Ghost Pepper Cottage Fries

1/28/2020 03:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm hari ni saja Eyda nak kongsikan apa yang Eyda dah makan gara-gara anak Eyda.

Minggu lepas Eyda ada laa ke 7 Eleven. Kimie nak membeli sesuatu yang pedas. Hantu pedas laa budak-budak nih.

Lepas dah ambil megi pedas, ada laa cashier nih bagitau ada keropok pedas. Salah satunya Ghost Pepper Cottage Fries. Macam-macam nak di Ghost Pepper kan.

Ghost Pepper

Balik rumah tu Kimie terus capai keropok tu. Nak tau masa mula Kimie makan dia cakap apa? "Ibu tak pedas pun kopok nih. Biasa ja rasanya." Amboi berlagak kau ya.

Lepas dia dah makan beberapa keping baru dia cakap, "Ibu, kopok ni kalau dah makan banyak baru nak rasa pedas, makin pedas laa." Hahaha baru dia tau. 

Eyda makan sekeping ja awal tu. Ada laa rasa pedasnya, Yelah orang yang tak tahan pedas memang macam ni kan.

Lepas beberapa ketika, masing-masing dah tak nak makan. Nak tak nak terpaksa laa Eyda habiskan keropok tu sorang-sorang. Tahan laa pedas sorang-sorang.

Kalau ikutkan keropok ni bila makan banyak-banyak tu terasa laa pedas lebih sedikit daripada keropok pedas biasa tu. Korang kalau jenis tahan pedas tu okay ja, mesti cakap ehh tak pedas mana pun. Tak gitu.

Apapun keropok ni hanya ada di 7 Eleven ja tau sebab kat bungkusan keropok pun ada tulis Esklusif di 7 Eleven.


You Might Also Like

15 comments

  1. kalau saya dah habis makan dah ni sebab suka pedas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tahan pedas mesti macam makan keropok pedas yang lain. Saya ni jenis tak tahan pedas, terasa laa jugak pedas tu walaupun tak terlalu pedas macam megi pedas tu.

      Delete
  2. takut plak nak cuba...bocor usus sat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah tak bocor usus tu, tapi kalau nak makan baik makan dengan orang yang tahan pedas. Mesti boleh habiskan.

      Delete
  3. sedap tak ni ? kaella pun teringin nak makan pedas2 sekarang ni hehe

    ReplyDelete
  4. Habih sebungkos br rasa pedas ek... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sekeping dua pun dah teras pedas ni SS. Yelah, orang jenis tak tahan pedas laa katakan.

      Delete
    2. SS takut makan pedas... ha ha ha

      Delete
    3. Tak payah laa makan pedas2 SS. Kita makan yang tak pedas punya.

      Delete
  5. uih..kena cuba gak ni..nak tengok sejauh mana kepedasan tu pada kita pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas lebih sikit ja daripada keropok pedas yang lain. Boleh ja makan

      Delete
  6. Wah, da ada keropok plak, nak try la nnti.. :)

    Tag kak eyda disini ye :) https://norshamimi.blogspot.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Cik Mimie, ada keropok pula. Okay, good luck ya

      Delete
  7. kalau ekin x berani nak makan sbb x tahan pedas huhuhu

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti