Escape Run | 15km Virtual Run

4/11/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pernah dengar Virtual Run? Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan virtual run?

Bagi yang biasa dengan larian mungkin pernah dengar, tapi yang tidak biasa akan sedikit tertanya  mengenainya.


VIRTUAL RUN

Virtual Run (VR) ialah salah satu aktiviti larian / jalan yang anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan tempat mengikut jumlah jarak yang telah anda daftar.

Jadinya anda kena berlari / jalan mengikut jarak yang didaftarkan menggunakan aplikasi yang ditetapkan oleh penganjur aktiviti virtual run itu sendiri.

Anda jangan risau, anda boleh melakukan larian ini beberapa kali sehingga cukup jumlah yang didaftarkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Walaubagaimana pun, anda kena lebih peka kerana ada juga virtual run yang anda perlu berlari untuk sekaligus. Biasanya untuk jarak yang pendek seperti 5km.

Biasanya penganjur akan membuka untuk mendaftar sekitar sebulan atau seminggu sebelum aktiviti larian / jalan ini dimulakan. Anda boleh mendaftar untuk medal sahaja atau bersama dengan baju.

Selepas tamat sahaja aktiviti larian mengikut jumlah yang didaftarkan, anda perlulah menghantar screenshot larian anda itu melalui email atau whatsapp yang diberikan.

Medal atau baju akan diposkan kepada anda setelah pihak penganjur mengesahkan larian anda itu. Larian ini memang sesuai bagi yang sukar untuk mendaftarkan larian lebih awal atau masa kerja / aktiviti lain yang tidak menentu.


Escape Run | 15km Virtual Run

Medal VR Escape Run

Untuk pengetahuan anda, Eyda telah pun mendaftarkan diri untuk Virtual Run dari Ultra V Runner 
pada bulan Februari yang lalu.

Cuma medalnya sahaja yang Eyda baru terima minggu lepas. Ini kerana terdapat sedikit kesulitan berkaitan medal yang ditempah oleh pihak Ultra V Runner.

Apapun medal yang cantik ini menaikkan lagi semangat Eyda untuk turut sama berlari secara virtual run dan juga menyertai event larian yang biasa.

Sehingga kini, Eyda dah daftar 3 virtual run yang menyediakan medal selain 2 virtual run untuk melayakkan diri mendapat t-shirt dari pihak Ultra V Runner selain dapat mengumpul mata.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, 3 virtual run yang Eyda daftar ini bukan sahaja dari pihak Ultra V Runner. Malah dari Marathonmy.com dan juga Score Run . Medalnya nanti akan Eyda kongsikan di dalam entry akan datang bila Eyda terimanya nanti.


You Might Also Like

2 comments

  1. kena try gak virtual run. maklumlah kan skrg ni makin boroi dan bambam!

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa Abam Kie cuba.. Mana tahu lepas ni makin kurus dan sado pula.. Hehehe.. In shaa Allah jika berkesempatan saya join ya..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti