Penganugerahan Rambu Pengakap Negeri Kedah

10/29/2018 01:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pencapaian anak Eyda iaitu Izzat dalam kokurikulum.

Penerima Anugerah Rambu Daerah Kulim / Bandar Baharu




Alhamdulillah pada 17 Oktober 2018 baru-baru ini, Izzat antara 900 orang ahli pengakap Kedah telah pun menerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Farabi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Izzat bersama rakan sekolah yang manjadi Penerima Rambu Kanak-Kanak

Tak sangka Eyda yang Izzat mampu mencapai kecemerlangan tertinggi dalam pengakap berdasarkan info yang Eyda ambil nih.


Pesuruhjaya Program Negeri, Badrul  Hisham Abdullah berkata, majlis berkenaan diadakan untuk memberi penghargaan atas pencapaian ahli pengakap yang memenuhi syarat kelayakan pemakaian rambu dan sijil di negeri ini.

Katanya, pihaknya ingin memberi  pengiktirafan kepada Pengakap Kanak- Kanak yang lulus lencana Emas, Pengakap Muda lulus lencana Jaya dan Pengakap Remaja lulus lencana Tertinggi.

"Anugerah Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri serta  Sijil Rambu Pengakap adalah anugerah kecemerlangan tertinggi dicapai seseorang ahli pengakap.

"Mereka akan diberi penghargaan itu setelah berjaya menyempurnakan semua  lencana kemajuan dan kepandaian serta memenuhi syarat berdasarkan Skim Latihan Pengakap Malaysia," katanya.

Menurutnya, anugerah berkenaan diharapkan membantu memberi perangsang  dan semangat kepada penerima dan rakan-rakan pengakap lain untuk terus maju dalam perkara dilakukan mereka.

Terdahulu, Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Aziz Selaiman.

Kredit gpsbestari

Tahniah Izzat dan kawan-kawan. Kamu dah tunjukkan bahawa kamu juga mampu berjaya dan aktif.

You Might Also Like

10 comments

  1. hai kak izzeyda. wahhh tahniah utk izzat. dulu2 acik ana pengakap jugak sampai form 5 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anamizu, lama kita tak singgah menyinggah kan. Wah pengakap jugak ehh. Akak tak pengakap, tu tak berapa tau sangat pangkat bagai nih. Apapun tak sangka dia gigih dalam 2 tahun ni p semua camping dan aktiviti pengakap. Thanks ya atas ucapan.

      Delete
  2. Tahniah Izzat dan juga yang lain. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azhafizah.. harap sangat sekolah menengah yang Izzat akan masuk nanti aktif dalam pengakap, bolehlah dia sambung lagi aktiviti pengakap.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti