Tudung Sukan byCottonGalore

1/13/2020 10:04:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Ermm banyak coretan pasal sukan dan aktiviti keluarga kecil Eyda, tapi itulah bila ada kekangan masa terpaksa abaikan sekejap blog nih.

Ini pun ada coretan yang separuh jalan, masih berada di dalam draf. Hahaha harap dapat laa siapkan sebelum lebih basi cerita tu.

Sejak akhir-akhir ini Eyda suka mengumpul tudung sukan. Jadi pengumpul tudung sukan laa plak. Selain tudung bawal, tudung sukan pun jadi kegemaran Eyda untuk menambah koleksi.


Tudung Sukan byCottonGalore

Tudung sukan pertama yang Eyda beli sendiri, tudung sukan keluaran byCottonGalore atau lebih mudah sebut BCG. Tudung sukan pertama byCottonGalore yang Eyda beli nih lebih kepada corak. Warna pilihan yang Eyda gemar pilih ialah biru dan hitam. Lebih mudah padankan dengan baju.

Ini tudung pertama yang Eyda beli Edisi Print Splat

Apa yang Eyda suka dengan tudung ni sebab material yang digunakan memang ringan dan selesa. Kain jenis microfiber ini memang jenis yang digunakan dalam pembuatan baju sukan. Kiranya kalau kita yang berpeluh ni memang terasa cepat kering.

Tudung kedua Edisi Let's Get Toned

Selain keselesaan yang ditawarkan, ianya juga mempunyai pelbagai pilihan saiz dari saiz S hingga ke saiz XL dan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan kita. Macam Eyda yang kecil nih, saiz S memang sesuai untuk Eyda.

Carta Saiz dan juga labuh tudung dari S ke XL mengikut ketinggian model

Boleh ja korang rujuk kat carta saiz ni atau boleh tengok model ni pakai dari saiz S di sebelah kiri ke saiz XL di sebelah kanan mengikut ketinggian model.

Carta Saiz dan juga labuh tudung dari S ke XL mengikut ketinggian model

Tudung sukan Eyda nih majorinya Eyda guna untuk larian, joging, kadangkala keluar ke kedai atau tempat yang dekat dan tidak ketinggalan masa sibuk. Tak sempat nak seterika tudung senang ja pakai tudung sukan nih.

Event larian terakhir di tahun 2019 dengan tudung Edisi HSN 2018

Tudung byCottonGalore yang keluaran HSN 2019 ni Eyda rasmi masa perjalanan balik dari event Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019 di Kuala Kangsar. Tudung kali ini ada perbezaan sikit sebab awning dia dijahit disebelah dalam. Jadinya sedikit tebal. Tapi bila pakai tak beza sangat pun dengan tudung sebelumnya.

Tudung HSN 2019

Banyak pilihan corak dan warna yang ditawarkan byCottonGalore. Kiranya sesuai untuk dipakai untuk bersukan atau pun ke mana-mana.

Mesti ada yang tertanya, tudung sukan byCottonGalore ni hanya ada jenis corak saja ke? Sebenarnya tudung sukan byCottonGalore pun ada menawarkan pelbagai warna mengikut kesukaan kita.

Sebelum penutup tahun 2019 ni, Eyda sempat grab lagi sehelai tudung sukan byCottonGalore. Kiranya tahun 2019 ni Eyda beli 2 helai tudung byCottonGalore laa.

Kali ini ambil warna yang berbeza daripada koleksi tudung sukan yang ada. Ermm nak tahu warna apa, meh jenguk kat bawah nih.

Edisi Daring. Warna pun mengancam.

Kali ini Eyda ambil warna yang garang, Confirm dari jauh pun dah boleh nampak Eyda pakai tudung ni kan. Nak tau nampak ke tak, meh Eyda kongsi sikit.



Cantik tak? Mestilah cantik kan tudung sukan keluaran byCottonGalore nih. Yang pasti ringan dan selesa.

Tudung sukan byCottonGalore nih Eyda banyak beli daripada stokis @activewear_muslimah tapi korang boleh ja melawat Instagram @bycottongalore

Harga tudung sukan byCottonGalore ni pula dari RM49.90 sehingga RM79.90. Semua bergantung daripada jenis berwarna dan juga bercorak termasuk saiz tudung itu sendiri.


You Might Also Like

10 comments

  1. ni namanya tudung paling simple..sarung jek...sis JM pun suka tudung yg mcm ni...kalau nk g pasar...sarung jek..tp tudung yg sis JM beli RM10 jek tak de lah RM49.90 tu hihi

    Rajin tul Eyda bersukan..bagus tau..badan jadi sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. butul tu kak JM. Senang nak pergi ke mana2. Kena rajin laa, nak sihat punya pasal.

      Delete
  2. Replies
    1. A'ahh macam kain baju jersi tu.

      Delete
    2. Bagus kain jersi kan... tak panas... nak cari gak lah!

      Delete
    3. Bagus sangat, dah ringan, tak panas dan cepat kering

      Delete
  3. oh ada jugak jenama lain, ingatkan neelofa saja yang keluarkan tudung sukan...ok, boleh cuba nanti nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, yang jenama ni banyak juga dia keluarkan tudung sukan jenis bercorak. Jadinya bukan saja boleh pakai masa bersukan, malah untuk jenjalan jugak.

      Delete
  4. pernah tak cuba tudung sukan just you? design dia org tu kurang labuh dan tak senang longgar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah cuba. Tapi setakat sekarang tudung ini bagi saya dah selesa

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti