buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan Mutiarasa | The Light Hotel, Penang

4/20/2018 05:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Syaaban telahpun menjelma, tidak lama lagi Ramadhan pula akan menyusul.

Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba kurang dari sebulan saja lagi, pelbagai promosi buffet Ramadhan telah pun bermula. Anda boleh mula membuat pilihan di atas promosi yang ditawarkan.

Tidak ketinggalan pihak The Light Hotel juga telah pun mula mempromosikan buffet Ramadhannya pada tahun ini. Ada lebih 140 pilihan menu yang ada di sini.


Buffet Mutiarasa

Dengan menggunakan tema Mutiarasa ianya memang sesuai dengan menu buffet yang lain yang turut juga disajikan menampilkan menu istimewa Utara terutamanya menu tempatan Penang yang berasaskan kari.

Pihak The Light Hotel mengetengahkan menu bercirikan Pulau Pinang iaitu Kari Kepala Ikan yang merupakan menu istimewa pada kali ini.

Kari Kepala Ikan


Selain itu, tidak ketinggalan menu Ayam Bawang dan Gulai Udang juga memang istimewa di sini. Menu ini mampu menarik penggemar menu nasi kandar untuk menikmati juadah berbuka puasa di sini.

Ayam Bawang

Gulai Ketam

Tidak ketinggalan menu Kambing Golek Warisan Tok Wan semestinya antara menu yang dicari pengunjung buffet Ramadhan. Penggemar kambing pastinya tidak melepaskan peluang untuk merasai keenakan kambing golek ini.

kambing golek (kredit to www.cikpinz.com)


Bagi yang meminati ulam-ulaman, di sini turut juga disajikan pelbagai jenis ulam-ulaman bersama pelbagai sambal.

Ulam-ulaman dan sambal

Bukan itu saja, menu popular di negeri lain di Malaysia juga turut disajikan di sini seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak. Penggemar tempoyak pastinya tidak ketinggalan merasai keenakan menu ini.

Gulai Ikan Tempoyak Che Yah Gebu

Selain itu, ada menu Bubur Durian bersama Roti Benggali juga antara menu kegemaran ramai.

Pengat Durian





Bufet Ramadan Mutiarasa

Bermula dari 18 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018
Jam 7 petang hingga 10 malam
Bertempat di Spice Brasserie, The Light Hotel Penang




Harga
Dewasa RM110
Kanak-kanak dan warga emas RM90

Promosi baucer awal sehingga 30 April 2018
RM88

Juadah Qash'ah

The Light Hotel pada kali ini menampilkan sesuatu kelainan dalam buffetnya yang bercirikan tradisional iaitu Juadah Qash'ah. Ianya disajikan di dalam talam yang mampu membangkitkan memori lampau dengan diterapkan sedikit pengaruh Arab. Sajian ini boleh dimakan bersama 4 orang.

Juadah Qash'ah (kredit to www.murnialysa.com)

kredit to www.murnialysa.com



Juadah Qash'ah

Bermula dari 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Jam 7 petang

Harga RM250 untuk 4 orang makan(setalam)




Lokasi The Light Hotel



The Light Hotel Sdn Bhd
Lebuh Tenggiri 2
Bandar Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya Penang

Tel : 04-3821111


virtual run

Ultra V Runner

4/18/2018 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Pagi tadi Eyda dapat email daripada Ultra V Runner, tak sangka pula gambar yang Eyda share dalam Facebook di ambil untuk beri semangat buat semua ahli Ultra V Runner.




Bagus sebenarnya berdaftar dengan Virtual Run (VR) daripada Ultra V Runner, ini kerana pelbagai VR diadakan samada secara percuma atau berbayar turut ada di sini.

Selain itu, kita akan lebih bermotivasi kerana pihak Ultra V Runner sentiasa berkongsi tips, kata-kata semangat dan juga berkongsi medal atau baju yang ahli lain pernah terima di dalam VR yang telah diadakan.

Antara tips yang dikongsikan

Kata-kata motivasi

Medal yang dikongsikan ahli yang lain dalam Facebook

Info mengenai VR ada Eyda kongsikan di dalam entri yang lalu di SINI. Mana tahu ada kawan-kawan yang turut sama berminat sepertimana Eyda.



tempat makan menarik

Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim

4/13/2018 09:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada ke pembaca blog Eyda yang meminati char koey teow dan tinggal sekitar Kulim, Kedah?

Jika ya, apa kata anda singgah makan di Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim, Kedah ini. Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim ini baru saja dibuka di lokasi baru ini pada 14 Mac 2018 yang lalu.

Sg Dua Char Koey Teow

Memang agak baru pembukaan Sg Dua Char Koey Teow Cawangan Kulim ini kan. Pembukaan baru ini juga turut menampilkan tambahan menu makanan dan minuman yang baru. Bukan itu saja, konsep restoran juga diubah agar nampak sedikit kelainan kreatif dan klasik.

Meja dan kerusi
Unik dan kreatif meja dan kerusi di sini. Ianya dihasilkan dari kayu terpakai dan besi paip. Cantik kan hasilnya.


Hiasan dalaman kedai

Selain itu, bakul sampah dijadikan hiasan pada lampu. Selain diletakkan batu seperti susunan gabion di dalam sangkar pada setiap tiang di penjuru dan hujung kedai.

Lukisan di dinding dapur

Bukan itu saja, siap ada lukisan di dinding dapur kedai ini. Boleh laa klu ada yang nak selfie di sini. Eyda suka dengan hiasan kedai yang memang menarik perhatian pengunjung ke sini.


ANTARA MENU YANG DISAJIKAN

Menjejaki ke sesebuah kedai makan atau restoran, pastinya menu yang disajikan menjadi perhatian untuk memilih menu yang ingin dijamah.

Memandangkan kami makan di kedai yang menghidangkan char koey teow, pastinya menu char koey teow yang menjadi pilihan utama berbanding menu yang lain.


Char Koey Teow

Menu yang menjadi tarikan di sini pastinya Char Koey Teow Lobster. Fuhh nampak seekor lobster memenuhi pinggan char koey teow.

Bagi Eyda harga RM10.00 sepinggan memang berbaloi dengan rasa yang disajikan. Anak-anak Eyda pasti memesan hidangan ini jika berkesempatan ke sana.

Char Koey Teow Lobster

Jika anda tidak berminat dengan lobster, anda boleh memilih Char Koey Teow Biasa atau Char Koey Teow Kecil. Pilihan biasa bagi yang tidak sukakan kelainan dalam menu char koey teow. Harga sepinggan Char Koey Teow Biasa ialah RM6.00 manakala Char Koey Teow Kecil RM5.00

Char Koey Teow Biasa

Selain itu, anda juga boleh memilih Char Koey Teow Sotong. Sesuai bagi peminat sotong untuk menikmatinya. Harga sepinggan Char Koey Teow Sotong ialah RM6.00.

Char Koey Teow Sotong

Selain itu, anda juga boleh menikmati Char Koey Teow Special  dan juga Char Koey Teow Seafood yang turut disajikan di sini.

Mungkin ada ahli keluarga atau sahabat anda yang tidak meminati char koey teow, di sini mereka boleh juga memilih menu lain sebagai hidangan pilihan.


Nasi Goreng

Jika sebelum ini kami dah mencuba merasai Char Koey Teow Lobster. Kali ini kami mencuba Nasi Goreng Lobster pula. Harga sepinggan Nasi Goreng Lobster ialah RM11.00.

Bagi tekak kami sedap juga nasi goreng nih. Pakat rasa sorang sikit. Gigih kan kami sanggup ulang beberapa kali singgah ke sini untuk mencuba menu lain yang ada di sini.

Nasi Goreng Lobster

Di sini turut sama ada pilihan Nasi Goreng Udang, Nasi Goreng Sotong dan juga Nasi Goreng Seafood.


Western

Antara menu yang disajikan ialah Chicken Chop. Harga yang sepinggan Chicken Chop ialah RM10.90.

Bagi Eyda rasanya ini agak kurang membangkitkan keinginan untuk ulang makan lagi. Mungkin ketika memasak hidangan Eyda ini diaorang kurang perhatian. Apapun anda boleh cuba kerana salad yang disajikan memenuhi citarasa.

Chicken Chop

Tidak ketinggalan, menu pasta turut ada di sini. Menu pasta yang Eyda pernah cuba ialah Pasta Bolognese. Harganya ialah RM9.90 sepinggan. Ianya dipenuhi dengan isi ayam dan cili benggala.

Pasta Bolognese


Soup

Jika anda inginkan menu ringkas dan ringan. Anda boleh mencuba Mushroom Soup + Garlic Bread. Harganya ialah RM5.90. Memang sedap dan tak menyesal jika anda mencubanya.

Mushroom Soup + Garlic Bread

Cheesy Wedges ini merupakan menu untuk kanak-kanak. Menu yang turut sesuai dan sedap untuk anda nikmati sebagai kudapan anda. Harganya hanya RM5.90.

Cheesy Wedges


Minuman

Ada pelbagai jenis minuman yang disajikan di sini. Agak rambang mata untuk memilih minuman di sini.

Beberapa minuman telah pun kami cuba antaranya Bandung Soda, Milo Taboq, Jus Epal, Jus Tembikai, Ice Lemon Tea, Nescafe, Lemon Barli dan Bandung Cincau.


Bandung Soda

Milo Taboq

Jus Epal

Jus Tembikai

Ice Lemon Tea

Nescafe


Minuman yang Eyda telah cuba di sini ialah Lemon Barli. Sedap manis-manis masam rasanya. Kiranya memang sesedap rasa airnya.


Lemon Barli

Rasa air Bandung Cincau ni bagi Eyda kurang sikit. Cincau pula diaorang tak letak banyak. Kombinasi yang terhasil pun jadi agak kurang.

Bandung Cincau

Untuk makluman, restoran ini selalunya akan dipenuhi dengan pengunjung sekitar selepas waktu Maghrib. Jika tidak ingin menunggu lama, lebih baik elakkan waktu sebegitu.


LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN





Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim
Lot 193, Jalan Saujana,
Taman Industri Saujana,
09600 Lunas, Kedah


Buka hari Khamis hingga Selasa
Jam 4.00 petang - 2.00 pagi

TUTUP : RABU



virtual run

Escape Run | 15km Virtual Run

4/11/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pernah dengar Virtual Run? Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan virtual run?

Bagi yang biasa dengan larian mungkin pernah dengar, tapi yang tidak biasa akan sedikit tertanya  mengenainya.


VIRTUAL RUN

Virtual Run (VR) ialah salah satu aktiviti larian / jalan yang anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan tempat mengikut jumlah jarak yang telah anda daftar.

Jadinya anda kena berlari / jalan mengikut jarak yang didaftarkan menggunakan aplikasi yang ditetapkan oleh penganjur aktiviti virtual run itu sendiri.

Anda jangan risau, anda boleh melakukan larian ini beberapa kali sehingga cukup jumlah yang didaftarkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Walaubagaimana pun, anda kena lebih peka kerana ada juga virtual run yang anda perlu berlari untuk sekaligus. Biasanya untuk jarak yang pendek seperti 5km.

Biasanya penganjur akan membuka untuk mendaftar sekitar sebulan atau seminggu sebelum aktiviti larian / jalan ini dimulakan. Anda boleh mendaftar untuk medal sahaja atau bersama dengan baju.

Selepas tamat sahaja aktiviti larian mengikut jumlah yang didaftarkan, anda perlulah menghantar screenshot larian anda itu melalui email atau whatsapp yang diberikan.

Medal atau baju akan diposkan kepada anda setelah pihak penganjur mengesahkan larian anda itu. Larian ini memang sesuai bagi yang sukar untuk mendaftarkan larian lebih awal atau masa kerja / aktiviti lain yang tidak menentu.


Escape Run | 15km Virtual Run

Medal VR Escape Run

Untuk pengetahuan anda, Eyda telah pun mendaftarkan diri untuk Virtual Run dari Ultra V Runner 
pada bulan Februari yang lalu.

Cuma medalnya sahaja yang Eyda baru terima minggu lepas. Ini kerana terdapat sedikit kesulitan berkaitan medal yang ditempah oleh pihak Ultra V Runner.

Apapun medal yang cantik ini menaikkan lagi semangat Eyda untuk turut sama berlari secara virtual run dan juga menyertai event larian yang biasa.

Sehingga kini, Eyda dah daftar 3 virtual run yang menyediakan medal selain 2 virtual run untuk melayakkan diri mendapat t-shirt dari pihak Ultra V Runner selain dapat mengumpul mata.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, 3 virtual run yang Eyda daftar ini bukan sahaja dari pihak Ultra V Runner. Malah dari Marathonmy.com dan juga Score Run . Medalnya nanti akan Eyda kongsikan di dalam entry akan datang bila Eyda terimanya nanti.


dadih dan susu segar

Dadih dan Susu Segar Jabatan Perkhidmatan Veterinar

4/09/2018 07:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm korang suka dadih atau susu segar? Jika korang suka, korang boleh dapatkannya di Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.

Tapi apa yang Eyda tahu, tidak semua masih menawarkan perkhidmatan ini, tapi korang bolehlah semak di kawasan korang sendiri mengenainya.

Bagi penduduk sekitar Kulim, Kedah dan berhampiran, korang boleh dapakan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Jalan Tunku Bendahara, Kulim.

Tidak tahu? Korang belok sahaja di sebelah kiri di lampu isyarat bersebelahan Pejabat Pos Kulim. Selepas itu, pasinya korang nampak lokasinya.


Dadih dan Susu Segar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jika dahulu dadih dan susu segar dijual di dalam tempat yang berbentuk seperti botol. Kini ianya hanya tinggal kenngan kerana ianya kini hanya dijual di dalam satu ruangan seperti bilik yang dibuka di tepi pagar Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Dadih

Pada mulanya anak Eyda terutamanya Kimie hanya berminat pada dadih yang dijual. Sebelum ini hanya akan beli dadih susu ini di pasar malam jika terjumpa. Kali ini Eyda membawanya membeli di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan harganya lebih murah dari yang dibeli di pasar malam iaitu RM1.70 satu bekas.

Susu Lembu Segar

Sebelum ini, membeli susu segar seperti susu keluaran HL, Farm Fresh, Dutch Lady, Good Day dan sebagainya. Kali ini Eyda beli di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sendiri. Harganya hanya RM5.00 untuk seliter. Okaylah harga tu untuk seliter.

Senarai harga

Baru -baru ini Eyda dapat mengambil gambar senarai harga termasuk waktu urusan untuk memudahkan sahabat Eyda yang ingin mendapatkan dadih dan susu segar di sini. Korang boleh semak harganya di sini ya. Jika korang rasa berbaloi bolehlah beli di sini.


Lokasi dan Waktu Urusniaga



Waktu Urusniaga

Ahad - Rabu
8.30 pagi - 4.45 petang

Khamis 8.30 pagi - 3.30 petang

Tutup
Jumaat / Sabtu dan Cuti Umum

berlari

Estate Run Padang Terap 2018

4/06/2018 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama sungguh skip cerita larian Eyda kan. Padahal dah banyak larian yang Eyda masuk sehingga kini.

Kali ini Eyda sertai satu larian di lokasi yang jarang menjadi pilihan untuk acara larian. Larian kali ini diadakan di Padang Terap, Kedah. Lokasi yang agak kurang dikenali dan jauh dari bandar besar.

Larian ini juga unik kerana turut melibatkan kawasan ladang getah. Nak tahu cerita selanjutnya, jom baca penulisan Eyda mengenai larian ini.


ESTATE RUN PADANG TERAP 2018




Larian Estate Run Padang Terap 2018 ini telah pun diadakan pada 3 Februari 2018 yang lalu berhampiran Homestay D'Belimbing, Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Larian ini dianjurkan bersama dengan pihak Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Homestay yang ada di kawasan ini.

Untuk menarik perhatian pelari, larian ini turut menyediakan perkhidmatan bas shuttle dengan harga yang berbaloi untuk pelari membuat pilihan. Lokasi pengambilan pelari juga dibuat di 3 lokasi iaitu Kulim, Sungai Petani dan Alor Setar.

Peserta yang memilih menaiki bas shuttle perlu naik di McDonald's Kulim, Tol Sungai Petani Utara, atau Tol Alor Setar Selatan. Bagi yang memilih Kulim, perlu ada di lokasi yang dimaklumkan sebelum jam 5.00 pagi.

Eyda memilih menaiki bas shuttle kerana ianya lebih mudah dan dapat mengelakkan kejadian sesat untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Malahan tidak membuang banyak tenaga di dalam perjalanan.

Sesampainya di sana kami perlu mengambil wristband masing-masing di kaunter yang telah disediakan.  

wristband

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam larian Estate Run nih. Eyda cuma sempat snap gambar sebahagian peserta sahaja.

Antara peserta yang mengambil bahagian

Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk menyertai larian ini kerana salah satunya jauh dari rumah. Keduanya Eyda ada daftar acara berjalan di Pulau Pinang hari selepasnya.

Tapi memandangkan sahabat Eyda, si Nida nih bersemangat nak sertai larian ini, Eyda turutkan juga. Seronok larian ini kerana dapat berlari di dalam ladang getah.

Bersama Nida

Sebaik acara dimulakan, Eyda dah terpisah dengan sahabat Eyda. Jadinya Eyda berlari sendiri sambil melayan pemandangan dan alam sekitar yang indah serta jauh dari pencemaran.

Selfie itu semestinya
Seperti biasa selfie itu semestinya ada dalam simpanan telefon Eyda. Inilah antara laluan yang kami dilalui sebelum memasuki ladang getah.

Ladang Getah

Inilah laluan yang memasuki kawasan ladang getah, trek yang tidak sekata agak menyukarkan larian. Harus berhati-hati ketika berlari sepanjang berada di dalam ladang getah ini. Kami perlu berlari sekitar 5km di dalam kawasan ladang getah ini.

Getah sekerap
Bagi anak-anak yang tidak pernah melihat pokok getah dan getah sekerap. Eyda snap gambar getah sekerap yang ada di pokok getah.


Tenang jer

Cantik jer pemandangan di dalam ladang getah. Bukan itu sahaja, rasa berangin walaupun ketika itu matahari dah mula naik tinggi yang pastinya matahari telah pun memancarkan cahayanya yang boleh menambahkan peluh.

Yeay dah nak sampai

Eyda akhirnya berjaya habiskan larian bersama dengan kalangan lelaki. Tengoklah gambar yang pakcik Mahamad rakamkan di garisan penamat.

Lega dapat tamatkan larian

Walaupun catatan masa sendiri agak kurang baik berbanding larian yang lain. Tapi ianya kira bagus kerana terpaksa berlari di dalam ladang getah yang mempunyai trek yang tidak sekata.

Catatan masa

Alhamdulillah dapat medal yang comel ini. Sijil e-certificate juga boleh dimuat turun sendiri selepas seminggu event ini berlalu.


Tahun ini nmpaknya mempelbagaikan jenis larian dan tempat larian. Seronok juga sesekali berubah angin.




Blog yang Diikuti