5km Possible Fun Run PDRM Kuala Muda 2018

11/19/2018 12:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti biasa larian untuk kesihatan masih lagi Eyda buat. Tapi kali ni larian secara fun run saja.

Pada mulanya Eyda menolak untuk daftar larian nih memandangkan esoknya Eyda ada larian di Kuala Kangsar. Tapi memandangkan kawan-kawan Eyda ajak, Eyda pun setuju untuk daftar demi kawan-kawan.

Nasib laa larian fun run jer, jadinya boleh buat secara santai sedikit. Kalau competitive tak boleh laa terlalu santai sangat. Tak pasal jadi antara yang terakhir pula, hahaha.

Okay sudah-sudah laa membebel kan. Nak cerita di hari kejadian. Pagi tu jalan agak basah sebab malam sebelum tu hujan.
 
Apapun masa event cuaca agak baik. Eyda sampai sana sekitar jam 6.45 pagi. Eyda sampai lebih kurang dengan Farah. Acara pagi tu bermula dengan zumba.


Zumba

Tapi Eyda dengan Farah buat hal sendiri kat belakang. Sempat laa wefie dan warming up cara kami sendiri. Tak mampu nak ikut step zumba yang agak laju, nanti tak pasal-pasal sakit badan sendiri.


Acara larian dimulakan sekitar jam 7.30 pagi. Cuaca pun mulai cerah, ramai juga yang sertai larian ni termasuklah budak sekolah. Kalau ikutkan pendaftaran dibuka kepada 1,000 orang sahaja.

Memulakan acara larian
Bila berlari, mula laa nak rakam beberapa gambar. Disebabkan aplikasi Runkeeper sedikit masalah, maka sesi bergambar pun ala kadar saja.

Antara peserta larian
Eyda berlari dalam kelajuan biasa saja, asalkan dapat tamatkan larian dengan baik dah memadai. Takut jugak cedera sebabnya esok ada larian lagi. Bagus letak sijil dalam plastik, sekurang-kurangnya tak rosak sebab terkena air dan sebagainya.

Medal dan sijil penyertaan
Sesi bergambar dengan medal tu biasa laa. Tanda berjaya menghabiskan larian tersebut. Antara perkara yang seronok dalam berlari, dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, dapat melakukan aktiviti ni bersama kawan-kawan, dapat kawan baru dan tidak ketinggalan dapat kumpul medal yang cantik.

Gembira dengan medal terbaru
Terima kasih Farah dan Nida kerana mengajak Eyda sertai korang kali nih. Sesesungguhnya seronok bila dapat buat aktiviti ni bersama korang.


Tabik Eyda kat Farah dan Nida nih, sebab walaupun kurang sihat diaorang sertai juga larian kali ini. Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.


You Might Also Like

8 comments

  1. Wah.. rajinnya akak joint fun run.. medal tu cantik.. bertambah koleksi madel akak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak larian yang akak join tahun ni Shahida.. Bukan saja fun run, yang 10km pun ada..

      Delete
  2. tahniah kak eyda banyak dapat medal

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ekin. Alhamdulillah berkat kerajinan buat aktiviti sihat, dah banyak medal akak dah kumpul sekrang.

      Delete
  3. rajinnya.... mia ni baru je mula berjinak.. walking dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara tengah rajin nak buat aktiviti sihat macam ni.. bagus tu Mialiana, mula dengan walking, lepas tu jogging skit2, lama nanti boleh laa berlari skit2..

      Delete
  4. Tahniah. Santai-santai okay sikit. kalau competitive kejar pulun habis lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih azhafizah, ya sesekali santai macam ni pun best. betul competitive kena pulun jugak laa nak elakkan jadi antara yang terakhir..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti