada perubahan tempat akan ada perubahan pada trek larian berbanding tahun sebelumnya. Perubahan terakhir pada trek larian ini telah menyebabkan jarak bagi kategori 10km menjadi 7km lebih sahaja.

Ini berikutan kerana faktor keselamatan para pelari. Memandangkan laluan yang ditetapkan sebelum ini melibatkan jalan utama. Jadinya laluan terakhir yang telah diputuskan banyak melibatkan kawasan perumahan. Oleh itu kurang risiko keselamatan kepada para pelari. Cumanya ada terjumpa anjing berhampiran kawasan perumahan saja.


Antara laluan berbukit

Apapun kekurangan jarak ini memang agak mencabar para peserta larian kerana laluan ini kebanyakkannya terpaksa melalui kawasan yang berbukit, ianya memang mencabar stamina masing-masing.

Kali ini, Eyda banyak berjalan berbanding berlari. Kurang mampu melayan laluan berbukit walaupun selalu jogging kawasan berbukit berhampiran kawasan perumahan.


Ada kenalan baru dan lama

Kali ini ada yang baru dapat bergambar bersama, kalau tak asyik tegur dalam Facebook jer. Ada jugak yang baru berkenalan. Bila selalu join event sebegini makin banyak kenalan yang berkongsi minat yang sama.

Idola nih, rajin Deana nih berlari

Ini salah seorang idola Eyda, rajin Deana nih berlari. Slim dan fit dia sekarang. Pace pun makin baik hari demi hari.




Ini saja catatan masa yang dapat Eyda buat, makin ke laut dalam pula melihatnya. Apapun dapat buat dengan baik dan sampai ke garisan penamat pun dah memadai. Tak gitu? Yang pasti target nak sihat tercapai.



gadget dapur

Impian Memiliki Gadget Dapur dan Rumah

1/09/2019 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda ada bagitau nak kongsikan barangan yang Eyda beli daripada duit simpanan yang Eyda berjaya simpan untuk tahun 2018.

Memandangkan tabung duit RM20 atau tabung oren Eyda penuh sebelum akhir tahun, makanya Eyda dah berjaya untuk membeli gadget dapur dan rumah yang dah lama Eyda idamkan.

Alhamdulillah berkat menyimpan secara konsisten mampu merealisasikan impian sendiri. Entri berkaitan menyimpan boleh baca kat SINI


AIR FRYER DIGITAL RUSSELL TAYLORS

Gadget dapur yang pertama Eyda dapat adalah Air Fryer Digital Russell Taylors. Eyda beli selepas sale 12.12 yang lepas iaitu pada 14.12.18.



Alhamdulillah masa Eyda beli ada sale sebanyak 13% daripada harga asal di laman web Shopee. Jadinya Eyda dapat beli dengan harga RM206.28 dan percuma kos penghantaran.

Penghantaran pun bagus dan cepat, Eyda beli hari Jumaat dan barang tersebut Eyda terima pada hari Isnin dalam keadaan yang baik.

Bila dah terima apa lagi percubaan pertama dimulakan dengan masak french fries. Elok ja hasilnya dan minyak pun ada lekat pada tray.

Percubaan memasak

Kentang yang belum dimasak. Dah guna air fryer ni dah tak payah nak tunggu kentang hilang sejuk atau beku. Letak ja kentang yang baru dikeluarkan daripada peti ais terus ke dalam air fryer.


Kentang di dalam tray Air Fryer

Hasil yang menarik dan kering daripada minyak. Rasa pun sama ja dengan masak dengan minyak.

Hasilnya kentang goreng
Percubaan seterusnya ayam segera, siap ada lebihan minyak menitis ke tray bahagian bawah air fryer.

Ayam goreng

Ni menu yang masak minggu lepas. Masa nak hantar abang Izzat. Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam

Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam
Hasil pertama mini pizza guna roti pita, sosej dan cheese.

Mini piza

Ada lagi yang masak, tapi tak snap plak gambar. Apapun sejak ada air fryer ni dah tak risau anak nak menggoreng. Guna air fryer dah tak risau terpercik minyak.


PHILIPS PRESSSURE COOKER

Ini pun antara wishlist Eyda, beli Philips Pressure Cooker pun untuk memudahkan Eyda masak sup atau tomyam kaki ayam dan tidak ketinggalan sup tulang.

Itu antara menu yang selalu mengambil masa yang panjang untuk siap bila guna periuk biasa dan masak di atas dapur gas. Masak hampir 2 jam pun masih belum lembut elok. Kena tambah air untuk elak kuah menjadi kering.

Tapi bila beli periuk Philips Pressure Cooker nih, masak kurang dari sejam dah dapat hasil yang diingini.

Eyda beli Philips Pressure Cooker ni dengan harga RM369 dan percuma cooler box Rubbermaid tu. Untung kan?

Philips Pressure Cooker

Percubaan pertama Eyda dengan Philips Pressure Cooker nih, Eyda masak tomyam kaki ayam. 

Philips Pressure Cooker

Tomyam kaki ayam yang Eyda masak. Maaf tak nampak pula kaki ayam sebab kuah tomyam yang banyak.

Kuah tomyam banyak, tak nampak kaki ayam

Letak dalam mangkuk baru nampak rupa tomyam kaki ayam tadi kan. Menarik ja rupanya bila dah letak dalam mangkuk.

Tomyam kaki ayam
Tengoklah hasil kaki ayam yang masak menggunakan pressure cooker. Sedut ja isi, tinggal tulang macam kat bawah nih.

Tulang yang tinggal

STEAM IRON PHILIPS PERFECTCARE POWERLIFE (GC3929)

Barangan terakhir yang menjadi impian Eyda nak beli seterika. Dapatlah Eyda beli steam iron Philips Perfectcare Powerlife.

Seterika nih fungsinya hampir sama dengan seterika Philips yang harga RM1+++ tu. Cuma tangki airnya lebih kecil, hanya pada seterika dan tiada papan iron yang besar.

Apapun Eyda dapat berjimat banyak di situ. Seterika yang Eyda beli ni berharga RM335 dan percuma iron board.

Philips Perfectcare Powerlife

Dah rasmi beberapa minggu, rasa cepat je kerja seterika baju anak-anak dan baju kerja sendiri. Kalau tinggal lama atau terlupa tutup dah tak risau lagi sebab dia auto power cut off. Lagi satu tak payah nak set suhu, semuanya auto.

Philips Perfectcare Powerlife
Seterika ni jugak boleh seterika secara menegak macam iron yang kat pasaraya guna tu. Anak pun semangat nak iron sendiri pakaian. 

Semangat seterika seluar sekolah sendiri

Seronok tengok dia boleh seterika sendiri

Inilah barangan yang Eyda beli hasil tabungan selama setahun. Padahal hasrat nak beli tu dah bertahun-tahun. Kalau tak menabung ni, rasanya sampai sekarang keinginan masih lagi menjadi keinginan.


52 Weeks Money Challenge

Money Saving Challenge 2018

1/07/2019 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, dah seminggu kita berada di tahun 2019.

Macam mana perkembangan perjalanan kehidupan korang sepanjang tahun 2018? Bagi Eyda dan anak-anak Alhamdulillah okay saja walaupun ada juga terselit perkara yang kurang baik.

Macam tahun sebelumnya Eyda dah buka tabung simpanan. Tabung itu bersambungan malah bertambah tabung untuk tahun 2018. Alhamdulillah berjaya juga memenuhkan tabungan tersebut.

Seperti tahun 2017, Eyda sambung lagi tabung 52 Week Money Challenge. Simpanan berdasarkan mingguan iaitu dari nilai RM1 di minggu pertama sehinggalah RM52 untuk minggu terakhir di tahun 2018.

Tapi Eyda tukar skit kaedah simpanan ni kumpul terus untuk sebulan, Eyda ambik nilai yang paling banyak dan paling sikit dan berselang seli untuk bilangan minggu. Jadinya Eyda akan dapat jumlah yang hampir sama setiap minggu. Cuma untuk bulan ke-3, bulan ke-6, bulan ke-9 dan bulan ke-12 akan sedikit banyak daripada bulan yang lain.

Tabung ini untuk menampung perbelanjaan luar jangka di hujung tahun dan juga perbelanjaan berkaitan anak-anak.

52 Week Money Challenge 2018

Jadual simpanan untuk 52 Money Saving Challenge

Tabung oren atau tabung RM20 nih Eyda baru buka untuk simpanan tahun 2018. Tujuan utama untuk persekolahan anak-anak tapi akhirnya Eyda tukarkannya ke tabung gadget dapur dan rumah.

Memandangkan perkiraan Eyda bagi tabung 52 Money Challenge dah memadai untuk anak-anak.

RM52 Money Challenge

Jadual RM20 Money Challenge

Ini tabung terakhir yang Eyda buka untuk tahun 2018. Tujuan tabung ini untuk belanja anak-anak makan sedap-sedap ikut selera anak-anak. Klu ikutkan nak guna masa bercuti, tapi sebab dah berubah perancangan makanya guna untuk penuhi selera anak-anak.

Tabung RM1 sehari

Alhamdulillah semua tabung berjaya dilaksanakan dan juga telah menggunakan hasil simpanan ke tujuan yang diingini.

Untuk barangan gadget dapur dan rumah nanti Eyda kongsikan di entri akan datang ya.

Tabung untuk tahun 2019 kali ini akan ada sedikit perubahan. Harap ianya berjaya sepertimana tahun sebelumnya. In shaa Allah, Aamiin.


Blog yang Diikuti