Hari Ini Dalam Sejarah - Tragedi Feri Karam di Sungai Kerian

9/13/2015 01:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih, Eyda ingin mengimbau kejadian yang menggemparkan negara 43 tahun yang lalu iaitu 13 September 1972..

Walaupun Eyda masa tuh belum ada di dunia nih, tapi bila membacanya kejadian ini amat menyayatkan hati..



Jom kita baca kisahnya..


Dahulu Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 43 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Feri ini perlu menyeberang Sungai Kerian sejauh hampir 100 meter dengan 20 minit perjalanan.

Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja perkhidmatan atau laluan yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar.

Semasa peristiwa itu berlaku sekitar jam 7 pagi, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus.

Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras.




Pada ketika itu, mendiang S Annamalai iaitu pemandu feri tersebut telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.. Beliau telah terkorban akibat terlalu penat menyelamatkan 7 orang pelajar..

Walau bagaimana pun kejadian ini telah mengorbankan 27 orang termasuk 25 pelajar.. 17 daripada pelajar itu merupakan pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.

Kejadian ini menyebabkankan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta merta. Ianya digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya..



Sumber disunting dari themalaysiainsider.com dan harian metro Ahad (13 September 2015)..



You Might Also Like

45 comments

  1. saya pun orang kedah tapi macam tak pernah tahu sejarah ni. apapun entri sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni betul..sungai tu pun sekarang dah cantik dah..cuma tak boleh mandi

      Delete
    2. tak ramai yang tahu cerita nih.. Eyda pun baru tahu dalam sebulan dua yang lepas citer nih..

      Delete
  2. Replies
    1. sejarah yang makin dilupakan..

      Delete
    2. terima kasih ya kak...sbb wujudkan page ni,,sy bolh guna utk kerja kursus sejarah. Cerita yg sgt menyayat hati,,Berlenang air mata kalau diingatkan balik peristiwa ni. Tambah-tmbh pulak org skrg yg dh x berapa nk ambil tahu pasal sejarah

      Delete
    3. sama-sama Zunnur Ain, akak pun pada mulanya tak tahu pasal kisah ni. tapi bila dah baca, apa salahnya berkongsi dengan orang lain yang tak tahu macam akak..

      Delete
  3. okay tambah ilmu baru. tak pernah dengar lak pasal kisah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau tak ada pendedahan macam nih.. ianya akan hilang di dalam lipatan sejarah..

      Delete
  4. moga mereka tenang di sana ..

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. knpa tasha tak pernah tau pasal ni... info yang bagus ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai yang tahu.. pada yang membesar di zaman tu ja yang tahu..

      Delete
  6. Kalau musim hujan sungai kerian tu airnya deras juga... tengok pun menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zumal, tengok airnya yang deras pun menakutkan..

      Delete
  7. ooo, ada cerita feri tu.. thanks info

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada QA.. ni pun sebab baca kat paper yang buat jugak citer nih.. kalau tak ianya akan dilupakan begitu saja..

      Delete
  8. hr tu tbaca kisah ni kt fb....sjarah yg jrg org ambik tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zai.. kalau kita nak citer kat mana2 ianya akan hilang macam tu ja..

      Delete
  9. a great sharing ni, eyda.
    tak byk org tau.
    wajib kita ambil tahu dan sebar kan, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Aida.. manalah tahu ianya membantu pada yang ingin tahu mengenainya..

      Delete
  10. sejak peristiwa itulah di gantinya jabatan eh...baru tahu sejarah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM, JAMBATAN tau bukan JABATAN, dah lain maknanya.. yup, itulah asal usul jambatan yang ada kini..

      Delete
    2. hadoii lah..ni terkena penyakit Typo dari Ekin lah ni ahahaha..Ekin lak yg kena eh

      Delete
    3. Dipersalahkan kat ekin pulak sis patut tersendak aritu rupanya sis sebutvnama ekin

      Delete
  11. kebetulan sangat..Kampun fidah ni..
    masa tu mama Fidah kecik lagi..hampir2 gak nak naik feri tu...Sungai kerian tu memang banyak sejarah hitam tau...Nanti Fidah story dalam blog yer

    ReplyDelete
  12. Tak pernah tahu pulak pasal sejarah ni..semoga semua mangsa tenang disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ianya terlalu lama, itulah ramai tak tahu.. hanya yang membesar pada masa tu jer yang tahu..

      Delete
  13. sya nak kaji mengenai peristiwa ini... boleh saya dpt ape2 sumber sej seperti sumber lisan yang boleh sy interview??

    ReplyDelete
    Replies
    1. contact shanjey kumar perumal in fb. he is the director on Jagat film that release in cinema now. Grand son of S Annamalai. He did a documentari on this incident. Watch the day the river ran red in youtube.

      Delete
    2. Tq so much for ur information..

      Delete
  14. Sungai Krian yang memisahkan dua bandar iaitu Parit Buntar disebelah Perak dan Bandar Baharu disebelah Kedah ini mengalami keadaan pasang surut mengikut pasang surutnya air laut Selat Melaka.Sebelum kejadian penduduk kedua dua bandar ini menggunakan khidmat feri dan sampan. Khidmat feri adalah percuma tetapi khidmat sampan dikenakan 10 sen atau sekupang. Walaupun sudah ada khidmat feri sampan tetap menjadi pilihan orang ramai yang mahu segera menyeberang. Mula feri tidak menggunakan enjin.Ianya bergerak melalui tarikan pada tali cable yang memegang feri sepanjang perjalanan.Mendiang Annamalai dan seorang kawan nya akan menarik cable dan feri akan bergerak kehadapan. Selalunya ramai yang akan membantu menarik cable ini terutama orang muda dan kanak kanak. Bantuan ini membuatkan feri akan menjasi laju dan cepat sampai. Perjalanan menyeberangi sungai Kerian ini akan menjadi jauh bila air pasang besar dan sebaliknya semasa air surut. Penggunaaan engin hanya digunakan beberapa tahun sebelum kejadian feri karam berlaku.

    ReplyDelete
  15. Saya mahu mengkaji sejarah ini. Boleh berikan maklumat selengkapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Mahfiz boleh hubungi shanjey kumar perumal di facebook, tonton the day the river ran red di youtube atau berhubung dengan Alya Catering yang komen di atas ini. mereka mempunyai cerita yang lebih penuh dan jelas dengan kisah tersebut. terima kasih sudi mengkaji sejarah yang makin dilupakan.

      Delete
  16. assalam kak. saya pelajar tingkatan 3 tahun ni, saya telah memilih tragedi ini sbagai tajuk kajian saya. boleh kak ceritakan iktibar yg boleh kita dapat melalui kejadian ni. iktibar trhadap diri sendiri, maesyarakat dan negara. dan lagi satu. apakah faktor atau sebab kejadian ini berlaku? mohon kak beri pertolongan. tq 😊

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti