Origina Dairy Minuman Berasaskan Susu

8/22/2019 09:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Anda suka minum susu? Eyda suka minum susu, tapi kadang kala perlu mengehadkan bila alergi melanda. 

Mungkin ada dikalangan korang yang suka sangat dengan susu dan tidak terkecuali mungkin ada yang kurang menggemarinya. Tidak ketinggalan ada yang alergik terhadap tenusu terutamanya susu lembu macam Eyda.

Bukan itu saja, ada yang suka minum kosong tanpa perisa tambahan, ada yang tak mampu minum susu sahaja tanpa perisa tambahan lain. Kononnya tak boleh nak telan. Tak gitu? 

Bagi yang tak suka susu kosong, bolehlah mencuba produk Origina Dairy nih. Minuman susu Origina Dairy mengeluarkan 3 perisa iaitu Teh Tarik Milk Tea, Chocolate Flavoured Milk dan Tamar Milk.  



Eyda dah cuba minum perisa Teh Tarik Milk Tea dan Chocolate Flavoured Milk dua-dua sedap. Tamar Milk ja Eyda belum pernah cuba, tapi ada yang cakap kurang sedap. 

Sebenarnya sebelum nih Eyda ada tengok susu ni dijual di 7 Eleven, tapi teragak-agak nak beli. Bila nampak post FB sepupu Eyda yang dah mencuba minum Teh Tarik Milk Tea apa lagi minta komen laa. Dia cakap sedap, itu yang bila ke 7 Eleven terus beli.

Itu komen daripada sepupu Eyda, tapi kali ini komen Eyda sendiri. Bila diri sendiri yang merasa dengan anak-anak semuanya mengeluarkan komen yang sama.

Chocolate Flavoured Milk
Chocolate Flavoured Milk kalau ikutkan antara produk biasa dalam pengeluaran produk susu berperisa. Rasanya sedap macam susu perisa coklat yang lain. Memang cukup kombinasi rasa susu dan coklatnya. Yang pasti kurang manis.

Chocolate Flavoured Milk

Teh Tarik Milk Tea
Teh Tarik Milk Tea nih sedap sebab kombinasi rasa teh dan susu yang cukup. Malah ianya tak terlalu manis. Sesedap rasa gitu. Okay laa bagi yang suka teh yang kurang manis.

Teh Tarik Milk Tea

Sesekali nak bertukar rasa bolehlah minum air nih. Apapun Eyda lebih suka minum air kosong. Bukan saja baik untuk kesihatan dan ianya juga amat disarankan untuk kebaikan tubuh badan kita.


p/s : Ini bukanlah entry berbayar ya. Eyda beli dan bayar untuk cuba sendiri produk ini.



You Might Also Like

4 comments

  1. Pernah nampak ni kat 7E tapi tak gigih nak cuba. Bila baca entri ni tetiba nak cuba pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa saya, sepupu laa nih dah cuba yang teh tarik milk tea tu. siap cakap sedap, tu yang gigih skit nak cuba.

      Delete
  2. x pernah nampak ni, eyda.
    menarik. bukan botol yg normal ekk.
    different. inovatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda jumpa kat 7e air nih. dia jenis plastik lembut macam ada air ribena tu.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti