Fernleaf UHT

Fernleaf UHT 100% Susu dari New Zealand

10/12/2018 06:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa di sini merupakan penggemar susu? Susu jenis mana yang menjadi pilihan anda?

Kalau korang adalah seorang penggemar susu, kita memang geng. Eyda suka semua variasi jenis susu daripada jenis susu segar, susu penuh krim, rendah lemak, susu coklat dan juga pelbagai perisa yang lain.

Memandangkan korang juga antara penggemar susu, Eyda nak kongsikan info mengenai susu yang sememangnya terbaik dan diyakini bertahun-tahun lamanya.

SUSU FERNLEAF


Susu yang Eyda maksudkan ialah susu Fernleaf dari New Zealand. Ini kerana di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semulajadi dengan memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut di padang rumput yang subur.

Hasil dari itu susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Lembu Tenusu dan Rumput

Untuk pengetahuan korang, tidak semua lembu tenusu diberi makan rumput segar.

Di New Zealand, ianya mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan menerima cahaya matahari yang mencukupi sehingga menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia dalam menghasilkan susu.

New Zealand merupakan salah satu negara yang mempunyai lembu tenusu yang boleh meragut rumput secara bebas tanpa dikurung di kandang. Ini kerana di sini rumput yang ada merupakan rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam semula jadi agar lembu di sini dapat menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Lembu di sini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas di siang hari yang secara langsung lembu disini mendapat kandungan vitamin D yang sihat.

Oleh itu susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu dengan vitamin D yang tinggi berbanding lembu yang dikurung di dalam kandang.

Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi



Susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu di New Zealand sememangnya secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang penggalak susu kerana adanya rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang baik, udara dan air yang bersih.

Pakar Tenusu



New Zealand kini merupakan peneraju dunia dalam industri tenusu kerana warisan dan kepakarannya. Selain itu, mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu. Peladang yang berdedikasi ini akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.


Kalau korang nak tahu, Eyda dan anak-anak Eyda juga menyukai susu Fernleaf nih. Kami antara penggemar susu tak kiralah susu penuh krim, susu rendah lemak mahupun susu coklat.




Stok susu UHT memang sentiasa ada dalam simpanan. Ini kerana susu UHT lebih mudah dikendalikan dan mudah untuk penyimpanan.




Susu Fernleaf UHT ini di datangkan dalam tiga pilihan iaitu penuh krim, rendah lemak dan coklat. Ia boleh didapati dalam bentuk set 4 kotak 200ml dan juga pek 1 liter. Jadinya kita dapat memilih mengikut kesukaan kita sendiri.





Malahan banyak kebaikan susu buat tubuh badan kita termasuk menguatkan tulang dan gigi selain memelihara perut kerana ia bertindak sebagai anti-asid.

Jangan tak tahu, susu juga penuh dengan pelbagai nutrien yang bagus untuk memenuhi keperluan badan. Ia kaya dengan vitamin, kalsium, karbohidrat, magnesium, fosforus, kalium, protein, riboflavin dan zink. Wah lengkap untuk tubuh kita.


larian

International Youth Day 2018

9/13/2018 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Banyak betul cerita pasal larian Eyda dah langkau. Tak apalah Eyda cuba kongsikan yang mana termampu.

Kali ini Eyda nak kongsikan mengenai larian secara virtual run. Iaitu larian yang dibuat di mana saja korang berada pada tarikh yang ditetapkan dengan jumlah jarak larian yang diberikan atau yang didaftarkan.

Kali ini Eyda masih nak berkongsikan larian virtual run daripada 42race. Ianya menarik kerana selain mempunyai sijil, no bib dan tidak ketinggalan juga kedudukan kita di dunia dan juga Malaysia.

Okay kali ini Eyda kongsikan larian virtual run yang percuma, tanpa medal tapi diberikan badge untuk anda dalam bentuk maya.



Biasanya larian secara percuma ini ditetapkan sejauh 3km saja. Manakala larian virtual run yang mempunyai medal dan perlu bayar pula korang boleh pilih samada 3km, 5km, 10km atau 21km. Semuanya perlu berlari secara 'one off'.

Sebelum mendaftar sebarang larian, korang perlu mendaftarkan diri dalam laman web tersebut. Ini membolehkan korang mendaftar larian yang diingini dan seterusnya mendapatkan no e-bib.


e-bib nombor

Anda akan menerima email peringatan bila mana larian korang akan bermula. Jadinya korang akan lebih beringat bila sampai tarikh larian anda.

Biasanya larian sebegini, pihak 42race hanya akan menetapkan masa selama 3 hari untuk korang selesaikan. Oleh itu, kita kena bijak merancang masa untuk menyelesaikan larian ini.

Selesai saja larian, korang hantarkan terus keputusan larian korang ke laman web 42race. Ini bagi mengelakkan korang terlupa untuk menghantar keputusan larian korang. Selepas keputusan larian korang disahkan, badge anda akan berwarna.

Selepas tamat tempoh larian, korang akan menerima sijil beserta tempoh larian anda dan juga kedudukan korang dalam larian tersebut.

Ranking / kedudukan pun boleh tahu

Sijil yang anda akan terima. Ianya boleh dimuat turun dari akaun yang anda daftar.

Semua larian korang yang berjaya direkodkan oleh pihak 42race boleh disemak semula di dalam akaun yang korang telah daftarkan. Jadinya korang boleh melihat jumlah jarak larian dan larian yang telah dibuat melalui akaun korang sahaja. Mudah bukan.

Jom sertai larian yang dianjurkan oleh pihak 42race, sekurang-kurangnya korang ada target untuk berlari / berjalan dalam tempoh tertentu.




info berlari

Plantar Fascitis : Perit Di Tumit Dan Tapak Kaki Selepas Berlari

9/07/2018 04:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama betul Eyda senyap dalam penulisan di blog sendiri kan.

Sebenarnya banyak bahan nak dikongsikan, tapi kekangan masa agak mencemburui. Hari ini pun Eyda nak berkongsi tulisan seorang doktor berkaitan dengan sakit atau perit pada tumit dan tapak kaki selepas berlari.

Eyda pasti pastinya ada yang mengalaminya. Pastinya korang mencari penyebab dan juga cara untuk mengatasinya.

Di sini Eyda ingin kongsikan tulisan doktor Fadly Khairie dari Facebook beliau. Beliau biasanya menulis melalui pengalaman beliau sendiri yang turut sama aktif dalam aktivti sukan.

PERIT DI TUMIT DAN TAPAK KAKI SELEPAS BERLARI: PLANTAR FASCITIS



Saya teringat pernah satu ketika saya baru habiskan 10km saya dengan catatan masa terbaik. Malam itu saya balik tersenyum riang. Keesokan paginya saya bangun dari tidur tiba-tiba tumit saya sangat sakit apabila tapak kaki menyentuh lantai.

Ini mesti plantar fascitis, fikir saya dalam hati. Plantar fascitis merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh pelari-pelari baik pelari rekreasi mahupun pelari-pelari professional mahupun pelari-pelari ultra marathon. 4 hingga 10 daripada 100 pelari ada mengalami keadaan ini. Malah 10 daripada 100 ultramarathoner turut mengalami masalah ini.

APA ITU PLANTAR FASCITIS?

Plantar fascitis adalah radang pada lapisan tisu yang ada di tapak kaki. Ia biasanya digambarkan dengan rasa sakit yang tiba-tiba terutama ketika hendak memulakan untuk berjalan atau berlari. Kadang kala ia juga boleh datang dengan lebam dan merah di tapak kaki.


SIAPA YANG LEBIH MUDAH MENDAPAT PLANTAR FASCITIS?
  • Mereka yang salah latihan: terlalu cepat tingkatkan jarak atau terlalu cepat tingkat kelajuan atau pace
  • Masalah biomekanikal: kelemahan  atau kurang fleksibel otot yang menyokong buku lali atau permukaan tapak kaki
  • Overpronation atau oversupination
  • Berat badan yang berat
  • Kasut yang tidak sesuai

RAWATAN
  • Kebanyakan plantar fascitis boleh sembuh dengan sendirinya
  • Ais, cryotheraphy boleh mengurangkan kesakitan
  • Stretching dan tapping juga dapat membantu mengurangkan kesakitan (rujuk gambar)
  • Sekiranya sakit berterusan atau menganggu pergerakan berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut (memastikan bukan stress fracture, ubat tahan sakit, suntikan steroid mahupun pembedahan)

PENCEGAHAN
  • Kurangkan berat badan atau pilih kasut lari dengan cushioning yang bersesuaian
  • Pilih kasut yang sesuai sekiranya anda flat foot atau high arch
  • Selang selikan larian dengan rehat, aktiviti kurang impak (berenang, berbasikal) atau stretching
  • Lakukan stretching atau regangan untuk menguatkan otot-otot yang menyokong buku lali dan tapak kaki
  • Naikkan jarak larian dan pace larian tahap demi tahap 

Saya sendiri perasan plantar fascitis sudah tiada lagi setelah saya mulakan latihan ke arah half marathon saya. Samada kerana berat saya yang menurun waktu itu atau stretching saya menjadi atau otot yang menyokong sudah cukup fleksibel dan kuat atau mungkin kesemuanya sekali.

Semoga ia membantu rakan-rakan pelari yang mengalami masalah ini. Jangan putus asa ya!

Dr Fadly Khairie
Marathoner anda

#runwithm3


bercuti

Jom Bercuti ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code

9/03/2018 09:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap saja masa berlalu, kini kita telah pun memasuki bulan September.


Tahukah anda bahawa bulan ini merupakan bulan yang mempunyai paling banyak cuti umum di Malaysia. Semua cuti umum di bulan September ini bersambung pula dengan cuti di hujung minggu.


Jadinya, anda boleh mengambil peluang memanfaatkan cuti ini tanpa mengambil cuti tahunan untuk merehatkan diri sendiri atau meluangkan masa bersama keluarga.


Anda masih tercari-cari destinasi menarik untuk bercuti untuk merehatkan minda sendirian, meluangkan masa bersama rakan atau keluarga?


Anda pernah merancang destinasi perjalanan percutian anda di luar negara terutamanya di sekitar Asia Tenggara? Tapi anda mahu destinasi pilihan anda itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan berbaloi untuk anda kunjungi.


Apa kata percutian atau perjalanan kali ini anda memilih Singapura sebagai destinasi percutian atau perjalanan anda. Kenapa anda perlu memilih Singapura?

Tahukah anda banyak lokasi yang menarik untuk anda kunjungi ketika berada di Singapura, antaranya :-


Singapura (sumber Iluminasi.com)

Universal Studio Singapore (sumber traveloka.com)

Gardens By The Bay (sumber www.orami.co.id)


Esplanade (sumber www.orami.co.id)

Selain itu, pada bulan September ini, pihak Traveloka telah mengadakan promosi penerbangan dan juga penginapan di hotel dengan jumlah penjimatan yang menarik dan berbaloi untuk anda nikmati. 




Nampaknya promosi daripada Traveloka kali ini memang berbaloi kerana ia menawarkan tawaran daripada tiket penerbangan pergi dan balik hingga ke bilik hotel buat anda di Singapura.


Untuk pengetahuan anda, Traveloka merupakan aplikasi yang pakar dalam membantu memudahkan anda merancang perjalanan atau percutian yang sempurna bermula daripada tempahan penerbangan hingga ke tempahan bilik hotel anda.  


Traveloka juga adalah merupakan "one-stop travel app" yang menawarkan kemudahan perjalanan atau percutian buat anda ke semua destinasi termasuklah Singapura.


Jadi, anda tidak perlu lagi untuk bersusah payah menggunakan pelbagai perkhidmatan untuk menempah penerbangan dan bilik hotel anda. Hanya dengan beberapa klik anda telah berjaya menempah perjalanan dan percutian terbaik anda.


Melalui aplikasi Traveloka juga anda tidak perlu risau adanya caj tersembunyi atau tambahan dikenakan ke atas anda. Ini kerana harga yang dipaparkan merupakan harga sebenar yang harus anda bayar termasuk semua cukai yang berkenaan, fi dan surcaj.


Anda tidak tahu untuk memilih hotel yang sesuai buat anda? Di laman web Traveloka anda boleh mendapatkan lebih 2 juta ulasan sebenar daripada tetamu hotel yang pernah menginap di hotel yang ditawarkan oleh Traveloka.


Selain itu, pihak Traveloka ada menawarkan StayGuarantee, dengan StayGuarantee setiap tempahan hotel yang dibuat dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, pihak Traveloka akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan atau bayaran anda akan dikembalikan.


Bukan itu saja, Traveloka memudahkan anda dalam membuat bayaran. Anda boleh memilih untuk membayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet, atau di 7-Eleven. Jadinya anda ada pelbagai pilihan untuk membayar tempahan anda tanpa fi transaksi dikenakan.


Anda tidak perlu risau untuk mencetak resit percutian anda, ini kerana melalui aplikasi Traveloka anda hanya perlu menunjukkan tempahan anda itu melalui aplikasi Traveloka.


Bila anda memilih destinasi perjalanan atau percutian anda di Singapura. Anda boleh
menggunakan promosi SEEngapore - For a Roaring Good Time! daripada Traveloka.


Melalui aplikasi Traveloka ini, anda boleh menggunakan Seengapore Traveloka Promo Code ini dan anda akan menikmati tawaran diskaun hebat dari Traveloka.


Diskaun hebat yang ditawarkan oleh pihak Traveloka ini iaitu RM50 flat rate diskaun untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia terus ke Singapura dengan menggunakan Traveloka.


Diskaun penerbangan pergi dan balik ini anda boleh gunakan untuk mana-mana syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Singapura.


Anda boleh mula menempah perjalanan atau percutian anda dengan menggunakan laman web Traveloka, laman web mudah alih atau aplikasi mudah alih Traveloka dengan menggunakan kopun GOSG.


Traveloka juga menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapura tanpa memerlukan kopun.


Apa yang anda nantikan? Jom tempah percutian anda dengan aplikasi laman web Traveloka untuk perjalanan atau percutian anda ke SEEngapore.


Syarat dan cara untuk anda membuat tempahan mengunakan promosi SEEngapore
 

1. Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di  Malaysia ke Singapura dalam satu booking ID.
2. Sah untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan.
3. Pilih penerbangan anda dan gunakan kupon kod "GOSG" sewaktu pembayaran.
3. Kopun penerbangan hanya sah untuk satu kali penggunaan sepanjang tempoh promosi.
4. Promosi ini hanya boleh digunakan secara tunggal tanpa digunakan bersama promosi diskaun yang lain.
5.Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.
6. Tempoh tempahan mulai 1 September hingga 30 September (Subject to change).
7. Tempoh perjalanan ialah bila-bila masa.


Anda boleh buat tempahan anda melalui laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android / iOS) Ada juga boleh menggunakan telefon pintar atau pun komputer.




review

Promosi Kari Kepala Ikan Sempena Bulan Kemerdekaan | The Light Hotel, Penang

8/07/2018 04:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap saja masa berlalu dan kini kita telah pun berada di bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos.

Pada tahun ini kita akan meraikan Kemerdekaan negara yang ke 61 dan juga Hari Malaysia pada bulan hadapan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak The Light Hotel, Pulau Pinang mengadakan promosi Kari Kepala Ikan atau Authentic Claypot Fish Head Curry Set. Bagi penggemar kari dan juga kari kepala ikan tidak seharusnya melepaskan peluang ini.


AUTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Untuk promosi ini, pihak The Light Hotel mengetengahkan menu Kari Kepala Ikan Merah sebagai menu utama. Menu ini disajikan oleh Chef Halim Mohamad iaitu Executive Chef di sini. Beliau menggunakan rempah yang diadun sendiri untuk membangkitkan rasa yang lebih enak.

Chef Halim Mohamad bersama menu Authentic Claypot Fish Head Curry Set
Menu yang disajikan bersama Kari Kepala Ikan dan juga menu ala carte yang boleh ditambah bersama set kari kepala ikan.

Menu yang disajikan di dalam Authentic Claypot Fish Head Curry Set


Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set 

Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set ini akan bermula pada 8 Ogos hingga 16 Ogos 2018 dengan harga serendah RM130 per set yang mengandungi Kari Kepala Ikan Merah, 2 jenis sayuran dan 4 hidangan nasi Basmati.

Bukan itu saja, anda akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk menu ala carte. Voucher boleh dibeli dalam tempoh 8 Ogos hingga 16 September 2018. Selepas tarikh itu, harga menu adalah seperti biasa.

Anda boleh menikmati hidangan ini ketika hidangan waktu makan tengahari atau makan malam.

Kari Kepala Ikan Merah

Chinese Style Mixed Vegetable with Oyster Sauce

Stir Fried Water Spinach with Sambal Shrimp Paste

Stir Fried Wing Bean with Sambal Shrimp Paste

Untuk hidangan Sambal Udang, Kari Ketam bersama Mantau, Sotong Rojak Goreng dan Ayam Kampung Goreng anda boleh pilih sebagai menu tambahan secara ala carte.

Prawn Sambal

Crab Curry

Mantau


Deep Fried Giant Squid (Sotong Rojak)


Deep Fried Ayam Kampung

HARGA PROMOSI AUNTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Senarai harga Aunthentic Claypot Fish Head Curry Set dan juga menu yang dihidangkan secara ala carte.





Hidangan ini disajikan setiap hari untuk makan tengahari dan juga makan malam iaitu dari jam 12.00 tengahari - 2.30 petang dan 7.00 - 10.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi 04-382 1111 atau email ke info@thelighthotelpg.com





aktiviti

Hari Raya Virtual Run 2018

7/25/2018 11:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda salah seorang yang suka berlari dan suka mengumpul medal yang cantik-cantik? Tapi anda memang sukar untuk menyertai acara yang dianjurkan di mana-mana tempat kerana kekangan masa.

Sebenarnya masih ada cara untuk anda aktif berlari sambil mengumpul medal yang cantik dan menarik. Anda juga boleh susun waktu anda sendiri.

Dengan menyertai Virtual Run anda juga boleh mengumpul medal sepertimana orang lain yang menyertai acara larian.

42race

Caranya memang mudah, anda hanya perlu mendaftar larian anda di laman web yang menganjurkan virtual run nih. Salah satunya ialah 42race di laman web ini ada pelbagai virtual run yang boleh anda pilih. Tarikh tutupnya sekitar sehari dua sebelum tarikh larian itu dijalankan, apapun bergantung kepada jumlah pendaftaran yang dibuka.

Setelah anda berlari mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghantar screenshot bukti larian anda tu ke dalam akaun yang dah anda daftar di 42race. Setelah bukti larian anda disahkan, anda hanya perlu menunggu medal anda diposkan ke alamat yang didaftarkan. Mudah bukan.



HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Hari Raya Virtual Run 2018 ini merupakan virtual run pertama Eyda dengan 42race nih. Ianya menarik kerana dengan hanya RM29.90 anda akan menerima medal yang diukir nama anda sendiri pada medal tersebut (ianya hanya dibuka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan). Selain itu, anda juga berpeluang untuk cabutan bertuah.

Selain itu, anda akan diberikan e-bib sama seperti nombor bib yang dipakai ketika acara larian. Selain itu, anda akan menerima e-sijil yang mengandungi jarak larian, catatan masa anda dan juga kedudukan anda.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima e-Bib masing-masing


e-Cert yang diberika

Menarik bukan virtual run yang dianjurkan pihak 42race nih.


TEMA VIRTUAL RUN 42RACE

Biasanya pihak 42race mengadakan Virtual Run mengikut tema yang sesuai dengan masa dan perayaan.

Seperti Hari Raya Virtual Run 2018 ini juga dianjurkan mengikut bermulanya tarikh Hari Raya. Biasanya virtual run sebegini pihak 42race hanya mengadakan selama 3 hari sahaja. Kali ini dijalankan selama lebih seminggu.

HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Fakta menarik : Adakah anda anda tahu Hari Raya jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi "Great Day"?

Hari Raya Aidilfitri dirayakan selepas 30 hari berpuasa untuk menandakan kejayaan dengan disiplin untuk berpuasa.

Umat Islam akan berpakaian pakaian tradisional yang cantik dan makanan makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih tradisional serta makanan yang lain.

Rayakan dengan 42race kerana kami menghargai perayaan yang indah ini.

Kalau diikutkan Eyda kurang sihat sepanjang tempoh virtual run ini dijalankan. Bermula dengan batuk dan diikuti selsema dan demam menjelang hari raya.

Tapi memandangkan Eyda dah daftar virtual run nih, makanya Eyda tamatkannya dengan hanya berjalan sahaja.

Alhamdulillah, walupun pace tak bagus, tapi Eyda berjaya juga menghabiskan jarak yang diberikan dalam tarikh yang diberikan.

Pandangan hadapan medal

Pandangan belakang medal


Cantikkan medal dan poskad yang diberikan bersama nih. Medal Eyda ni ada dicetak nama padanya. Lebih bermakna rasanya. Jangan tak tahu, ini bukan satu-satunya virtual run yang Eyda daftar dengan 42race, ada lagi larian lain.

Jom kita sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berjalan, berlari atau berbasikal. Boleh juga keluarkan peluh dan menjaga kesihatan sendiri.



promosi makanan

Promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch | Flamingo Hotel by The Beach

7/09/2018 12:41:00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa di sini hari minggu biasanya makan di luar? Kalau anda biasa makan di luar di hari minggu, apa kata kali ini anda cuba makan tengahari di Flamingo Hotel by The Beach Penang pula.

Mulai 17 Jun 2018 hingga 100 hari akan datang, pihak Flamingo Hotel by The Beach Penang menawarkan promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch. Ianya diadakan bersempena penubuhan Malaysia Baru.


Banyak menu yang disajikan, pasti mampu memenuhi perut anda bila anda berada di sini. Rambang mata memilih menu untuk dijamah.



MENU UTAMA

Biasa menu utama bagi makan tengahari rakyat Malaysia, pastinya nasi. Tidak lengkap rasanya menu makan tengahari tanpa nasi. Di sini ada pelbagai jenis lauk pauk yang sedap untuk dinikmati. Dari lauk kampung hingga ke lauk siput turut ada disajikan.








  Tidak lengkap menu makan tengahari tanpa sayuran, kerabu dan ulam-ulaman. Barulah lengkap piramid makanan anda.





GERAI / DAPUR AKSI

Di sini anda juga turut ditawarkan menu yang di masak panas-panas terus ke pinggan anda. Anda boleh memilih pelbagai gerai yang ada di sini. Daripada menu kesukaan penduduk Pulau Pinang hingga menu mengikut pelbagai kaum di Malaysia turut ada di gerai ini.










PENCUCI MULUT / DESERT

Anda juga turut di sajikan dengan pelbagai jenis bubur sebagai pencuci mulut.

















Memang kenyang perut kalau makan semua jenis makanan yang ada. Tapi mampu makan sebahagian menu yang ada saja. Apapun majoriti sedap-sedap makanan yang disajikan di sini.




PROMOSI 100 DAYS NEW MALAYSIA SUNDAY BUFFET LUNCH


Promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini bermula dari 17 Jun 2018 hingga ke 100 hari akan datang.

Promosi ini juga menawarkan 'Buy 1 Free 1' untuk dewasa sahaja. Jadinya anda dapat berjimat untuk tawaran buffet ini.

Harga buffet ini RM48 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak yang berumur 4-11 tahun. Murah dan berbaloi untuk anda.

Buffet ini dibuka dari jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang. Jadi anda mempunyai masa yang panjang untuk menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Sebarang tempahan sila hubungi +604-8927167.


LOKASI


Flamingo Hotel by The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Penang
Email : fnb.pg@flamingo.com.my



Blog yang Diikuti