Impian Memiliki Gadget Dapur dan Rumah

1/09/2019 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda ada bagitau nak kongsikan barangan yang Eyda beli daripada duit simpanan yang Eyda berjaya simpan untuk tahun 2018.

Memandangkan tabung duit RM20 atau tabung oren Eyda penuh sebelum akhir tahun, makanya Eyda dah berjaya untuk membeli gadget dapur dan rumah yang dah lama Eyda idamkan.

Alhamdulillah berkat menyimpan secara konsisten mampu merealisasikan impian sendiri. Entri berkaitan menyimpan boleh baca kat SINI


AIR FRYER DIGITAL RUSSELL TAYLORS

Gadget dapur yang pertama Eyda dapat adalah Air Fryer Digital Russell Taylors. Eyda beli selepas sale 12.12 yang lepas iaitu pada 14.12.18.



Alhamdulillah masa Eyda beli ada sale sebanyak 13% daripada harga asal di laman web Shopee. Jadinya Eyda dapat beli dengan harga RM206.28 dan percuma kos penghantaran.

Penghantaran pun bagus dan cepat, Eyda beli hari Jumaat dan barang tersebut Eyda terima pada hari Isnin dalam keadaan yang baik.

Bila dah terima apa lagi percubaan pertama dimulakan dengan masak french fries. Elok ja hasilnya dan minyak pun ada lekat pada tray.

Percubaan memasak

Kentang yang belum dimasak. Dah guna air fryer ni dah tak payah nak tunggu kentang hilang sejuk atau beku. Letak ja kentang yang baru dikeluarkan daripada peti ais terus ke dalam air fryer.


Kentang di dalam tray Air Fryer

Hasil yang menarik dan kering daripada minyak. Rasa pun sama ja dengan masak dengan minyak.

Hasilnya kentang goreng
Percubaan seterusnya ayam segera, siap ada lebihan minyak menitis ke tray bahagian bawah air fryer.

Ayam goreng

Ni menu yang masak minggu lepas. Masa nak hantar abang Izzat. Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam

Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam
Hasil pertama mini pizza guna roti pita, sosej dan cheese.

Mini piza

Ada lagi yang masak, tapi tak snap plak gambar. Apapun sejak ada air fryer ni dah tak risau anak nak menggoreng. Guna air fryer dah tak risau terpercik minyak.


PHILIPS PRESSSURE COOKER

Ini pun antara wishlist Eyda, beli Philips Pressure Cooker pun untuk memudahkan Eyda masak sup atau tomyam kaki ayam dan tidak ketinggalan sup tulang.

Itu antara menu yang selalu mengambil masa yang panjang untuk siap bila guna periuk biasa dan masak di atas dapur gas. Masak hampir 2 jam pun masih belum lembut elok. Kena tambah air untuk elak kuah menjadi kering.

Tapi bila beli periuk Philips Pressure Cooker nih, masak kurang dari sejam dah dapat hasil yang diingini.

Eyda beli Philips Pressure Cooker ni dengan harga RM369 dan percuma cooler box Rubbermaid tu. Untung kan?

Philips Pressure Cooker

Percubaan pertama Eyda dengan Philips Pressure Cooker nih, Eyda masak tomyam kaki ayam. 

Philips Pressure Cooker

Tomyam kaki ayam yang Eyda masak. Maaf tak nampak pula kaki ayam sebab kuah tomyam yang banyak.

Kuah tomyam banyak, tak nampak kaki ayam

Letak dalam mangkuk baru nampak rupa tomyam kaki ayam tadi kan. Menarik ja rupanya bila dah letak dalam mangkuk.

Tomyam kaki ayam
Tengoklah hasil kaki ayam yang masak menggunakan pressure cooker. Sedut ja isi, tinggal tulang macam kat bawah nih.

Tulang yang tinggal

STEAM IRON PHILIPS PERFECTCARE POWERLIFE (GC3929)

Barangan terakhir yang menjadi impian Eyda nak beli seterika. Dapatlah Eyda beli steam iron Philips Perfectcare Powerlife.

Seterika nih fungsinya hampir sama dengan seterika Philips yang harga RM1+++ tu. Cuma tangki airnya lebih kecil, hanya pada seterika dan tiada papan iron yang besar.

Apapun Eyda dapat berjimat banyak di situ. Seterika yang Eyda beli ni berharga RM335 dan percuma iron board.

Philips Perfectcare Powerlife

Dah rasmi beberapa minggu, rasa cepat je kerja seterika baju anak-anak dan baju kerja sendiri. Kalau tinggal lama atau terlupa tutup dah tak risau lagi sebab dia auto power cut off. Lagi satu tak payah nak set suhu, semuanya auto.

Philips Perfectcare Powerlife
Seterika ni jugak boleh seterika secara menegak macam iron yang kat pasaraya guna tu. Anak pun semangat nak iron sendiri pakaian. 

Semangat seterika seluar sekolah sendiri

Seronok tengok dia boleh seterika sendiri

Inilah barangan yang Eyda beli hasil tabungan selama setahun. Padahal hasrat nak beli tu dah bertahun-tahun. Kalau tak menabung ni, rasanya sampai sekarang keinginan masih lagi menjadi keinginan.


You Might Also Like

18 comments

  1. alhamdulillah..bestnya..teringin nak bli air fryer tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Normi, berkat usaha menyimpan. Beli laa air fryer tu senang kerja menggoreng dan membakar. Letak dalam air fryer, set masa dan suhu tinggal jer. Dapat kurangkan minyak dan baik untuk kesihatan.

      Delete
  2. Bestnyaaaa..rasa nak beli gak la semua tu..especially pressure cooker tu ha..hensem sangat..akak plak jenis suka buat sup kaki ayam..memang best la kalau ada pressure cooker ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat kak SA. Kan ada pressure cooker senang nak masak sup kaki ayam. Letak ja semua bahan dalam periuk pressure cooker tu, set beef/mutton, tekan start, tinggal jer. Nanti cukup masa set tu, semua dah masak elok.

      Delete
  3. wow kak !! banyak tuuuuu gadget dapur. makin syioook nak masak2 macam2 kan.
    btw CT rasa.. skrng ni CT pun da mula minat pekakas2 dapur. tengok blender pun rasa nak beli padahal dah ada haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah banyak ja gadget dapur. memang semangat laa nak masak guna gadget tu. ni pun dah masak sekali tomyam kaki ayam, 3 kali sup tulang. yang air fryer tu menu-menu tu laa dok ulang.

      Delete
  4. Yeayy...dh slmt guna. Kita punya tggu la dia punya review 😆 dan2 rs nk beli iron tu jugak pdhl dh ada 2 3 ketol iron philips hasil lucky draw

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua dah selamat guna. best laa iron tu, sekali iron semangat nak iron berhelai2, berpasang2 baju. cepat jugak, ada yang tak payah nak iron depan belakang, ada kena iron skit kat bahagian belakang. lagi satu tak laa berpeluh2 dan berlama2 kena iron. jual laa iron lucky draw habuan modal beli iron nih.

      Delete
  5. Wahhh.. Bestnya. Berkenan pulak dengan PC tu. Tapi dah ada noxxa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat afizah, semangat ja masak tomyam kaki ayam dan sup tulang menu kegemaran anak-anak. tak payah berlama2 kat dapur kena pantau hasil masakan kita.

      Delete
  6. Air Fryer, Pressure cooker dan steam iron ni memang antara wishlist mana2 mak2 ni termasuk akak walau sejenis malas nak guna hehee. Apa pun tahniah sbb cekal menyimpan gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mak2 majoritinya akan ada wishlist gadget2 tu. bab malas bagai tu letak belakang asalkan keingininan memiliki tu dah ada.

      Delete
  7. terbaik la :)
    air fryer & pc tu best. aida da lama guna. memang jimat masa.
    pe pun kita boleh masak dah. cepat empuk. cepat lembut. masak sekata. sihat.
    iron tu aje lom aida miliki.
    sebab jarang iron dah skang ni.
    anak2 dara jer yg iron baju diorang sendiri.
    nak diorang blaja susah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan air fryer dan pc tu memang membantu menjimatkan masa memasak. iron tu beli sebab nak merajinkan diri iron baju terutamanya baju kerja dan sekolah anak-anak untuk seminggu terus. Untuk abang yang dok asrama pun ya jugak, boleh iron awal semua baju sekolah dan asrama yang dia bawak balik.

      Sama laa, kadang tu anak-anak buat sendiri. Dah tak risau nak terbakar ke apa kain baju. Lagi satu bab terlupa tutup suis, bila ada iron ni dia boleh cut off sendiri.

      Delete
    2. akan beli jugak one day iron gini.
      one sweet day :)

      Delete
    3. berbaloi jugak beli iron ni, kena ada masa kena iron baju banyak2 rasa cepat kerja.

      Delete
  8. kita pun ada airfryer tu. pendapat saya kalau yg makanan goreng2 ni tak sedap sangat kalau guna air fryer. tp makanan jd sihat sbb tak payah goreng minyak byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada jugak yang kurang sedap klu masak guna airfryer. Ada pernah cuba, ada yang ok ja goreng dengan airfryer. Betul makanan jadi sihat klu guna airfryer sebab tanpa minyak.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti