Sweat & Sweet Run 2019

1/23/2019 10:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak cerita larian kedua bagi tahun 2019. Awal tahun jer banyak event, selepas ni agak kurang daftar event sebab banyak nak fokus pada anak-anak.

Yelah bila ada anak tinggal di asrama, jadinya jadual agak sukar untuk diatur. Takut salah percaturan, minggu tersebut anak balik. Kesian pula kalau kurang bagi perhatian padanya.

Okey laa tinggalkan kisah anak, kali ni nak cerita event anjuran Red Eagle Tour iaitu Sweat & Sweet Run 2019 yang menggunakan konsep lari sambil makan.

Larian Sweat & Sweet Run 2019 ini diadakan di perkarangan Medan Bandar, Alor Setar, Kedah iaitu dengan jarak sejauh 7km.



Dengan menggunakan moto Run.Stop Cendol, Run.Stop Rojak (tapi ditukar ke cucur udang), Run.Stop Tau Fu Fah, Run. Stop Air Kelapa ianya kelihatan menarik untuk disertai.

Tapi, masih ada tapi kena tengok gambar dan baca sendiri pengalaman Eyda sepanjang larian sambil makan nih. Menarik ke tak?

Seperti biasa baju larian perlu diambil sehari sebelum larian diadakan. Baju yang menarik dan sedap dipakai dan juga tuala muka yang panjang daripada Aeon Credit Service.


Baju larian dan goodie bag
Acara dimulakan dengan pelepasan peserta berbasikal Fun Ride pada jam 7.30 pagi yang turut sama disertai oleh Menteri Besar Kedah, YAB. Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir sejauh 40km. Selepas itu, barulah acara larian dimulakan pada jam 8.00 pagi.
 
Peserta larian

Peserta larian perlu berlari sekitar 2km, barulah berhenti untuk minum air yang disediakan atau menikmati cendol. Nak tengok rupa cendol? Meh tengok gambar dibawah.

Cendol yang tak seindah digambarkan

Sedih sebenarnya bila tengok rupa dan merasai sendiri cendol yang disediakan. Eyda antara yang terawal juga singgah ke water station nih. Tengok laa rupa cendol yang hanya ada 1-2 urat cendol, santan yang berketul, hanya dapat rasa gula merah yang manis dan sejuk.

Ianya hanya disediakan sebanyak 1 balang macam orang jual air kat pasar malam. Itu yang Eyda nampak, tak tahulah kalau ada lagi.

Setelah menyambung larian sekitar 2km lagi, Eyda berhenti untuk menikmati cucur udang. Alhamdulillah, kena dengan selera dan ada rasa.

Masa Eyda singgah untuk menikmati cucur udang nih, Eyda perasan yang cucur udang nih ada kurang dari separuh periuk. Padahal dalam pemerhatian Eyda masih ramai lagi pelari yang belum melepasi water station ini.
 
Cucur udang, sepatutnya rojak
Selepas menikmati cucur udang, larian diteruskan lagi. Kali ini perlu melalui laluan basikal dan motosikal iaitu terowong dibawah jalan.

Terowong laluan basikal dan motosikal

Setelah meneruskan larian sekitar 2km lagi, Eyda singgah untuk menikmati tau fu fah. Disebabkan ianya panas, jadinya Eyda bawa berjalan sambil bersembang dengan pelari lain. Eyda berkenalan dengan Malini yang tinggal berhampiran Alor Setar. Seorang guru.

Tau Fu Fah
Bagi Eyda tau fu fah ini rasanya sedikit masam, mungkin cara pembuatan dan juga penyimpanan yang kurang baik. Sebab ada satu bekas lagi Eyda nampak tau fu fahnya hancur dan tidak seperti rupanya.

Sampai saja di garisan penamat dan mengambil medal, Eyda mengambil air kelapa iaitu hidangan terakhir dalam larian ini. Maaf terlupa nak snap gambar. Dah minum habis baru teringat. Bagi Eyda rasa air kelapa tersebut bukanlah rasa air kelapa sebenar seperti rasa air kelapa kotak saja.

Yakult

Nasib laa air Yakult nih penyelamat keadaan. Terubat juga makanan dan minuman yang tak menepati citarasa.

Cantik medalnya

Medal yang lain daripada biasa. Jarang ada medal yang berwarna hitam sebegini. Dengan dihiasi tulisan berwarna memang membangkitkan kecantikan medal itu sendiri.

i'm sweet & sweaty!

Ya, I'm sweet & sweaty!. Comel jer. Kali ini sebab larian agak santai, makanya mengutip masa yang panjang untuk sampai ke garisan penamat.

Catatan masa dan jarak

Pada keseluruhan event ini bagi Eyda perlu penambahbaikan jika ingin menggunakan konsep lari dan makan. Ini kerana kualiti makanan dan minuman yang disediakan majoritinya luar daripada yang diharapkan. Kawan Eyda yang berada di kumpulan ke belakang tidak dapat menikmati sebarang makanan minuman kecuali cendol sahaja. Banyangkan air mineral pun tiada untuk mereka yang berada di kelompok ke belakang.

Kesian Eyda pada nasib peserta ke belakang yang turut sama membayar untuk menyertai event ini tapi tak dapat menikmati hidangan makanan dan minuman yang disediakan.



You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah nak sihat sama ni Normi Nieza

      Delete
  2. wah 7km tu mama tak sure mama mampu ke idok 7km

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, semua orang mampu mama. Tak mampu berlari, jogging, lari² anak atau pun berjalan. Asalkan sampai ke garisan penamat. Kalau ada kawan, lagi tak terasa jarak yang jauh tu.

      Delete
  3. teruskan berlari kak !! CT sokong je ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SYM, akak hargai sokongan dan semangat daripada kawan².

      Delete
  4. menarik.
    lari. makan. lari. minum. lari....
    tau fu fah tu mcm menarik dari yg lain. yum yum yum...
    kreatif la organizer larian skang ekk.
    mcm2 cara utk tarik minat org join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik Aida. Yang kurang menariknya kualiti dan kuantiti makanan yang disajikan. Macam terpaksa adakan ja. Ya, organizer larian sekarang makin kreatif untuk menarik orang sertai acara sebegini.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti