Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Kedah & Perlis

10/28/2021 10:39:00 AM


Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.


Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.




 

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

 

Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 125 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Perlis, Pusat Jagaan Superkids, Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, Kedah.  




 

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

 

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

 

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

 

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.



 

 

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

 

Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

 

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.




 

Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

 

Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.

 

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysi#SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.




 

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya  #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Phoebe Tan dari Pusat Jagaan Superkids.

 

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.





 

Blog yang Diikuti