Kedah Coffee Chocolate Run 2019

8/20/2019 10:12:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari Sabtu yang lepas Eyda bersama anak-anak serta kawan-kawan berkesempatan sertai larian Kedah Coffee Chocolate Run di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. 

Kiranya inilah masa untuk  Eyda luangkan masa bersama anak-anak di hari cuti terakhir bagi negeri Kedah. Lagi pun pada petangnya Eyda perlu menghantar Izzat balik ke asrama.

Dikhabarkan majlis perasmian event larian Kedah Coffee Chocolate Run akan diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Malangnya hanya YB kawasan saja yang hadir untuk acara pelepasan peserta larian.



Dalam banyak-banyak event larian yang Eyda pernah sertai, inilah rasanya event yang paling teruk daripada segi pengurusan.



Kenapa Eyda komen sebegini, korang boleh baca catatan yang Eyda tulis di dalam Facebook sebelum ini. Catatan ini juga Eyda kongsikan di blog Eyda ini.

Luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak

Pelbagai masalah yang peserta hadapi di hari sebelum dan juga di hari event larian Kedah Coffee Chocolate Run berlangsung. Jom baca catatan Eyda nih.

πŸ‘ŽRace Kit
Tempoh pemberian race kit sepatutnya diadakan selama 2 hari dikurangkan ke sehari. Satu kaunter race kit saja dibuka yang hanya 3 orang yang bertugas. Bayangkan Eyda terpaksa beratur dari jam 6.06 petang hingga 8.20 malam untuk mendapatkan 5 race kit.

Gambar ketika jam 6.06 petang

Gambar ketika 6.06 petang

Gambar ketika 6.35 petang 

Gambar ketika 7.59 malam

πŸ‘Ž Flag Off
Sepatutnya flag off bagi kategori 10km jam 7.00 pagi tapi kami hanya dilepaskan jam 7.35 pagi. Bagi kategori 6km sepatutnya flag off jam 7.15 pagi tapi dilepaskan jam 7.40 pagi.

Kami berlari kategori 10km

Abang Izzat berlari 3km

πŸ‘Ž Water station
Ada beberapa water station disediakan bagi laluan 10km tapi malangnya tiada sesiapa pun daripada pihak urusetia event yang menjaganya. Kiranya sesiapa pun boleh ambil sebanyak mana yang suka.




πŸ‘Ž Perubatan / Medic
Tiada satu pun pasukan perubatan yang ditugaskan dalam menjaga hal ehwal berkaitan perubatan. Kalau ada peserta yang tiba-tiba cramp atau sebagainya, pandai-pandai jelah jaga diri sendiri atau pun minta tolong daripada anggota RELA yang ada.

πŸ‘Ž Marshall
Tiada seorang pun marshall yang ditugaskan untuk mengawasi peserta di sepanjang laluan larian. Kiranya peserta hanya mengharapkan anggota RELA yang sediada dan juga tanda arah yang ada di sepanjang laluan larian. Hal ini juga telah menyebabkan peserta larian telah tersalah laluan dan tidak berlari di laluan yang sepatutnya.

πŸ‘Ž Check point
Tiada sebarang check point disediakan sehinggakan ada peserta untuk kategori 6km telah menipu dalam lariannya.

πŸ‘Ž Laluan mengelirukan
Ada kekeliruan laluan bagi kategori 10km yang telah menyebabkan ada peserta yang hanya berlari 6km termasuklah diri saya sendiri. Rupanya jika diamati pelan laluan larian, semua peserta termasuklah kategori 10km perlu berlari di dalam kawasan Cinta Sayang Resort terlebih dahulu sebelum meneruskan larian ke arah luar kawasan perumahan dan kilang berhampiran kawasan Cinta Sayang Resort tersebut. Hal ini telah menyebabkan Eyda dan kebanyakan pelari hanya berlari sejauh 6km sahaja.

Jadi pacer dan sweeper Kimie
Timing ikut Kimie


πŸ‘Ž Pemenang tidak valid
Dikhabarkan ada peserta yang tidak mengikut laluan yang betul telah dipilih sebagai pemenang. Kiranya ada pemenang berlari tidak tidak mengikut jarak larian dan laluan yang betul.

πŸ‘Ž Pengurusan pihak penganjur yang berterabur
Penganjuran event yang lebih menampakkan ingin mengaut keuntungan tanpa usaha untuk menjadikan event larian ini sempurna sebagai kepuasan kepada semua peserta larian. Sepatutnya pihak penganjur perlulah belajar mengenai selok belok pengurusan event larian dengan baik sebelum menganjurkan sendiri event larian.

Di dalam kekurangan yang ada di dalam penganjuran event larian Kedah Coffee Chocolate Run ini, terselit juga beberapa perkara yang baik. Tidak banyak pun sedikit sebanyak ada juga perkara yang baik.

πŸ‘ Baju dan medal
Rekaan baju dan medal yang cantik. Material baju pun selesa dan sedap dipakai.



πŸ‘ Gift voucher
Banyak juga gift voucher yang diterima daripada event larian ini.




πŸ‘ Breakfast / Makan / Minum
Semua peserta diberikan bihun goreng, air kopi cap Kapal Api dan tidak ketinggalan air Milo daripada lori Milo.

Apapun Eyda memang rasa agak terkilan dengan penganjur event larian ini yang Eyda rasakan kurang cekap. Rasanya inilah event yang paling teruk yang pernah Eyda sertai setakat ini.

Moga pihak penganjur event ini mengambil maklum semua komen dan kekurangan ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam menganjurkan sesuatu event larian.

Dapat jugak join bersama kawan berdua nih

You Might Also Like

2 comments

  1. aduhai.
    kurang cekap.
    moga pasni penganjur tu dpt improve.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak cekap betul laa. moga event kali ini memberi pengajaran buat penganjur.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti