Movie Time With Family | Fast and Furious Presents: Hobbs and Shaw

8/02/2019 10:02:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Banyak betul filem yang best semenjak dua menjak nih. Antara filem yang terkini yang sempat Eyda tonton dengan anak-anak ialah Fast and Furious Presents: Hobbs and Shaw.



Ini pun ikut permintaan anak-anak walaupun ada kejadian kurang baik berlaku sebelumnya. Apa tu? Hahaha biarlah rahsia.


Amboi hensemnya anak-anak ibu berdua nih. Puas ajak bergambar, nasib nak bergambar sebelum balik.


Fast and Furious Presents : Hobbs and Shaw




Filem ini mengisahkan seorang agen M16 yang terpaksa menyuntik diri sendiri dengan satu virus iaitu The Snowflakes yang berbahaya daripada jatuh ke tangan Brixton iaitu seorang siber genetik dan juga pasukan Eteon.

Kejadian ini telah memaksa Luke Hobbs iaitu ejen Servis Keselamatan Diplomatik dan bekas ahli SAS yang pernah menjadi pembunuh upahan Deckard Shaw terpaksa bekerjasama walaupun masing-masing tidak menyukai antara satu sama lain.

Agen M16 Hattie yang dijangkiti virus The Snowflakes ini merupakan adik perempuan kepada Shaw. Oleh yang demikian Shaw ingin membantu Hattie secara sendirian.

Tapi akhirnya Shaw terpaksa bekerjasama dengan Hobbs dalam usaha membantu adiknya yang dijangkiti dengan virus The Snowflakes.

Virus The Snowflakes ini mampu mencairkan organ dalaman selepas 48 jam dijangkiti malah mampu tersebar ke seluruh dunia.

Banyak kejadian berlaku sepanjang usaha menyelamatkan agen M16 Hattie daripada virus The Snowflakes selain usaha mereka untuk mengelak virus itu daripada jatuh ke tangan Brixton dan pasukan Eteon.

Filem ini banyak juga menyelitkan hubungan kekeluargaan, persahabatan. Tidak kurang juga dendam. Bukan itu saja, banyak adegan aksi dan tidak kurang juga adegan lawak diselitkan dalam filem ini.

Eyda dan anak-anak betul-betul teruja menonton filem nih. Tayangan selama 2 jam 16 minit nih memang tak terasa dengan aksi yang memenuhi sepanjang filem ini.

Filem ini dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, Halen Mirren.




Apapun terbaiklah filem ni. Seterusnya filem berunsurkan kanak-kanak plak yang menjadi pilihan anak-anak. Layan jelah selagi mampu kan.

Hahaha tapi Eyda dah kenakan caj, lebih 1 filem dalam sebulan, masing-masing kena keluarkan kos untuk tiket wayang sendiri.


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti