Sparkle Run di Autocity, Penang

8/10/2019 10:00:00 AM


Assalamualaikum dan selama sejahtera semua. Dah jarang-jarang kongsikan catatan larian Eyda kan. Kali ini nak kongsikan larian Eyda yang paling terkini iaitu Sparkle Run.

Larian ini diadakan di Autocity, Perai, Pulau Pinang. Event larian yang menarik dan unik kerana menawarkan pemilihan antara tutu atau afro. Kiranya kita boleh memilih untuk memakai tutu atau pun afro. Medal pula berbentuk unicorn.



Daripada segi pengambilan race kit ianya berjalan dengan baik dan teratur. Peserta yang menggunakan kod QR hanya perlu scan untuk ambil kad untuk tuntutan baju, wristband dan tutu / afro.


Permulaan event berjalan dengan baik bila urusetia saring peserta dengan melihat wristband yang dipakai samada yang flag off jam 7 pagi dan 8 pagi. Kiranya tiada peserta yang flag off jam 7 pagi bercampur dengan peserta flag off jam 8 pagi.


Pada pusingan pertama event berjalan dengan lancar. Event mula menjadi kelam kabut bila memasuki pusingan kedua (2nd loop) kerana peserta tidak diberikan sebarang wristband untuk menandakan bahawa peserta telah pun berlari dua pusingan.

Masalah seterusnya tambah menyakitkan hati bila mana ramai peserta tersangkut di jambatan (titi kecil) yang kedua bila mana hujung jambatan (titi kecil) tersebut ada pintu yang hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa.




Masa banyak dihabiskan di situ sekitar lebih 20 minit. Berpeluh-peluh panas dan tak cukup oksigen ja. Memang hilang mood terus bila jadi perkara sebegini.
Seterusnya semua peserta masing-masing menghabiskan masa bergambar di kawasan bungaan, belon, candy yang disediakan.


Ada peserta termasuklah Eyda, tidak dimaklumkan bahawa perlu ambil wristband yang sepatutnya ambil masa ke pusingan kedua sedangkan sebelum itu peserta lalu dihadapan urusetia. Wristband ini diberikan untuk tuntutan medal.
Selepas ramai mengambil peluang untuk bergambar, peserta kebanyakannya terpinga-pinga ke mana harus bergerak ke finishing line.
Kebanyakannya hanya ikut ja peserta yang ke booth medal. Di sini juga bermasalah bila mana tiada sistem dalam pemberian medal. Keadaan jadi tak terkawal sehinggakan ada peserta yang capai ambil sendiri medal tersebut.
Jarak larian sepatutnya 5km, kami hanya dapat cuma sekitar 3.5km saja. Banyak beza kan. Seharusnya pihak penganjur perlu pastikan jarak larian yang dibuat sama atau tak berbeza banyak dengan yang diiklankan.


Rasanya ini kali pertama dan terakhir join event ni. Rasa serik dan frust dengan pengurusan event yang kurang cekap.











You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti