event

Kedah Coffee Chocolate Run 2019

8/20/2019 10:12:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari Sabtu yang lepas Eyda bersama anak-anak serta kawan-kawan berkesempatan sertai larian Kedah Coffee Chocolate Run di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. 

Kiranya inilah masa untuk  Eyda luangkan masa bersama anak-anak di hari cuti terakhir bagi negeri Kedah. Lagi pun pada petangnya Eyda perlu menghantar Izzat balik ke asrama.

Dikhabarkan majlis perasmian event larian Kedah Coffee Chocolate Run akan diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Malangnya hanya YB kawasan saja yang hadir untuk acara pelepasan peserta larian.



Dalam banyak-banyak event larian yang Eyda pernah sertai, inilah rasanya event yang paling teruk daripada segi pengurusan.



Kenapa Eyda komen sebegini, korang boleh baca catatan yang Eyda tulis di dalam Facebook sebelum ini. Catatan ini juga Eyda kongsikan di blog Eyda ini.

Luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak

Pelbagai masalah yang peserta hadapi di hari sebelum dan juga di hari event larian Kedah Coffee Chocolate Run berlangsung. Jom baca catatan Eyda nih.

πŸ‘ŽRace Kit
Tempoh pemberian race kit sepatutnya diadakan selama 2 hari dikurangkan ke sehari. Satu kaunter race kit saja dibuka yang hanya 3 orang yang bertugas. Bayangkan Eyda terpaksa beratur dari jam 6.06 petang hingga 8.20 malam untuk mendapatkan 5 race kit.

Gambar ketika jam 6.06 petang

Gambar ketika 6.06 petang

Gambar ketika 6.35 petang 

Gambar ketika 7.59 malam

πŸ‘Ž Flag Off
Sepatutnya flag off bagi kategori 10km jam 7.00 pagi tapi kami hanya dilepaskan jam 7.35 pagi. Bagi kategori 6km sepatutnya flag off jam 7.15 pagi tapi dilepaskan jam 7.40 pagi.

Kami berlari kategori 10km

Abang Izzat berlari 3km

πŸ‘Ž Water station
Ada beberapa water station disediakan bagi laluan 10km tapi malangnya tiada sesiapa pun daripada pihak urusetia event yang menjaganya. Kiranya sesiapa pun boleh ambil sebanyak mana yang suka.




πŸ‘Ž Perubatan / Medic
Tiada satu pun pasukan perubatan yang ditugaskan dalam menjaga hal ehwal berkaitan perubatan. Kalau ada peserta yang tiba-tiba cramp atau sebagainya, pandai-pandai jelah jaga diri sendiri atau pun minta tolong daripada anggota RELA yang ada.

πŸ‘Ž Marshall
Tiada seorang pun marshall yang ditugaskan untuk mengawasi peserta di sepanjang laluan larian. Kiranya peserta hanya mengharapkan anggota RELA yang sediada dan juga tanda arah yang ada di sepanjang laluan larian. Hal ini juga telah menyebabkan peserta larian telah tersalah laluan dan tidak berlari di laluan yang sepatutnya.

πŸ‘Ž Check point
Tiada sebarang check point disediakan sehinggakan ada peserta untuk kategori 6km telah menipu dalam lariannya.

πŸ‘Ž Laluan mengelirukan
Ada kekeliruan laluan bagi kategori 10km yang telah menyebabkan ada peserta yang hanya berlari 6km termasuklah diri saya sendiri. Rupanya jika diamati pelan laluan larian, semua peserta termasuklah kategori 10km perlu berlari di dalam kawasan Cinta Sayang Resort terlebih dahulu sebelum meneruskan larian ke arah luar kawasan perumahan dan kilang berhampiran kawasan Cinta Sayang Resort tersebut. Hal ini telah menyebabkan Eyda dan kebanyakan pelari hanya berlari sejauh 6km sahaja.

Jadi pacer dan sweeper Kimie
Timing ikut Kimie


πŸ‘Ž Pemenang tidak valid
Dikhabarkan ada peserta yang tidak mengikut laluan yang betul telah dipilih sebagai pemenang. Kiranya ada pemenang berlari tidak tidak mengikut jarak larian dan laluan yang betul.

πŸ‘Ž Pengurusan pihak penganjur yang berterabur
Penganjuran event yang lebih menampakkan ingin mengaut keuntungan tanpa usaha untuk menjadikan event larian ini sempurna sebagai kepuasan kepada semua peserta larian. Sepatutnya pihak penganjur perlulah belajar mengenai selok belok pengurusan event larian dengan baik sebelum menganjurkan sendiri event larian.

Di dalam kekurangan yang ada di dalam penganjuran event larian Kedah Coffee Chocolate Run ini, terselit juga beberapa perkara yang baik. Tidak banyak pun sedikit sebanyak ada juga perkara yang baik.

πŸ‘ Baju dan medal
Rekaan baju dan medal yang cantik. Material baju pun selesa dan sedap dipakai.



πŸ‘ Gift voucher
Banyak juga gift voucher yang diterima daripada event larian ini.




πŸ‘ Breakfast / Makan / Minum
Semua peserta diberikan bihun goreng, air kopi cap Kapal Api dan tidak ketinggalan air Milo daripada lori Milo.

Apapun Eyda memang rasa agak terkilan dengan penganjur event larian ini yang Eyda rasakan kurang cekap. Rasanya inilah event yang paling teruk yang pernah Eyda sertai setakat ini.

Moga pihak penganjur event ini mengambil maklum semua komen dan kekurangan ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam menganjurkan sesuatu event larian.

Dapat jugak join bersama kawan berdua nih

Kenangan

Kenangan Bersama Arwah Mak

8/19/2019 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Merindui orang yang telah tiada lebih sakit daripada merindui orang yang masih ada.

Hanya yang melaluinya saja yang lebih tahu, rasa sakitnya menanggung rindu pada orang yang telah tiada.

Masa mengemas folder gambar dalam pendrive Eyda baru-baru ini, Eyda terjumpa satu-satunya gambar keluarga Eyda bersama arwah mak. Ya Allah, menitis jugak air mata bila melihat gambar ini. Rindunya kat arwah mak.

Inilah kenangan kami bergambar keluarga di hari pertunangan adik. Tak sangka ianya menjadi kenangan pertama dan akhir kami bersama arwah mak.


Keluarga kami

Inilah saja gambar kenangan yang ada. Nasib masing-masing tergerak hati untuk bergambar bersama. Jika tidak, tiadalah gambar kami sekeluarga macam nih. Dah 3 tahun rupanya gambar kami ini.



Al-Fatihah, moga arwah mak tenang di sana. Sesungguhnya kami amat merindui dirimu.


makan

Pagoda Coated Peanuts White Coffee

8/15/2019 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selalunya kalau dengar jenama Pagoda mesti fikirkan kacang kan.

Tapi kali ni Pagoda turut mengeluarkan pelbagai jenis kacang termasuklah Coated Peanuts White Coffee. Kedengaran macam pelik kan, kacang perisa kopi putih. Mesti fikir, ntah apa laa rasanya.

Sebenarnya kacang nih Eyda terima masa ambil baju untuk larian Province Wellesley Run 2019. Dalam goodies bag tu ada kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee ni termasuk biskut dan juga ubatan. Kalau nak beli sendiri tu mungkin tak laa kan. Dah dapat apa salahnya merasa.

Setelah lama menyimpan, baru laa gigih Eyda merasa masa cuti Raya Aidiladha yang lepas. Itu pun selepas mulut Eyda minta sesuatu untuk mengunyah.



Okay kalau nak tanya Eyda, apa rasanya kacang nih? Kalau korang nak tau, kacang nih cuma ada rasa sedikit kopi putih tu. Tak laa terlalu kuat rasa kopinya, jadi bolehlah bagi yang tak berapa minat kopi merasainya.



Tapi kalau peminat kopi tegar mungkin dia rasa tak puas dengan rasa kacang nih. Mungkin dia kena makan sambil minum kopi secawan baru laa secukup rasa.

Apapun bolehlah kalau nak merasa kacang yang disalut kopi putih ni. Cuma rasa kopinya tak berapa cukup bagi tekak Eyda.



buffet Merdeka dan Hari Malaysia

Khazanah Sajian Nusantara Buffet Dinner Sempena Bulan Kemerdekaan | The Light Hotel

8/11/2019 11:02:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Masih ada ke yang teringat-ingat dengan sajian buffet Ramadan The Light Hotel yang lepas. Atau ada yang tak sempat nak menikmati hidangan buffet tersebut.

Jika anda antara kedua-duanya, anda masih boleh merasai buffet Khazanah Sajian Nusantara ini di The Light Hotel mulai kini hingga penghujung 30 September 2019 bersempena Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos dan juga Hari Malaysia pada bulan September.

Lama kan pihak The Light Hotel tawarkan buffet ini. Jadinya anda mempunyai cukup masa untuk menikmati buffet yang ditawarkan ini.

Diinspirasikan daripada menu kegemaran rakyat Malaysia untuk meyambut bulan Kemerdekaan, pasukan chef yang diketuai oleh Executive Chef Halim Mohamad menyediakan menu nostalgia melebihi 100 pilihan hidangan termasuklah 6 dapur aksi.

Sempena promosi selama 2 bulan ini iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 September 2019 ini pelbagai hidangan dengan nama yang menarik terhasil daripada Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2019 iaitu Sayangi Malaysiaku dan Malaysia Bersih.


Pelbagai hidangan menarik seperti Nasi Briyani Ayam Wawasan, Nasi Dagang Murni, Nasi Kerabu Sehati, Nasi Kabuli Sejiwa, Nasi Daging Sejati, Nasi Ayam Melaka Gemilang, Kambing Panggang Perwira, Kari Kepala Ikan Semangat Jati, Shawarma Daging Pujangga, Itik Panggang Tuah, Asam Pedas Ikan Pari Harmoni, Sambal Sotong Petai Makmur, Ayam Masak Lemak Warisan, Gulai Nangka Muda & Ikan Bilis Abadi, Murtabak ala Lasagne Muhibbah, Char Koay Teow Sejahtera, Ais Kacang Setinggi Angkasa, Piza Buah Nangka Berkeju Semangat, Piza Quarto Nasi Kandar Sedunia dan pelbagai lagi hidangan lain.

Nasi Daging Sejati


Nasi Kerabu Sehati




















Hidangan lain daripada variasi salad tradisional seperti ulam-ulaman memberi aroma pedas sambal yang pastinya memikat tekak bagi yang menyukainya. Menu hidangan yang turut ada di sini seperti salad, pembuka selera, roti termasuklah roti Benggali, booth membakar dan memanggang, dan dapur aksi menyajikan pelbagai jenis mi, booth Indian, booth Chinese dan juga sajian Western yang pastinya memenuhi selera anda.




Hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada menu moden dan tadisi seperti Sago Gula Melaka Putra Putri, Serawa Durian Dirgahayu, Aneka Kuih Melayu Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.












Khazanah Sajian Nusantara Buffet Dinner
1st August - 30th September 2019
6.30pm until 10.00pm
Selling price at RM80 for early bird voucher
RM116 (Adult) and RM60 (Children & Senior Citizen)



Tawaran Istimewa di The Light Hotel

Merdeka Babies Dine For Free Buffet ditawarkan buat anda yang yang lahir di bulan Kemerdekaan ini dengan 2 orang dewasa yang berbayar daripada 25-29 Ogos 2019 dan anda juga layak untuk cabutan bertuah dengan nilai minimum RM350 nett di dalam satu resit.

Selain itu Stay & Dine Pakej termasuklah 2 hari 1 malam di Bilik Superior yang dilengkapi dengan Buffet Sarapan dan Khazanah Sajian Nusantara Buffet Dinner daripada RM300+ (seorang) mengikut terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi 04 382 1111 atau email ke info@thelighthotelpg.com 

Blog yang Diikuti