Persediaan Menyambut Hari Raya Aidilitri 1444H

5/04/2023 07:44:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Walaupun dah beraya beberapa hari baru sempat cerita kisah persiapan raya kami untuk tahun ini.

Macam mana dengan persiapan raya korang tahun ini. Persiapan raya seimbang dengan persiapan persekolahan anak-anak atau sedikit hambar sebab utamakan urusan persekolahan anak-anak terlebih dahulu?

Bagi kami, seperti tahun lepas ada jugak sedikit persiapan walaupun tuan empunya blog ni terpaksa kuarantin penangan positif Covid 19 menjelang raya.

Kuih raya yang ada beli kat kawan pun terpaksa kirim sini sana untuk sampai ke tangan masa raya.

Kalau nak tau tahun lepas, masa raya ke 3 baru mampu beraya dan keluar beraya. Dek kerana baru tamat tempoh kuarantin. 

Tahun ini ingatkan boleh raikan dan ubati sedikit persiapan raya yang dah sedikit hambar tahun lepas.

Rupanya impian sedikit meleset. Mana taknya, persiapan kemasukan anak ke 2 ke sekolah baru sedikit sebanyak terbataskan perbelanjaan untuk raya.

Apapun untuk anak-anak dan diri sendiri ada baju raya walaupun bukanlah dari jenama mahal dan harga kayangan. Janji selesai dan ada sesuatu untuk dipakai hari raya.

Kuih raya dan menu untuk raya serta persiapan lain menjelang raya memang tak ada langsung dalam senarai. 

Dah dekat 2 minggu nak raya baru perasan, ehh kuih raya tak ada. Kena cari kerepek rasanya nih. Tapi itulah, sampai raya tak beli.

Apapun Alhamdulillah, dalam seminggu sebelum nak raya dapat beberapa rezeki nih. Terima kasih pada pemberi. Moga dilimpahkan rezeki melimpah ruah.

Lengkap ada pulut, nasi impit, kordial, kuih raya. Abaikan kain batik tu

Ini pun kira lengkap, ada kuih raya, kek lapis, kordial, dan sampul raya. 


Yang terakhir kuih raya 2 jenis 


Jadilah kan raya ala kadar tahun ini. Ada jugak beli daging dan tulang rusuk untuk dibuat sup dan celur bihun untuk jadikan menu anak-anak di hari raya dan tetamu yang datang. Rezeki siapa yang beraya di rumah hari raya pertama 


Tidak dilupakan pada anak-anak yang jumpa kali ini, semua dapat duit raya. Alhamdulillah rezeki diaorang tahun ini. Memang over budget sampai terpaksa tukar duit dengan anak-anak. Nampak tak penangan memang ada jugak beraya tahun ini. Ada ja keluar ziarah sini sana dan ada terima tetamu jugak tahun ini. 

Yang lama tak jumpa pun dapat jumpa tahun ini. Rindu terutamannya ada sanak saudara yang jauh atau pun dekat. Masa ni nak ziarah pun. Waktu lain kena buat temujanji dulu. Yelah memasing ada komitmen sendiri. Tak gitu.



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti