Hotel yang Menarik untuk Menginap di Malaysia

6/30/2021 10:03:00 AM

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pejam celik pejam celik dah separuh tahun kita di tahun 2021. Sekejap jer masa berlalu kan. 

Bila difikirkan, lamanya tak bercuti. Yelah tahun 2021 ni banyak sangat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan. Apapun kita terpaksa akur arahan kerajaan bagi mengurangkan penularan jangkitan virus Covid 19.

kredit metro

Seingat Eyda sepanjang PKP 1.0 sehingga sekarang, Eyda sempat juga beberapa kali membawa anak-anak bercuti dan menginap di hotel.

Alhamdulillah dapat juga kami berehat badan dan minda sambil menjana kembali ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan.

Tak sangka kan bila Covid 19 melanda negara kita bermula sekitar bulan Februari 2020 sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020 bagi membendung penularan dalam negara.  

Ia sedikit sebanyak  memberi impak yang besar kepada pelbagai industri termasuklah industri pelancongan. Banyak juga hotel yang telah pun beroperasi setelah sekian lama terpaksa menutup terus operasi.

Setelah banyak sektor dibuka semula 10 Jun 2020, pengusaha hotel dapat menarik nafas lega. Ada yang menawarkan pelbagai tawaran termasuklah harga diskaun bilik. Hal ini dapat juga menarik pelancong tempatan untuk menginap di hotel yang menarik.

Kali pertama Eyda bercuti selepas Covid 19 melanda negara ialah pada bulan Julai tahun 2020. Eyda bawa anak-anak bercuti sambil raikan birthday anak yang kedua di Royale Signature Hotel, Alor Setar, Kedah. 


Hotel ini bertaraf 3 bintang, tapi ianya juga sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk berbulan madu. Tidak ketinggalan ianya juga selesa untuk menginap seisi keluarga.

Kalau nak tau, hotel ini terletak berhampiran Aman Central dan juga Menara Alor Setar. Alhamdulillah melalui tingkap  bilik kami tu kami dapat pemandangan Menara Alor Setar. Cantik bila dapat melihat Menara Alor Setar dengan pelbagai warna lampu yang bertukar-tukar selang seminit dua. 

Bilik hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bilik yang biasa termasuklah tab mandi. Menarik bukan? Boleh juga berendam sambil manjakan diri. 

Alhamdulillah dalam tempoh pelbagai PKP, PKPB dan PKPP berjalan, kami berpeluang lagi menginap di hotel dalam Pulau Pinang.  

Kali ini kami ke Bayview Beach Resort, Batu Feringghi. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Lokasinya di tepi pantai Batu Feringghi memang menarik untuk menginap. Hotel ini memang sesuai menginap untuk seisi keluarga. 


Kenapa Eyda kata sesuai seisi keluarga? Kalau nak tau, kolam yang ada di hotel ini ada untuk semua lapisan peringkat umur. Ada kolam sesuai untuk bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak ketingggalan warga emas. Best tak best? Mesti laa best kan. Selain tu, ada taman, pondok dan kerusi untuk kita berehat.

Di sini juga disediakan laluan yang boleh terus ke tepi pantai. Kita dapat mandi manda di laut dan juga menikmati aktiviti sukan laut dan tidak ketinggalan menunggang kuda.

Kita juga dapat menikmati keindahan laut sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari. 

Bukan tu saja, selain kita menempah makanan yang disediakan di hotel. Kita juga boleh mendapatkan makanan yang sedap dengan harga berpatutan di kedai makan bertentangan dengan hotel. Kita juga tak perlu memandu keluar atau menempah melalui perkhidmatan penghantaran makanan. 

Itu antara hotel yang menarik dengan harga mampu menginap yang ada di Kedah dan Pulau Pinang. Banyak lagi hotel lain yang menarik ada di Malaysia.

Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur  jangan risau, korang boleh cuba Staycation KL di hotel yang berhampiran. Korang boleh ja pilih di Staycation KL sebaik saja PKP membenarkan sektor pelancongan dibuka semula.

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Memandangkan banyak pilihan hotel sekitar Kuala Lumpur, bagaimana pula dengan negeri yang lain?

Penduduk Perak jangan pula berkecil hati, kalau korang sukakan lokasi penginapan berhampiran laut di dalam pulau, apa kata korang pilih Pangkor Laut Resort yang terletak di Pulau Pangkor.  


Lokasi penginapan ini dengan pemandangan yang indah dan tenang patut jadi antara pilihan lokasi percutian korang sekeluarga. 

Tempat yang paling menarik dengan pelbagai hotel menarik dan mewah di Port Dickson, Negeri Sembilan ialah Grand Lexis Port Dickson


Satu-satunya hotel yang menyediakan private pool di dalam setiap bilik. Ianya pasti memberikan privasi yang tersendiri kan.





You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti