Buffet Ramadhan Warna Warni Ala Kampung | Eastin Hotel Penang

4/26/2018 12:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Ramadhan bakal menjengah kita kurang dari sebulan saja lagi.

Bermulanya bulan Ramadhan pastinya pelbagai promosi buffet Ramadhan akan bermula. Tidak ketinggalan pihak Eastin Hotel Penang juga turut sama menawarkan buffet sempena bulan Ramadhan.


Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang

Eastin Hotel Penang pada tahun 2018 mengetengahkan buffet khas yang menampilkan hidangan buffet tradisional dengan tema "Warna Warni Ala Kampung".

Warna Warni Ala Kampung


Untuk hidangan utama Warna Warni Ala Kampung inu, menu Udang Masak Tempoyak, Daging Kuzi, Chicken Pomodoro, Kam Heong Kupang, Sotong Kembang Masak Cili Kering dengan Kekacang, Ketam Masak Cili Ala Temasik, Ekor Lembu Masak Ros, Kambing Panggang dengan Sos Capsicum Berkrim, Pajeri Belimbing Buluh, Stir Fried Egg Tofu with Siew Pak Choy memang membuka selera bila dimakan bersama Nasi Minyak Puspawangi atau Nasi Putih.


Udang Masak Tempoyak

Daging Kuzi

Ketam Masak Cili Ala Temasik

Ekor Lembu Masak Ros

Kam Heong Kupang

Tidak ketinggalan menu yang wajib ada dalam buffet Ramadhan iaitu kambing. Kambing Panggang dengan Sos Capsium Berkerim ini memang menyelerakan.

Kambing Panggang dengan Sos Capsicum Berkrim

Pelbagai aneka kerabu ada di sini, iaitu Kerabu Mangga, Kerabu Papaya, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Udang dengan Soo Hoon, Kerabu Sotong dan Kerabu Ikan Bilis. Anda bolehlah pilih kerabu mengikut selera anda.



Bagi peminat ulam-ulaman dan sambal, di sini turut sama disediakan pelbagai ulam-ulaman dan sambal termasuk Budu.



Bagi membangkitkan suasana bulan Ramadhan dan Syawal, di sini disediakan Ketupat, Lemang dan juga serunding.

Ketupat dan Lemang


Serunding Ayam dan Daging

Bagi peminat sup, di sini ada Sup Tulang Rusuk Kambing Berempah, Seafood Tom Yam Putih dan Sup Gearbox Utara. 

Sup Tulang Rusuk Kambing Berempah

Seafood Tom Yam Putih 

Sup Gearbox Utara

Kepada peminat Char Koay Teow bolehlah mencuba menu Penang Char Koay Teow nih. Memang sedap secukup rasa.

Penang Char Koay Teow

Tak lengkap sekiranya tiada pencuci mulut, di sini disediakan Kek Nangka Manis, Sago Gula Melaka, pelbagai Kuih Muih Melayu, pelbagai jenis kek dan pastri turut sama disajikan.  Tidak ketinggalan buah-buahan juga ada di sini.

Kek Nangka Madu

Sago Gula Melaka

Kuih Muih Melayu

Pelbagai jenis kek

Harga Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang

Buffet Ramadhan "Warna Warni Ala Kampung' ini akan berlangsung bermula dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018 dari jam 7 petang hingga 10.30 malam/

Dewasa RM120
Warga Emas RM69
Kanak-kanak (6 hingga 11 tahun) diskaun 50% dari harga biasa

Baucer awal dijual pada harga RM100

Untuk tempahan sila hubungi Swez Brasserie di talian 04-6121111








Eastin Hotel Penang
1,Solok Bayan Indah 
Queensbay 
11900 Bayan Lepas 
Penang
Email : info.pg@eastin.com
Tel +604 612 1111
Fax +604 612 1199
Website : www.eastin.com



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti