segmen & GA

GIVEAWAY BAIK PUNYA ANJURAN SWEET MOM BLOG

9/30/2014 10:10:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://sweetmom83.blogspot.com/2014/09/giveaway-baik-punya-anjuran-sweet-mom.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN



SAYA SUKA SWEET MOM BLOG KERANA blog nih kelihatan kemas dan cantik.. Selain itu, bila masuk ke blog nih saya sudah mengetahui blog nih berkisar mengenai perniagaan Shaklee..


Tarikh tutup penyertaan sehingga 2 Oktober 2014


 

izzat

PiNGaT SeMPeNa SuKaN TaHuNaN SKPB 2014

9/29/2014 12:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin.. Anak-anak hari nih cuti peristiwa.. Esok pun cuti juga sebab budak tahun 6 ada peperiksaan semula UPSR.. Cuti sakan la diaorang..

Okeylah nak sambung citer pasal sukan hari tuh.. Suka betul kan buat part by part.. Kali nih tukar skit tajuk sebab nak citer pasal pingat yang dapat jer..

Jom tengok dari dekat pingat yang Kimie terima.. Jadi ciwi kejap ye.. Sempat lagi nak snap masa dok dalam keta.. Nih sapa yang ciwi lebih nih.. Hehehe..


Hoyehhh tahniah Kimie dapat 2 pingat kali nih..

Koleksi pingat yang dibawa balik..


Ehhh korang rasa ada pelik tak tengok pingat-pingat nih? Rasa-rasa apa yang peliknya? Jeng jeng jeng.. Jawapannya ada di bawah ya..


V


V


V


V


V




Haa inilah pingat yang extra tadi.. Acara Guru dan Ibu Bapa..
Acara Mana Kasut Saya?


Kita orang kena lari sejauh 50 meter tanpa kasut, kena cari kasut masing-masing dan lari sejauh 50 meter ke garisan penamat.. Lawak kan? Acara yang diberitahu masa nak kena lawan..

Tak sangka plak dapat pingat.. First medal dalam hidup nih.. Selama bersukan, tak pernah dapat pingat.. Selalu dapat hadiah selain medal ja.. Seronok plak rasa..

Jadi terlebih ciwi daripada anak-anak.. Siap gantung kat pingat-pingat anak kat rumah.. Hahaha ciwi tak?




segmen & GA

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

9/29/2014 10:24:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://jindrisska.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-me.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tag






Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014


Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(ada sebulan lagi nak join!! heheheh)
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)




izzat

KeJoHaNaN SuKaN TaHuNaN SKPB 2014 PaRt 2

9/28/2014 10:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lanjutan dari kejohanan sukan sekolah anak, hari nih nak citer acara yang Kimie masuk ya..

Mulanya dia masuk acara 80 meter kategori lelaki bagi tahun 1.. Alhamdulillah ada juga pingat yang dia perolehi, kalau tak jenuh si ibu nih nak kena pujuk..


Acara 80m lelaki tahun 1.. Cari mana Kimie?

No.3.. Jadilah kan.. Kalah kat garisan penamat,
kalau tak boleh dapat no.2..

Pingat untuk acara 80m..

Jom kita ke acara kedua yang Kimie masuk.. Acara larian 8 x 50m.. Tengok baton pun besar daripada diaorang..

Larian Kimie untuk acara 8x50m.. Peserta terakhir.

Acara penyampaian pingat acara larian 8x50m..

Suka laa tu.. Ibu yang excited lebih kan..

Kontrol muka la plak time orang nak snap gambar..

Suka laa Kimie dapat 2 pingat..

Acara sukan belum berakhir lagi tau.. Ada lagi acara special sebelum upacara penutup sukan.. Nak tau acaranya, tunggu entry akan datang.. Huhuhu suka bagi suspen dan tertunggu kan.. Tak pelah sekali sekala, bila internet slow, terpaksa laa buat part by part..






izzat

KeJoHaNaN SuKaN TaHuNaN SKPB 2014 PaRt 1

9/27/2014 07:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Excited nih nak citer pasal karnival sukan sekolah anak.. Izzat tak masuk sebarang acara, sebabnya tahun 1 dan 2 hanya ada acara larian.. Acara lain hanya untuk tahun 3-6..

Tapi untuk acara pada hari nih hanya acara larian yang diadakan.. Acara lain telah pun berlangsung di sekolah.. Hanya upacara penyampaian hadiah jer diadakan pada hari nih..

Sebelum tuh jom kita tengok tentatif program dan upacara pembukaan.. Huhuhu macam sukan hebat plak bunyinya..


Lama tu penat tau

Senarai acara sukan tahun ni

Tentatif program



Rumah Delima

Rumah Mutiara

Rumah Zamrud


Rumah Nilam


Selesai jer upacara pembukaan macam biasa laa ada nyanyian lagu Negaraku, Negeri dan Sekolah.. Bacaan ikrar sekali.. Barulah bacaan doa..

Ucapan aluan apa bagai, lastly ucapan perasmian daripada Adun Bertam.. Okey, barulah acara dimulakan.. Matahari dah memancar mengenai kulit.. Huhuhu boleh tahan juga kena sauna free kat sini..

Acara seterusnya akan sambung dalam entry seterusnya.. Lebih kepada acara Kimie join laa.. Ada acara special juga tau.. Nak tau acaranya, nantikan entry seterusnya.. Penat tunggu upload gambar.. Internet slow teramatnya..





Nuffnang CPUV

Nuffnang CPUV - SENHENG Online Store One

9/27/2014 02:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Patutnya entry nih disiapkan semalam, memandangkan bateri tab dah kong, baru hari nih dapat siapkan..

Alhamdulillah Nuffnang CPUV minggu nih kembali 4 iklan yang on going.. Minggu lepas hanya 3 iklan yang on going..

Jom tengok apa yang terkini..

Iklan Nuffnang CPUV yang On Going..

Ada iklan yang hampir sebulan on going.. Iklan Senheng Online Store One yang terbaru.. Rajin-rajin laa klik mana-mana iklan nuffnang yang sedang menari-nari ye..

Semalam ada nampak iklan Proton Iriz menari-nari.. Okeylah nak rest jap, letih tadi pegi tengok anak bersukan.. Ibu bapa pun bersukan juga.. Hehehe.. Tunggu entrynya nanti.. Maybe buat dua entry, banyak gambar..



Liebster Award

Liebster Award #3 - By Budak

9/26/2014 05:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Huhuhu soalan mencabar minda di petang hari.. Dah lama peram, baru hari nih dapat siapkan sepenuhnya.. Sori ye Budak baru hari nih dapat jawab ke semuanya..





1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Tak minat bola

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Di sini lahirnya sebuat cinta.. Sesuai dengan kemerdekaan tahun nih..

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Pulau Pinang.. Ada 5 daerah di Pulau Pinang..

4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
Rasa-rasanya Melaka.. Betul tak?

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
Pecah kaca, 
Pecah gelas, 
Sudah baca,
Harap balas

Guna time hantar kad raya dulu-dulu..

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Warna pink.. Huhuhu ada baju putih yang terkena baju yang warna merah.. Tak pasal-pasal bertukar warna baju..

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Buah cempedak di luar pagar tu bukanlah milik kita.. Kalau nak ambik sekalipun memang kena ambik dari luar..

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
Mestilah Korea.. K tu melambangkan korea.. POP tuh menunjukkan jenis lagu yang dinyanyikan..

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Mr. Google.. Hahaha memang tak tau nak jawab..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Sebabnya ia berkisah kehidupan berkeluarga.. Kekadang ada info yang diselitkan di dalam entry yang ditaip..

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Fuhhh berpeluh ngan mencabar minda juga nak jawab.. Ada jawapan pakai jawab ikut logik jer.. Ada yang hentam sajalah..

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas. 
 Hahaha.. memang mencabar di petang hari..

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Menjawab guna akal fikiran yang tengah tak berapa betul nih.. Hehehe..







segmen & GA

Preloved Giveaway by Annur

9/26/2014 04:27:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://annursyuhadah.blogspot.com/2014/09/preloved-giveaway.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tag

Shikin

Acik Watie

Siti Zawiah

Yumida


Jom kita join beramai-ramai.. Selain dapat memeriahkan GA rakan blogger, dapat juga menambah kenalan dan hadiah jika rezeki.. Hadiah yang ditawarkan pun menarik.. Tak salah mencuba kan..



Tarikh tutup GA pada 6 Oktober 2014


wayang

FiRe & ReSCue @ SuNSHiNe BeRTaM

9/26/2014 11:10:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Nak story citer petang semalam skit.. Balik dari keja petang semalam, bawa anak-anak menonton wayang.. Filem pilihan ialah Fire & Rescue.. Last day showing.. Layan jelah, kehendak bebudak..

Hubby tak nak ikut sebab ada hal lain.. Okey hanya kami bertiga yang menonton wayang semalam.. Jadi bebudak jap tengok citer kartun..

Banyak juga filem yang menarik, tapi ntahlah dapat menonton ke tak.. Kekadang ada filem tu rasa tak sesuai untuk kanak-kanak.. Jadinya tak dapat laa nak bawa anak-anak menonton filem tu kan..

Jom tengok sebahagian gambar yang sempat snap malam semalam.. Jangan muntah plak tengok gambar yang ada.. Hehehe..

Nak naik benda alah nih la plak Kimie lepas tamat wayang..

Khusyuk tengok sedutan filem yang sedang ditayangkan sekarang..

Peace satu daripada Izzat

Hahaha suka buat muka macam-macam Kimie nih..

Layan jelah aksi dari bebudak tuh..

Donut dari House of Mini..

Itulah tempatnya kitaorang beli..

Seperti biasa tiket wayang kami..


Penat betul tunggu en. abang sampai.. Memang hujan lebat sama time tuh.. Itu yang bershopping sini sana, posing sini sana.. Abis dah tak tau nak buat apa la tuh.. Hehehe..



segmen & GA

Giveaway 2 September 96

9/26/2014 09:46:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
 

http://ratupimples.blogspot.com/2014/09/happy-birthday-ratu-pimples.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Happy Birthday Ratu.. Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dimakbulkan segala yang dihajati dan ceria-ceria selalu..


Jom beramai-ramai kita memeriahkan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger kita nih sempena birthday nya yang ke 18.. Manalah tahu hadiah yang ditawarkan adalah milik anda..


Tarikh Tamat : 5 Oktober 2014 (12:00 a.m)





segmen & GA

Birthday Giveaway by Shad

9/25/2014 01:24:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assaamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Meh kita join beramai-ramai GA nih.. Banyak hadiah menarik ditawarkan.. GA nih akan berlangsung sehingga 20 Oktober 2014



Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh
Emi Amirah | Nur Atiqah | Julia Jamaluddin | Ain | Rara Farhana

Good Luck!


SENARAI HADIAH AWESOME
Blouse x1 
Perfume x2
Hadiah misteri x3
Jam tangan x1
Cash RM25 x2
Bookmark x3 
Siseido mask x2 
Headband x1
Wide shawl x1
Top-up Maxis RM10 x1
Topup RM 10 x2
Topup Maxis RM5 x 2
Topup RM5 x3
Cute clip note X 3 
Novel beserta autograf eksklusif daripada penulis x2
Garden of Eden RM10 cash voucher x2
Dian'z Vitamin C & E Whitening Collagen RM80x1
*Hadiah mungkin bertambah jika mendapat sambutan :D

Due Date : 25.09.2014 - 20.10.2014 Jam 11.59 malam



segmen & GA

First Giveaway : Giveaway Contest

9/25/2014 12:24:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://twosevenzerosixzeronine.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html
 KLIK BANNER UNTUK JOIN

 
TAG






Jom rakan-rakan blogger sekelian.. Kita menyokong dengan join GA dari sahabat blogger kita nih.. Manalah tahu ada rezeki di sini.. Hadiahnya Notebook dan Seutas Rantai Bentuk LOVE.. Boleh ushar gambar hadiah kat bawah nih.. Sesuai untuk gegirl saja..  


Join cepat tarikh tutup GA nih 26 September 2014


 Meh ushar hadiah skit..




Simple dan menarik hadiah yang ditawarkan..





segmen & GA

FIRST GIVEAWAY BY WNURASYIQIN

9/25/2014 11:55:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://wnurasyiqin.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-by-wnurasyiqin.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Jom sahabat-sahabat blog sekelian.. Meh kita join GA yang rakan blogger kita anjurkan nih.. Selain memeriahkan GA yang dianjurkan.. Kita dapat menambah kenalan dan hadiah tau.. Manalah tahu rezeki kita di sini.. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai untuk 3 orang pemenang.. Dan ada hadiah saguhati buat peserta yang lain..




segmen & GA

Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza

9/24/2014 04:08:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..


http://www.bazliaamoza.com/2014/09/segmen-blogwalking-bersama-bazlia-amoza.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Meh kengkawan, kita join beramai-ramai.. Selain kita dapat menambah kenalan, dapat juga menaikkan pageview.. Malah jika ada rezeki, dapat 'special gift' dari penganjur segmen.. Tak rugi mencuba, manalah tahu rezeki kita di sini..


Tarikh Tutup Penyertaan 30 September 2014




hadiah

HaDiaH GA DaRiPaDa aCiK WaTie DaN SiTi ZaWiYaH

9/23/2014 02:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kita bertemu lagi ya hari nih.. Semalam dah bagi tau yang saya terima dua hadiah dari GA yang berbeza..

Alhamdulillah rezeki saya kali nih.. Pertamanya rezeki dari GA 2nd Birthday Waie daripada Acik Watie.. Hadiahnya berupa tuala muka yang bertulisan Birthday Waie dan address blog tuan empunya ye..

Keduanya dari GA Segmen : Saya Nak Keychain CH daripada Siti Zawiah.. Hadiahnya Keychain Cameron Highland.. Hadiah yang dihantar selamat sampai dengan baik..

Terima kasih kepada pemberi hadiah.. Iaitu Acik Watie dan Siti Zawiah.. Rasa sayang plak nak guna..  Tak pe nanti saya guna ya.. Apapun terima kasih sekali lagi dengan pemberian tu..


Dua hadiah dari GA yang berbeza


Huhuhu mood masih meneruskan join GA dan segmen yang dianjurkan rakan-rakan blogger.. Bila dah join segmen dan GA nih jadi seronok dan hobi plak..

Bila tak join rasa macam sesuatu yang kurang.. Samalah juga bila tak update.. Setiap hari sentiasa mencari bahan yang sesuai untuk dikongsikan bersama rakan blogger yang lain..

Okeylah celoteh di petang yang indah nih.. Tak mau la bebel banyak-banyak, nanti ada yang bosan plak nak baca.. Bila kepala tengah biol, dapat menulis rasa seronok plak.. Hehehe..



segmen & GA

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM

9/23/2014 01:20:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Jom join satu lagi GA dan blogwalking rakan blogger kita.. Mudah-mudahkan ada rezeki kita di sini..




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



segmen & GA

GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

9/23/2014 12:49:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/22/saya-nak-sihat-giveaway/

KLIK BANNER UNTUK JOIN



Jom join beramai-ramai.. Masih banyak masa lagi untuk join..


Tag





“Saya nak sihat kerana kesihatan itu amatlah bermakna buat kita semua.. Kita sebagai manusia haruslah menjaga kesihatan kita sehabis baik kerana ianya pemberian Allah buat kita.. Jika kita sakit, haruslah mencari penawar atau ubat-ubatan yang terbaik buat kita.. Kerana setiap penyakit itu telah Allah sediakan penawar baginya.. Jadi kita perlulah mencari penawar yang sesuai buat penyakit kita..


Tempoh GA : 22 September 2014 hingga 3 Oktober 2014




segmen & GA

Giveaway 2014 Mialiana.com

9/23/2014 12:03:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....





pemenang segmen & GA

HaDiaH MaJaLaH AiSYaH

9/22/2014 08:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer pasal 'gift' dari Anies.. Dah hampir terlupa GA yang Anies anjurkan..

Setelah seminggu bercuti, hari nih baru terjah opis.. Tengok beberapa surat atas meja opis.. Almaklum sajalah, semua surat menyurat majoritinya menggunakan alamat opis.. Senang kalau terima parcel.. Ada yang tolong terima..

Pagi-pagi lagi dah angkut pewangi kereta yang order minggu sebelumnya.. Hari nih usung parcel dan surat jer..


Cantik setem dan stiker ana muslim kat sampul tuh

Majalah nih merupakan majalah terbaru keluaran ana muslim.. Sekali imbas pembacaan saya ianya merupakan majalah berbentuk islamik.. Ianya amat sesuai buat remaja..

Saya cadangkan kepada remaja yang inginkan majalah berbentuk islamik yang sesuai buat remaja, pilihlah majalah ini.. Pelbagai info, soal jawab, fesyen, resepi dan sebagainya ada di dalam majalah ini..

Harga langganan lebih murah berbanding harga sebuah buku.. Harga sebuah rm8.. Harga langganan setahun hanya rm80 termasuk kos pos.. Murah bukan kalau langgan..

Okeylah esok nak story mory pasal 2 hadiah giveaway yang dah sampai petang tadi.. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka.. Moga pemberi hadiah ni dimurahkan rezeki ya.. Amin..







Liebster Award

Liebster Award #2 - By Lissa

9/22/2014 12:29:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf ya tuan blog kerana baru hari nih dapat jawab semua soalan yang diajukan.. Apapun thanks sudi tag saya.. Thanks Lissa ..



Peraturan Liebster Award :

● mention blogger yang calonkan anda dan letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
● jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau
● calonkan 11 blogger lain yang anda tengok followers kurang daripada 1000
● buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut
● maklumkan kepada those bloggers

1. Bulan kelahiran anda?
 Bulan Jun
2. Binatang yang anda takuti?
Ular
3. Lagu jiwang yang anda suka?
 Lagu yang terkini yang sedap didengar
4. Sekolah menengah terakhir anda?
 Sekolah Menengah Teknik Kulim
5. Warna kegemaran anda?
 Warna yang lembut seperti peach dan torquise
6. Sifat peribadi anda?
 Sifat yang lembut, kelakar, happy go lucky, tapi bila hati disakiti amat susah untuk diubati
7. Nama manja?  
Sue
8. Pelakon pujaan?
Yang tengah popular sekarang.. 
9. Cerita Bollywood yang anda suka?
 Cerita moden.. Huhuhu tak de yang betul-betul minat..
10. Jika diberikan peluang untuk menyertai 1 program realiti, anda akan menyertai program mana?  

Program yang menawarkan wang yang banyak.. Boleh bayar hutang-hutang dan mencapai impian memiliki kediaan sendiri.. Materialistiknya.. Hehehe..
11. Bila kali terakhir anda menangis?
 Dalam beberapa hari nih.. Huhuhu..

Liebster Award

Liebster Award #1 - By Dhiya

9/22/2014 12:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebenarnya dah lama kena tag dengan Dhiya nih.. Tapi paham-paham jelah bila guna tab dan internet plak slow memang tak de semangat jadinya.. Hari nih dengan sedaya upaya cuba menyiapkan seberapa banyak yang boleh..

Peraturan Liebster Award : 
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.


1. Tiga perkataan yang menghuraikan diri anda?
Suka senyum, happy go lucky dan mudah sensitif terhadap perkara yang melibatkan perasaan..


2. Sumber inspirasi dan motivasi anda?
Insan bermula dari susah yang akhirnya berjaya di dalam kehidupan membuatkan saya ingin menjadi sepertimana mereka..

3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
Mestilah handphone.. Susah bila dalam kecemasan..

4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
Whatsapp.. Menjimatkan wang dalam menghantar mesej termasuk mesej bergambar..

5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
Untuk menyelesaikan semua hutang-hutang..

6. Hobi waktu senggang?
Suka layan FB dan blog

7. Menonton TV atau mendengar radio?
Kedua-duanya.. Kalau di rumah, menonton tv.. Jika di dalam kereta pastinya radio..

8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
Pastinya menunaikan haji di Mekah.. Impian yang sememangnya diidamkan oleh umat Islam..

9. Bakat terpendam/ kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
Menulis cerpen.. Pernah menulis, tapi tak siap.. Huhuhu..

10. Situasi yang buat anda tertekan?
Dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai..

11. Komen anda tentang blog Dhiya Dahlia? 
Blog Dhiya Dahlia memang menarik kerana ia ada memaparkan maklumat tentang melancong.. Jadinya saya boleh jadikan rujukan jika berhajat untuk melancong kelak..



iklan

PRoDuK DR.PeRFuMe

9/21/2014 06:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sejuk betul hari nih, ujan seharian.. Pastinya ada yang dikalangan rakan blogger yang perasan gambar kat side bar nih..

Just nak tunjuk skit salah satu hadiah yang saya sponsor untuk GA yang sedang berlangsung sepertimana kat side bar sebelah..

Produk DR.Perfume

Meh saya story mory skit.. Inilah salah satu produk yang saya jual.. Alhamdulillah income agak baik.. Bermula pada penghujung April yang lepas sebagai agen, kemudian naik kepada dealer dan akhirnya bergelar mini stokis.. In shaa Allah sekarang dalam usaha nak naik ke stokis..

Haruman kereta ini juga boleh digunakan untuk mengharumkan kediaman, bilik, bilik air dan almari.. Harumannya yang lembut akan membuatkan kita terpesona dengan harumannya..

Ia didatangkan dengan 8 haruman.. Harganya hanya rm10 sebotol.. Tahan sehingga 45 hari bergantung kepada cara penggunaan seseorang.. Korang boleh tengok senarai haruman pada gambar di bawah ni ye..


DR.Perfume


Haruman badan jenis solid cream pula, baru saja diperkenalkan.. Didatangkan dengan 4 haruman yang lembut.. Ketahanan sehingga 2 bulan.. Mudah untuk dibawa ke mana saja tanpa risau tumpah dan sebagainya..

DR.Solid Perfume


Suka sangat dengan kedua-dua jenis produk nih.. Rugi tak cuba.. Harga pun amat berpatutan..

Kalau berminat boleh SMS atau WHATSAPP 0174597615..




Blog yang Diikuti