Resepi Daging Masak Kicap

5/20/2018 03:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah memasuki hari ke-4 kita berpuasa hari ini.

Memandangkan ada yang meminta Eyda memberikan resepi air tangan Eyda. Disini Eyda cuba coretkan resepi bagi menu juadah berbuka Eyda sekeluarga.

Resepi ada dari hasil pencarian di dalam Google dan diubah mengikut kesesuaian sendiri.

Daging Masak Kicap


RESEPI DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan

Bahan Perapan
250-300gm Daging dipotong nipis
2 camca besar Sos Tiram (ikut kesukaan)
2 camca besar Serbuk Kari Daging
2 camca besar Kicap Lemak Manis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
*1/2 biji Bawang Besar
*3 ulas Bawang Putih
* kisar / tumbuk / hiris halus

1 inci Halia dipotong halus
5 biji Cili Padi (ikut selera sendiri)
1/2 biji Bawang Besar dipotong
2 tangkai Daun Kari
Minyak masak
Air

Cara-cara
1. Perap daging bersama bahan perapan terlebih dahulu. Memadai perap beberapa ketika.
2. Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan halia,  tumis hingga naik bau.
3. Masukkan perapan daging ke dalam kuali. Kacau rata.
4. Masukkan air ikut kesukaan.  Banyakkan jika inginkan lebih kuah.
5. Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Biarkan seketika sehingga betul-betul masak.
6. Tutup api dan siap.




You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Ya sedap kan Normi. Masa puasa rasa lebih suka masak guna resepi yang mudah dan senang. Yang susah tu, klu hari cuti okay laa.

      Delete
  2. thanks share resepi. boleh jadi idea nak masak berbuka. pening dah tak tahu nak masak apa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. U r welcome Mommy Cici. Eyda kongsi pun sebab member pun cakap pening tak tahu nak masak apa. sekurang-kurangnya membantu kan bagi idea untuk memasak juadah berbuka.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti