Hasilkan Hadiah Hari Lahir di Printcious

4/02/2018 10:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm bila saja tiba hari lahir seseorang terutamanya ahli keluarga atau sahabat yang agak istimewa dalam hidup kita, pastinya permasalahan mencari hadiah yang unik dan menarik menjadi isu utama.

Mana tidaknya, pastinya kelainan dititik beratkan dalam pemilihan sesuatu hadiah yang diingini buat insan istimewa itu dalam hidup kita. Jika boleh hadiah yang diberikan itu merupakan sesuatu yang istimewa. Disamping itu, pemilihan hadiah yang diberikan akan dihargai oleh penerimanya.

Adakalanya masa dan idea agak membataskan untuk kita mencari sesuatu hadiah yang istimewa ini. Tapi anda jangan risau kerana Eyda ada satu tempat yang boleh membantu anda mencari hadiah yang menarik untuk seseorang yang istimewa.


PRINTCIOUS MEREALISASIKAN HADIAH YANG UNIK DAN ISTIMEWA BUAT PENERIMA 




Printcious merupakan satu tempat yang pastinya membuatkan anda terpesona dan terpegun dalam memilih hadiah yang menarik buat ahli keluarga atau sahabat anda.

Ini kerana di Printcious anda boleh menghasilkan personalised gift buat penerima. Jadinya tiada lagi alasan untuk anda katakan tidak kreatif dalam menghasilkan hadiah buat insan istimewa.

Hadiah-hadiah ini boleh anda berikan pada lelaki mahupun perempuan. Ini kerana ada pelbagai jenis pilihan yang di berikan buat anda.

Melalui Printcious anda boleh letakkan rekaan gambar dan juga tulisan kata-kata istimewa pada cawan, kusyen, mousepad, kanvas atau tidak ketinggalan pada t-shirt yang anda ingin jadikan sebagai hadiah hari lahir buat ahli keluarga atau sahabat anda.

Hadiah yang istimewa dan unik yang anda hasilkan melalui Printcious ini akan dihantar terus ke penerima tanpa perlu anda bersusah payah ke mana-mana. Semuanya boleh anda lakukan hanya di hujung jari anda.

Pastinya hadiah sebegini mampu membuatkan ahli keluarga atau sahabat anda lebih menghargai hadiah anda kerana gambar yang penuh memori atau kata-kata ikhlas dengan penuh rasa kasih sayang anda.


MUDAHNYA MEMBELI HADIAH ISTIMEWA DI PRINTCIOUS

Untuk membeli hadiah melalui Printcious, anda seharusnya melalui website Printcious ini. Sebaiknya anda daftar sebagai ahli untuk memudahkan urusan anda.



Selepas itu, anda boleh memilih sama ada melalui Shop, Create atau Gifts yang disenaraikan di bahagian atas website tersebut.

Setiap pilihan tersebut membolehkan anda lebih mudah memilih hadiah mengikut kehendak anda sendiri. Jadinya anda dapat mengurangkan masa untuk memilih hadiah anda sendiri.



Jika anda memilih hadiah hari lahir, anda klik pada ruangan Birthday. Anda akan mendapat paparan seperti ini.

Di ruangan Birthday ini, pelbagai jenis hadiah yang sesuai dapat anda pilih dengan lebih mudah mengikut kesesuaian.


Pada ruangan Birthday ini anda boleh memilih sama ada Colour Mugs, Magic Mug, Cushion, Mousepads, Canvas, Ceramic Tiles atau T-Shirt untuk diberikan pada penerimanya.

Mugs


Untuk pemilihan Mugs anda boleh memilih sama ada Colour Mugs atau Magic Mugs. Jika anda memilih Colour Mugs anda boleh abadikan gambar atau tulisan kata-kata indah di atas cawan tersebut.


Manakala jika anda memilih Magic Mug, anda boleh memilih yang menarik dan istimewa untuk diletakkan pada cawan tersebut. Tapi jangan terkejut bila terima cawan ini, kerana tiada apa-apa tulisan atau gambar dapat dilihat ketika menerima cawan ini.

Ini kerana cawan ini akan berubah wajahnya bila air panas diletakkan di dalam cawan tersebut. Ketika itulah gambar yang anda letakkan itu akan kelihatan pada permukaan cawan. Menarik bukan? 


Cushions

Cantik bila mana kusyen ini dijadikan hiasan di ruang tamu, bilik tidur ataupun di dalam kereta. Anda boleh meletakkan tulisan atau gambar yang menarik pada kusyen ini.


Mousepads

Selain kebiasaannya gambar kenangan anda letakkan pada wallpaper komputer anda. Anda boleh ciptakan sesuatu yang lebih istimewa pada pelapik tetikus. Lebih cantik dan eksklusif bagi penerimanya.


Canvas

Agak cantik letakkan gambar memori penerima pada kanvas. Sedikit unik hadiah yang anda hasilkan ini buat penerima.


Ceramic Tiles

Bukan itu saja, anda boleh hasilkan Ceramic Tiles dengan gambar kenngan untuk diabadikan oleh penerima.

T-Shirt

Tidak ketinggalan, pemilihan t-shirt juga agak menarik untuk penerima. Ini kerana anda boleh coretkan kata-kata atau hiaskan dengan indah t-shirt ini mengikut corak kegemaran si penerima.


Semuanya mudah dan hanya di hujung jari anda melalui Printcious ini. Hadiah ini akan dihantar terus ke penerimanya. Anda pastinya berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Jika anda mencari untuk best mug printing service, jangan lupa untuk hubungi mereka. Atau jika di masa akan datang anda ingin mengadakan majlis hari lahir dan anda ingin menarik perhatian tetamu anda, party photo booth ada sesuatu yang menarik dan menghiburkan.
 
"Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart"


You Might Also Like

3 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti