Buffet Ramadhan Citarasa Semenanjung | Olive Tree Hotel Penang

4/30/2018 09:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Buffet Ramadhan pastinya menjadi perhatian menjelangnya bulan Ramadhan.

Oleh itu, pihak Olive Tree Hotel Penang tidak ketinggalan dalam menawarkan buffet Ramadhan yang menarik buat anda yang tinggal sekitar Pulau Pinang.


Buffet Ramadhan Citarasa Semenanjung

Olive Tree Hotel Penang pada kali ini telah mengetengahkan buffet Ramadhan dengan tema Citarasa Semenanjung. Pelbagai menu berkisarkan makanan penduduk semenanjung diterapkan dalam buffet ini..


Menu utama yang menarik perhatian di sini ialah Oxtail Osso Bucco iaitu ekor lembu, Sambal Udang Petai, Daging Rendang Tok, Sweet and Sour Fish, Mantis Prawn With Salted Egg, Gulai Nangka Ikan Bilis dan banyak lagi.

Menu ini akan sentiasa bertukar sepanjang bulan Ramadhan bagi mempelbagaikan citarasa dan juga bagi mengelakkan anda bosan dengan menu yang disajikan.

Oxtail Osso Bucco

Sambal Udang Petai

Daging Rendang Tok

Sweet and Sour Fish

Mantis Prawn With Salted Egg
 
Gulai Nangka Ikan Bilis



Menu istimewa yang pasti menarik perhatian anda untuk berkunjung ke buffet Ramadhan ini.





Bagi peminat sup, di sini turut disajikan Sup Daging Madura dan juga Bubur.


Tidak ketinggalan pelbagai kerabu turut disajikan untuk anda nikmati bersama hidangan berbuka anda.

Kerabu Perut (kredit Murni)

kredit Murni

Salad

Bukan itu saja, beberapa gerai aksi turut sama ada di sini. Anda boleh mencuba Mee Rebus, Thai Pataya Kebab, Satay Ayam dan Daging, Char Koay Teow.

Mee Rebus

Thai Pataya Kebab

Char Koay Teow

Tidak lengkap rasanya buffet Ramadhan tanpa pencuci mulut yang pelbagai. Di sini turut di hidangkan beberapa hidangan yang menarik.






desert


Buffet Ramadhan Citarasa Semenanjung

Bermula 21 Mei hingga 13 Jun 2018
Jam 7-10 malam
Bertempat di Sella

Harga 
Dewasa RM89
Kanak-kanak (5-12 tahun) RM49

Tawaran Istimewa
10 Dewasa PERCUMA 1
4 Dewasa PERCUMA 2 Kanak-kanak (Weekends)

Untuk tempahan sila hubungi 04-6377856



Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri
Bandar Sunway Tunas
11950 Bayan Lepas Pulau Pinang



Terima kasih kepada pihak pengurusan Olive Tree Hotel Penang kerana sudi menjemput dan menerima kunjungan kami.



You Might Also Like

5 comments

  1. Replies
    1. kan mar, tengok makanan terus rasa lapar

      Delete
  2. banyaknya menu yg sedap Eyda..seronokla sapa yg dapat makan.

    ReplyDelete
  3. Wowwww semua sedap-sedap belaka..
    Paling tak menahan itu kambing wuuuu....

    ReplyDelete
  4. Fuhh kecur tengok petang2 ni haha.. mmg nampak sedap2 dan berbaloi klu berbuka di sini.. menarik :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti