Cawan Kit Kat

2/25/2020 04:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama betul tak update blog. Tulis separuh simpan dalam draf. Ntah bila nak publish pun tak tau.

Okay laa, yang mana masih dalam draf, Eyda simpan jap. Malas nak upload gambar. Yang mana boleh siapkan mengarang kita publish dulu.


Kit Kat Free Mug

Bulan lepas Eyda ada laa singgah ke mini market dekat dengan rumah Eyda. Bila jalan masuk tu nampak laa deretan bungkusan Kit Kat nih. Ehh ada 15 Kit Kat, harga baru RM10.99 siap percuma cawan comel lagi.

Selepas pusing membeli barangan yang diingini, apa lagi Eyda lalu dan rembat laa sebungkus Kit Kat nih. Bila difikirkan lama jugak Eyda tak makan Kit Kat, sesekali layan best jugak kan.

Free Mug Owl
Cantik laa plak cawan Owl nih, kombinasi warna dia pun menarik. Ermm cawan nih dah jadi cawan Kimie. Elok laa kena dengan warna kegemaran dia.

Selang beberapa hari kemudian, Eyda ada beli lagi sebungkus Kit Kat tu dan dapat cawan Mouse. Cawan ni pula kena dengan warna kegemaran Izzat plak. Okay laa tu, memasing dah ada cawan comel nih.


Comel kan cawan Kit Kat nih. Siap ada 2 gambar yang berbeza sebelah sini dan sana cawan. Sebelah macam kat cawan tu sebelah lagi macam kat bungkusan Kit Kat tu.

Bosan tengok gambar sebelah sini, kita pusing sebelah satu lagi kan.


You Might Also Like

10 comments

  1. waalaikumussalam. comey sangat. nak kumpul jugak lah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Umi Nazrah. Jom kumpul. Saya pun dah banyak koleksi cawan dariapda Kit Kat nih

      Delete
  2. Bestkan dpt mende2 free ni... Kalu beli ubat gigi pon leh dpt gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda free memang best kan SS. Betul, ubat gigi pun ada terutamanya ubat gigi Darlie. Colgate tengok jugak. Ehh kalau nak tau dulu ada ex opismate dia suka kumpul pinggan mangkuk bagai yang free gift nih. Dia kat rumah guna set free gift nih jer. Sampai dia pernah buat hadiah kat engineer sorang nih dulu.

      Delete
  3. dulu suka sgt kumpul cawan2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa saya sampai banyak pula koleksinya. Memang kat rumah guna cawan yang dapat free gift macam ni jelah.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti