Resepi Asam Pedas Salmon

6/12/2021 08:10:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Eyda nak kongsikan resepi mudah yang Eyda masak dan makan kat rumah dengan anak-anak.

Mana laa tahu ada yang baru nak belajar masak kan. Eyda pun kadang masak guna bahan yang ada ja. Alhamdulillah rasanya juga tak menghampakan, sedap.


Resepi Asam Pedas Salmon

Dengar macam resepi kayangan laa plak kan. Kalau ikutkan boleh ja nak guna ikan apa pun asalkan korang suka. Tapi hari ni Eyda nak kongsi resepi Asam Pedas Salmon. Kali pertama guna salmon nih buat asam pedas.


Bahan-bahan

2 kepingan salmon

7 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan yang diingini)

1 mangkuk kecil asam jawa yang telah dibancuh

1 batang serai yang diketuk

Sedikit air

Minyak masak

Garam



Bahan Kisar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia



Sayuran

1 biji tomato

7 biji bendi

Daun kesum



Cara memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudan masukkan air asam jawa dan sedikit air (ikut tahap kepekatan kuah yang diingini).


3. Masukkan serai yang diketuk dan kepingan ikan salmon.


4. Setelah mendidih bolehlah masukkan tomato,  bendi, dan daun kesum. Jangan lupa masukkan sedikit garam.



5. Biarkan mendidih seketika, Siap untuk dinikmati.


Kalau bagi yang pernah makan salmon, rasanya tak kan lari walaupun korang masak dengan pelbagai menu sekalipun.

Apapun sedap asam pedas salmon nih. Lepas nih nak cuba masak asam pedas guna ayam atau daging laa plak. 

Tapi yang tu kena guna lengkuas dan daun limau purut. Daun kesum hanya sesuai guna dalam resepi asam pedas ikan saja. 

Kad Raya Tahun 2021

6/09/2021 09:01:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah hujung Syawal baru teringat nak tempek kat sini kan.


Tak apa laa sekurang-kurangnya ingat jugak kan. Apapun terima kasih Syida Radzuan tak lupa kirimkan kad Selamat Hari Raya buat kak pada tahun ini.

Inilah satu-satumya kad raya yang Eyda terima tahun ini. 

 

Kemaskini Maklumat Vaksinasi di Aplikasi Mysejahtera

6/08/2021 08:56:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak berkongsi apa yang baru di ruangan maklumat Vaksinasi Mysejahtera.

Ada lagi yang belum kemaskini? Kalau belum, kemaskini segera. Ada beberapa ruangan ditambah baik di ruangan vaksinasi.


Sebelum tu, meh jenguk apa maklumat yang telah di kemaskini di bahagian Vaksinasi Mysejahtera. 


Covid-19 Vaksinasi


Klik di ruangan Covid-19 Vaksinasi. Pilih di ruangan atas sekali pada nama anda yang dah didaftarkan.

Anda akan dapat paparan seperti dibawah ini.



Tekan pada maklumat pendaftaran jika anda ingin mengemaskini maklumat seperti dibawah ini.

✳️ Maklumat pendaftaran 
Bagi soalan nombor 2, jika anda tanda YA untuk ruangan mempunyai sebarang penyakit.

Ada maklumat yang ditambahbaik dalam perkara 2.1 Sejarah Penyakit Anda iaitu Kecenderungan Pendarahan dan Sejarah Alahan yang Teruk.

Jika anda mempunyai salah satu daripada penyakit tu sebaiknya tandakan. 

Ini membolehkan anda menerima vaksin yang sesuai dengan keadaan kesihatan semasa anda.



Ini pula ruangan yang dikemaskini dan ditambah baik dalam maklumat Vaksinasi.

✳️ Perlu kemaskini status mengandung atau menyusukan anak untuk memudahkan urusan menentukan vaksin yang sesuai. 


Selepas itu, anda akan menerima pengesahan tarikh terkini penilaian anda.


Maklumat terkini anda telah dikemaskini mengikut tarikh terkini anda kemaskini. 

Meh laa kita menunggu tarikh panggilan vaksin masing-masing. 

Resepi Mudah Daging Blackpepper

Resepi Mudah Daging Blackpepper

6/07/2021 08:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama tak menulis kat sini.

Sebagai permulaan nak kongsi laa resepi ringkas dan padat nih.


RESEPI DAGING BLACKPEPPER




Bahan

500gm daging (potong lawan urat)
1 biji bawang besar (saiz besar - separuh dipotong nipis atau ditumbuk kasar separuh lagi dipotong besar)
3 ulas bawang putih (boleh dipotong nipis atau ditumbuk kasar)
1 inci halia (dipotong atau ditumbuk kasar)
*Sos lada hitam
*Sos tiram
*Kicap manis pedas
*Kicap pekat manis
3 batang cili (diketuk)
Minyak masak
Sedikit air

Cara memasak

1. Ambil daging yang dah dipotong dan dibersihkan. Campurkan daging bersama bahan yang ditandakan dengan * dan kacau sebati. Perapkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
2. Masukkan minyak masak untuk menumis bahan yang dipotong halus atau ditumbuk kasar.
3. Setelah naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi.
4. Masak seketika sehingga daging empuk. Tambahkan sedikit air untuk mengelakkan daging menjadi kering sementara menunggu daging empuk.
5. Masukkan bawang yang dipotong besar bersama cili yang diketuk dan dibiarkan seketika.
6. Siap untuk dimakan. (Jika masakan sedikit tawar, boleh dimasukkan sedikit garam dan gula).


Blog yang Diikuti