susu segar

Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh

9/11/2019 10:18:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai yang sukakan susu di sebabkan khasiat yang ada padanya. Tapi tidak dinafikan ada yang alah pada kandungan laktosa pada susu tersebut.

Kini dengan inisiatif Farm Fresh telah pun mengeluarkan susu segar Farm Fresh yang bebas laktosa, jadinya pada peminat susu yang alah pada kandungan laktosa pada susu boleh menikmati susu segar keluaran Farm Fresh ni.

Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh

Kalau diikutkan Eyda pagi-pagi memang tak boleh nak minum minuman bersusu. Kalau minum ja mula laa nak mencari tandas.

Memang cepat betul usus bertindak balas dengan susu kan. Tapi bila dah cuba minum susu segar bebas laktosa (lactose intolerant) ini rasa perut okay jer.

Susu segar bebas laktosa ini didatangkan dalam dua variasi. Satunya susu penuh krim dan satu lagi susu rendah lemak.


Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Penuh Krim)

Susu segar bebas laktosa jenis penuh krim ini berlabel berwarna oren atau jingga. Jadinya kalau sukakan susu segar yang penuh krim, ambil ja ni.



Betul ke susu ni bebas laktosa? Tak percaya, tengok ja pada label susu ini. Sukrosa dan laktosa 0g. Maknanya tiada kandungan sukrosa dan laktosa di dalam susu ini.

Kalau korang nak tau apa perbezaan antara susu segar penuh krim dan juga susu rendah lemak ni, tengok saja pada kandungannya. Nampak tak jumlah kandungan lemaknya 3.8g.


Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Rendah Lemak)

Bagi yang inginkan susu segar yang rendah lemak dan semestinya bebas laktosa boleh saja mencuba susu segar berwarna biru atau torquise ini.


Susu segar bebas laktosa dan rendah lemak ini hanya mengandungi 1.8g saja. Bagus untuk yang ingin berdiet. Eyda dan Kimie lebih suka susu segar bebas laktosa rendah lemak ini lagi berbanding susu segar bebas laktosa penuh krim.

Rasanya yang ringan dan sesedap rasa menambahkan kesedapan susu ini. Apapun kedua-dua susu ini memang sedap. Cepat saja susu ini habis di rak peti sejuk pasaraya.

Apapun masih banyak tempat belum memasarkan susu ini. Jadinya agak terhad. Kalau korang tak jumpa kat mana-mana pasaraya, boleh ja cari homedealer Farm Fresh di kawasan berdekatan korang ja.

Sekarang Eyda dan Kimie lebih sukakan susu segar bebas laktosa kelauran Farm Fresh ini berbanding susu lain dipasaran. Wah lebih kerap laa Eyda dapat minum susu lepas nih. Kalau tak terpaksa hadkan jugak.



Mengenai Denaihati

9/10/2019 05:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa tak kenal dengan Denaihati? Rasanya ramai yang mengenali facebook page Denaihati terutamanya facebook page Denaihati Network yang kita selalu lihat di facebook.



Ramai yang menjadi pengikutnya dan kerap berkongsi artikel atau apa saja penulisan Denaihati Network yang bagus untuk bacaan diri sendiri dan juga perkongsian untuk semua.

Memang agak bagus penulisan dan juga kata-kata hikmat yang dikongsikan di facebook, instagram dan juga tweeter. Eyda pun antara pengikut mereka.


Mengenai Denaihati

Tapi tahukah korang pemilik facebook page Denaihati Network dan blog Denaihati ini ialah tuan haji Amir Hassan. Beliau telah pun mula menulis blog Denaihati ini pada 13 Julai 2008 yang lalu. Wah sama tarikh lahir anak Eyda yang kedua cuma tahunnya saja tak sama rupanya. Anak Eyda lahir pada 13 Julai 2007.



Penulis blog Denaihati ini pada mulanya menjadikan landasan blog ini untuk mencurahkan rasa hati dengan meneruskan hobi menulis daripada bangku sekolah. Bermula dengan entri "Politik yang bingung" iainya berterusan sehingga beribu-ribu entri dengan pelbagai kategori.

Bukan itu saja, pemilik blog Denaihati ini juga suka mengembara ke negara luar. Korang boleh baca entri berkaitan di travelog Denaihati atau korang nak tengok gambar kembara tersebut di facebook dengan menaip tanda palang #kembaraDH.

Banyak gambar kembara Denaihati ke negara luar seperti  Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, Perancis, Jepun, Turki, Australia dan banyak lagi.

Suka Eyda melihat gambar kembara Denaihati ke negara luar. Banyak jugak tempat yang menarik  yang dikongsikan sepanjang kembara tersebut.

Selain itu, hobi menulis ini telah pun menjadikan blog Denaihati antara top 10 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang tinggi.Wah hebatkan.

Bukan itu saja, Denaihati juga telah menerajui kedai online pada tahun 2017 dengan dikenali sebagai Denaisell.com .Banyak produk yang menarik boleh kita perolehi melalui kedai online Denaisell ini. Kedai ini juga membantu usahawan online untuk memasarkan produk mereka dengan kadar yuran penyertaan yang minima.



berlari

JomRun Merdeka 5km Fun Run

9/09/2019 01:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pada 1 September yang lalu,  Eyda dan kawan-kawan ada sertai larian sempena Kemerdekaan.

Larian ini asalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2019 terpaksa ditukarkan ke 1 September 2019 disebabkan pertembungan acara perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang diadakan di Dataran Padang Pemuda, Butterworth.

Manakala acara larian ini diadakan di De Garden Hotel, Butterworth. Jadinya acara ini diubah ke tarikh baru lebih kurang sebulan sebelum acara.



Larian yang Eyda sertai kali ini anjuran JomRun iaitu JomRun Merdeka 5km Fun Run. Masa Eyda daftar hari tu hanya serendah rm38.


Larian dimulakan jam 7.30 pagi. Larian yang sepatutnya diadakan sejauh 5km menjadi hampir 6km. Fuhh jauh jugak kami berlari hari tu.


Medal dia pun cantik siap boleh berputar bintang di tengahnya.




Seperti biasa mestilah bergambar dengan kawan-kawan yang jumpa di sana.





Seronok sebenarnya sertai larian sebegini ,selain dapat membakar kalori bahkan dapat berjumpa kawan-kawan seangkatan dalam larian.


peperiksaan

UPSR 2019

9/05/2019 11:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap saja masa berlalu.



Hari ini merupakan hari kedua peperiksaan UPSR bagi tahun 2019. Tahun ini jugak debaran masih sama macam tahun lepas.



Jika tahun lepas anak sulung Eyda, Izzat yang menduduki peperiksaan UPSR,  tahun ini giliran Kimie pula.



Hari paling gentar hari ini bila melibatkan subjek yang anak kurang mahir. Ibu hanya mampu bagi kata-kata semangat, doa dan tawakal pada Allah saja.



Moga anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR kali ini dapat menjawab dengan baik. Aamiin.


percutian

Rancang Percutian Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Saleabration

9/01/2019 03:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu. Sekarang kita telah pun berada di bulan September. Tinggal beberapa bulan saja lagi kita berada di tahun 2019 kan.

Bermula pada bulan September ini banyak peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM akan diadakan.

Setelah peperiksaan besar UPSR, PT3, SPM dan STPM ini berakhir, dengar-dengar anak-anak sudah pun tamat sesi persekolahan bagi tahun 2019.

Ketika itu mulalah anak-anak bertanyakan mengenai percutian. Ibu bapa apa lagi ketika itu barulah mula sibuk mencari destinasi percutian menarik untuk anak-anak.

Biasanya harga bilik hotel dan juga tiket penerbangan berganda mahalnya masa cuti sekolah berbanding harga hujung minggu biasa.

Lumrah manusia memang suka bercuti. Ini kerana ketika bercuti kita dapat lepaskan segala bebanan, tekanan dengan menikmati pemandangan dan suasana yang menyamankan diri.

Eyda pun tidak ketinggalan. Setiap tahun terutamanya cuti sekolah hujung tahun, mesti Eyda akan mula merancang percutian untuk anak-anak. Biasanya destinasi di dalam negara yang menjadi pilihan.

Ini kerana masa cuti hujung tahun merupakan masa yang lebih mudah untuk merancang percutian keluarga untuk tempoh yang lebih lama dengan destinasi yang menjadi idaman.

Memandangkan anak sulung Eyda dah tinggal di asrama memang agak sukar nak merancang percutian bersama anak-anak di hujung minggu biasa kecuali cuti panjang seperti cuti sekolah hujung tahun.

Biasanya untuk mencari tawaran percutian dengan harga yang menarik, Eyda memang lebih suka mengintai tawaran hebat seperti mana Matta Fair 2019 KL yang diadakan setiap tahun.                                         

Memandangkan lokasi rumah Eyda yang agak jauh nak terjah Matta Fair 2019 di PWTC, rasanya tak berbaloi jika Eyda nak ke Matta Fair semata-mata untuk dapatkan tawaran bilik hotel yang murah.

Jadinya Eyda mengambil langkah mudah dan senang iaitu dengan mencari promosi bilik hotel dan tiket kapal terbang melalui laman web. Dalam banyak-banyak laman web, Eyda terpesona dengan laman web Traveloka.


Traveloka Saleabration



Baru-baru ini Eyda lihat ada kawan-kawan hebahkan mengenai promosi Traveloka Saleabration yang sedang berlangsung bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019.

Fuhh apa lagi, laju ja tangan Eyda terjah laman web Traveloka untuk mencari destinasi percutian menarik dengan harga yang terbaik buat keluarga kecil Eyda.

Banyak juga online flight deals yang ditawarkan Traveloka sehinggakan Eyda dah jadi rambang mata untuk memilih destinasi percutian Eyda bersama anak-anak nanti.

Memang banyak betul promosinya. Bayangkan diskaun bagi tempahan penerbangan, bilik hotel, xperience dan pengangkutan lapangan terbang ini kita oleh berjimat sehingga RM350. Berbaloi tempah percutian sekarang dengan promosi Traveloka Saleabration.



Niat di hati Eyda teringin nak bercuti ke Perth, Australia. Dapat juga tengok kanggaru dan beruang koala dari jarak dekat. Selain itu dapat juga melawat tempat-tempat yang menarik dan berjumpa sahabat yang tinggal di sana.




Apa lagi ligat saja tangan Eyda tengok tawaran bilik hotel dan tiket kapal terbang yang Traveloka tawarkan. Ehh harganya boleh tahan, yang pastinya tiada caj tersembunyi. Mudah bagi kita nak buat perbandingan harga.


Korang ada ke merancang untuk bercuti ke destinasi pilihan? Kalau ada, Eyda cadangkan korang tempah melalui Traveloka sebab promosinya juga sehebat promosi Matta Fair.

Tawaran promosi percutian daripada Traveloka ini tidak terhad dalam tempoh masa tertentu. Jadinya kita boleh memilih mana-mana tarikh yang kita ingini untuk bercuti.



Cuma tempahan percutian kita itu kena buat dalam tempoh 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019 untuk mendapatkan diskaun hebat promosi Traveloka Saleabration ini.

  

Gambar kredit daripada Traveloka dan google 


maal hijrah

Maal Hijrah 1441H

8/29/2019 10:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita kini berada di minggu terakhir di penghujung bulan Zulhijjah 1440H.

Sekejap jer masa berlalu. Adakah ada sesuatu yang dapat kita ubah di tahun ini atau ianya akan dibawa ke tahun akan datang?

Apapun moga yang terbaik kita lakukan untuk diri kita sendiri.



Doa Akhir Tahun 1440H

Doa akhir tahun 1440H ini seharusnya dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) iaitu pada 30 Zulhijjah 1440H atau bersamaan dengan 31 Ogos 2019.


Doa Awal Tahun 1441H

Doa awal tahun 1141H ini sebaiknya dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada malam 31 Ogos 2019 bersamaan 1 Muharram 1441H atau lebih mudah faham 30 Zulhijjah malam selepas Maghrib.

* Mengikut kalendar Islam tarikh akan berubah setelah masuknya waktu Maghrib.


Moga info ini membantu anda untuk titipkan doa akhir tahun 1440H dan awal tahun 1441H. Aamiin

minuman

Origina Dairy Minuman Berasaskan Susu

8/22/2019 09:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Anda suka minum susu? Eyda suka minum susu, tapi kadang kala perlu mengehadkan bila alergi melanda. 

Mungkin ada dikalangan korang yang suka sangat dengan susu dan tidak terkecuali mungkin ada yang kurang menggemarinya. Tidak ketinggalan ada yang alergik terhadap tenusu terutamanya susu lembu macam Eyda.

Bukan itu saja, ada yang suka minum kosong tanpa perisa tambahan, ada yang tak mampu minum susu sahaja tanpa perisa tambahan lain. Kononnya tak boleh nak telan. Tak gitu? 

Bagi yang tak suka susu kosong, bolehlah mencuba produk Origina Dairy nih. Minuman susu Origina Dairy mengeluarkan 3 perisa iaitu Teh Tarik Milk Tea, Chocolate Flavoured Milk dan Tamar Milk.  



Eyda dah cuba minum perisa Teh Tarik Milk Tea dan Chocolate Flavoured Milk dua-dua sedap. Tamar Milk ja Eyda belum pernah cuba, tapi ada yang cakap kurang sedap. 

Sebenarnya sebelum nih Eyda ada tengok susu ni dijual di 7 Eleven, tapi teragak-agak nak beli. Bila nampak post FB sepupu Eyda yang dah mencuba minum Teh Tarik Milk Tea apa lagi minta komen laa. Dia cakap sedap, itu yang bila ke 7 Eleven terus beli.

Itu komen daripada sepupu Eyda, tapi kali ini komen Eyda sendiri. Bila diri sendiri yang merasa dengan anak-anak semuanya mengeluarkan komen yang sama.

Chocolate Flavoured Milk
Chocolate Flavoured Milk kalau ikutkan antara produk biasa dalam pengeluaran produk susu berperisa. Rasanya sedap macam susu perisa coklat yang lain. Memang cukup kombinasi rasa susu dan coklatnya. Yang pasti kurang manis.

Chocolate Flavoured Milk

Teh Tarik Milk Tea
Teh Tarik Milk Tea nih sedap sebab kombinasi rasa teh dan susu yang cukup. Malah ianya tak terlalu manis. Sesedap rasa gitu. Okay laa bagi yang suka teh yang kurang manis.

Teh Tarik Milk Tea

Sesekali nak bertukar rasa bolehlah minum air nih. Apapun Eyda lebih suka minum air kosong. Bukan saja baik untuk kesihatan dan ianya juga amat disarankan untuk kebaikan tubuh badan kita.


p/s : Ini bukanlah entry berbayar ya. Eyda beli dan bayar untuk cuba sendiri produk ini.



event

Kedah Coffee Chocolate Run 2019

8/20/2019 10:12:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari Sabtu yang lepas Eyda bersama anak-anak serta kawan-kawan berkesempatan sertai larian Kedah Coffee Chocolate Run di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. 

Kiranya inilah masa untuk  Eyda luangkan masa bersama anak-anak di hari cuti terakhir bagi negeri Kedah. Lagi pun pada petangnya Eyda perlu menghantar Izzat balik ke asrama.

Dikhabarkan majlis perasmian event larian Kedah Coffee Chocolate Run akan diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Malangnya hanya YB kawasan saja yang hadir untuk acara pelepasan peserta larian.



Dalam banyak-banyak event larian yang Eyda pernah sertai, inilah rasanya event yang paling teruk daripada segi pengurusan.



Kenapa Eyda komen sebegini, korang boleh baca catatan yang Eyda tulis di dalam Facebook sebelum ini. Catatan ini juga Eyda kongsikan di blog Eyda ini.

Luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak

Pelbagai masalah yang peserta hadapi di hari sebelum dan juga di hari event larian Kedah Coffee Chocolate Run berlangsung. Jom baca catatan Eyda nih.

πŸ‘ŽRace Kit
Tempoh pemberian race kit sepatutnya diadakan selama 2 hari dikurangkan ke sehari. Satu kaunter race kit saja dibuka yang hanya 3 orang yang bertugas. Bayangkan Eyda terpaksa beratur dari jam 6.06 petang hingga 8.20 malam untuk mendapatkan 5 race kit.

Gambar ketika jam 6.06 petang

Gambar ketika 6.06 petang

Gambar ketika 6.35 petang 

Gambar ketika 7.59 malam

πŸ‘Ž Flag Off
Sepatutnya flag off bagi kategori 10km jam 7.00 pagi tapi kami hanya dilepaskan jam 7.35 pagi. Bagi kategori 6km sepatutnya flag off jam 7.15 pagi tapi dilepaskan jam 7.40 pagi.

Kami berlari kategori 10km

Abang Izzat berlari 3km

πŸ‘Ž Water station
Ada beberapa water station disediakan bagi laluan 10km tapi malangnya tiada sesiapa pun daripada pihak urusetia event yang menjaganya. Kiranya sesiapa pun boleh ambil sebanyak mana yang suka.




πŸ‘Ž Perubatan / Medic
Tiada satu pun pasukan perubatan yang ditugaskan dalam menjaga hal ehwal berkaitan perubatan. Kalau ada peserta yang tiba-tiba cramp atau sebagainya, pandai-pandai jelah jaga diri sendiri atau pun minta tolong daripada anggota RELA yang ada.

πŸ‘Ž Marshall
Tiada seorang pun marshall yang ditugaskan untuk mengawasi peserta di sepanjang laluan larian. Kiranya peserta hanya mengharapkan anggota RELA yang sediada dan juga tanda arah yang ada di sepanjang laluan larian. Hal ini juga telah menyebabkan peserta larian telah tersalah laluan dan tidak berlari di laluan yang sepatutnya.

πŸ‘Ž Check point
Tiada sebarang check point disediakan sehinggakan ada peserta untuk kategori 6km telah menipu dalam lariannya.

πŸ‘Ž Laluan mengelirukan
Ada kekeliruan laluan bagi kategori 10km yang telah menyebabkan ada peserta yang hanya berlari 6km termasuklah diri saya sendiri. Rupanya jika diamati pelan laluan larian, semua peserta termasuklah kategori 10km perlu berlari di dalam kawasan Cinta Sayang Resort terlebih dahulu sebelum meneruskan larian ke arah luar kawasan perumahan dan kilang berhampiran kawasan Cinta Sayang Resort tersebut. Hal ini telah menyebabkan Eyda dan kebanyakan pelari hanya berlari sejauh 6km sahaja.

Jadi pacer dan sweeper Kimie
Timing ikut Kimie


πŸ‘Ž Pemenang tidak valid
Dikhabarkan ada peserta yang tidak mengikut laluan yang betul telah dipilih sebagai pemenang. Kiranya ada pemenang berlari tidak tidak mengikut jarak larian dan laluan yang betul.

πŸ‘Ž Pengurusan pihak penganjur yang berterabur
Penganjuran event yang lebih menampakkan ingin mengaut keuntungan tanpa usaha untuk menjadikan event larian ini sempurna sebagai kepuasan kepada semua peserta larian. Sepatutnya pihak penganjur perlulah belajar mengenai selok belok pengurusan event larian dengan baik sebelum menganjurkan sendiri event larian.

Di dalam kekurangan yang ada di dalam penganjuran event larian Kedah Coffee Chocolate Run ini, terselit juga beberapa perkara yang baik. Tidak banyak pun sedikit sebanyak ada juga perkara yang baik.

πŸ‘ Baju dan medal
Rekaan baju dan medal yang cantik. Material baju pun selesa dan sedap dipakai.



πŸ‘ Gift voucher
Banyak juga gift voucher yang diterima daripada event larian ini.




πŸ‘ Breakfast / Makan / Minum
Semua peserta diberikan bihun goreng, air kopi cap Kapal Api dan tidak ketinggalan air Milo daripada lori Milo.

Apapun Eyda memang rasa agak terkilan dengan penganjur event larian ini yang Eyda rasakan kurang cekap. Rasanya inilah event yang paling teruk yang pernah Eyda sertai setakat ini.

Moga pihak penganjur event ini mengambil maklum semua komen dan kekurangan ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam menganjurkan sesuatu event larian.

Dapat jugak join bersama kawan berdua nih

Blog yang Diikuti