Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

9/19/2019 03:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi pada hari ini.
Macam mana cuaca di tempat korang? Harapnya bertambah baik hendakNya.

Walaubagaimanapun sekolah anak-anak ditutup pada hari ini sebab petang semalam bacaan IPU kawasan rumah Eyda telah mencecah sehingga 211. Agak tinggi. Alhamdulillah hujan lebat sekitar jam 4 petang sedikit sebanyak telah menurunkan bacaan itu di bawah 150 pagi ini.


LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD (LAJSM) 2019




Al-Kisah Disebalik Penyertaan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud, satu larian yang tidak pernah terlintas difikiran Eyda. Disebabkan dihasut dan diracun pemikiran Eyda oleh sahabat larian, akhirnya Eyda daftar di hari-hari terakhir tawaran harga 'early bird' bagi larian ini. Itu pun selepas tengok tarikh peperiksaan UPSR Kimie. Dapat jugak berjimat sekitar RM15 daripada harga biasa.

Bila dah daftar diri masih lagi 50-50 antara nak pergi atau tak? Yelah dah jauh, macam-macam Eyda fikir. Hal berkaitan dengan pengangkutan, penginapan dan sebagainya.

Mana taknya larian ini jauh di Pantai Timur dan Eyda memang kurang mahir selok belok keadaan di sana. Pernah ikut trip perjalanan pejabat jer.

Eyda ada jugak hasut kawan-kawan baik, malangnya masing-masing tak mahu atas sebab jauh katanya. Okay, akhirnya Eyda berjaya menghasut sepupu Eyda yang tinggal di Dungun. Dalam masa yang sama dia membantu Eyda menempah bilik hotel. Alhamdulillah selesai satu bab mengenai penginapan.

Tidak lama kemudian Eyda daftar larian ini untuk anak Eyda, iaitu Kimie. Disebabkan anak Eyda hanya boleh sertai larian kategori 8km Pelajar Sekolah (10-17 tahun) dan juga larian Fun Run (5km). Jadinya dia memilih untuk sertai kategori 8km Pelajar Sekolah.

Sebenarnya bila masalah jerebu melanda negara, Eyda risau jugak larian ini akan dibatalkan. Alhamdulillah jerebu di Pantai Timur agak baik. Bacaan IPU sekitar 60-70 sahaja.


Laluan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Laluan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk semua kategori pada awalnya perlu berlari melalui Jambatan Sultan Mahmud akhirnya bertukar ke Jambatan Angkat kurang sebulan sebelum tarikh acara untuk semua kategori.

Walaubagaimanapun bagi kategori 42km dan 21km tetap melalui Jambatan Sultan Mahmud dan tidak ketinggalan dapat juga berlari di Jambatan Angkat.

Laluan LAJSM 42km

Laluan LAJSM 21km

Laluan LAJSM 12km

Laluan LAJSM 8km

Laluan LAJSM 5km

Fuhh memang lagi bersemangat laa bila dapat tahu laluan baru ini. Teruja semua ada bila memikirkan dapat berswafoto atas Jambatan Angkat.


Hari Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Larian yang diadakan pada 14 September 2019 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu bermula pada jam 12.01 pagi bagi kategori 42km Full Marathon (FM). Manakala kategori 21km Half Marathon (HM) bermula 1.00 pagi iaitu setengah jam lebih awal daripada jadual asal.

Kedua-dua kategori ini berlari dari Dataran Batu Burok menuju ke Jambatan Sultan Mahmud dan seterusnya ke Jambatan Angkat (Drawbridge). Seronoknya diaorang dapat berlari di atas kedua-dua jambatan.

Manakala bagi kategori 12km bermula pada jam 7.15 pagi. Eyda dan Kimie telah sampai di garisan permulaan sebelum jam 7.00 pagi. Kami hanya berjalan sekitar 750 meter daripada hotel tempat penginapan. Lega kan bila dapat menginap di hotel berhampiran garisan permulaan larian.

Kalau ikutkan pagi-pagi tu kaki Eyda cramp masa bangun tidur sekitar jam 5.30 pagi. Kaki Eyda cramp bahagian betis sebelah kiri dan tapak kaki sebelah kanan. Masa tu macam-macam dah terjah ke kotak fikiran. Yelah, jarang-jarang sekali jadi macam tu.

Setelah cuba tenang sambil betulkan kaki seketika, Alhamdulillah keadaan kembali baik. Lega rasa hati, kalau tak jenuh fikir macam mana nak habiskan larian 12km tu.

Bersedia di garisan permulaan

Selfie dulu sebelum bermula

Acara 12km dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Eyda bermula berlari dengan baik. Tapi macam biasa laa berlari dan berjalan bersilih ganti. Eyda dapat rasakan Eyda dapat berlari dengan baik di awal larian pada hari tersebut.


Larian Eyda mulai perlahan bila mana sampai di Jambatan Angkat (Drawbridge), masa ini Eyda penuhi permintaan sahabat larian Eyda yang mahu Eyda valet namanya di Jambatan Angkat sebab dia terpaksa batalkan lariannya (DNS) kerana tugas hakiki.

Memenuhi permintaan rakan larian untuk valet nama di Jambatan Angkat

Bukan itu saja, Eyda pun turut berswafoto di atas Jambatan Angkat ini. Bila lagi nak ambil peluang berswafoto atas Jambatan Angkat tu kan.

Jom swafoto

Cantiknya Jambatan Angkat nih

Bot nelayan melalui bawah jambatan angkat

Bahagian pemisah ketika Jambatan Angkat diangkat
Sebaik sahaja menuruni Jambatan Angkat, Eyda meneruskan larian Eyda. Bayangkan larian Eyda hampir memasuki ke KM3 tiba-tiba kami dipintas dengan peserta larian kategori 8km Pelajar Sekolah, ketika itu mereka baru memulakan larian sekitar 10 minit. Mereka mulakan larian jam 7.30 pagi iaitu 15 minit selepas kami bermula. Memang laju-laju Eyda tengok mereka berlari.

Seronok ambil gambar lebih
Larian kami diteruskan di persisir pantai. Rasa nyaman saja berlari di persisir pantai, terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa diri.

Seronok berlari dipersisir pantai

Seberang Takir Beach, Miami Beach pun ada tapi tak ambil plak

Larian ini terasa selamat dan santai kerana majoriti laluan kami ditutup sepenuhnya. Jadinya tak risau terlanggar dengan kenderaan lain yang menggunakan jalan yang sama.

Tenang ja dapat lihat pantai

Peserta makin ramai bila bertembung dengan peserta kategori 8km dan juga 5km

Swafoto lagi di perjalanan balik

Dan lagi

Nampak tak pemisah Jambatan Angkat

Nampak air sungai kat bawah tu. Ada anak kecil nangis takut nak melangkah

Alhamdulillah, Eyda berjaya menamatkan larian kedua bagi kategori 12km dengan baik dan ini merupakan jarak larian yang paling jauh berbanding penyertaan pertama bagi kategori 12km.

Ini kerana bagi larian pertama dulu, jarak larian kami kurang daripada 12km manakala larian kali ini jarak larian kami melebihi 12km.

Alhamdulillah catatan masa agak baik walaupun banyak bergambar

Apapun Eyda berpuas hati kerana mencapai target berlari di bawah masa 1 jam 55 minit. Itupun sebab ada sesi berswafoto, kalau tak rasanya mungkin Eyda boleh target masa dengan lebih baik.

Jadi laa kan dapat tempat ke 172
Tahniah jugak buat anak ibu, Kimie yang berjaya menghabiskan larian 8km dengan catatan masa 1 jam 23 minit 19 saat. Satu pencapaian baik untuk larian melebihi 5km. Ini merupakan larian jarak yang paling jauh Kimie berlari.

Boleh tahan jugak catatan masa anak ibu tempat ke 254

Saat yang mengembirakan bila dapat medal selepas berpenat lelah menghabiskan larian sejauh 12km walaupun tapak kaki sebelah kanan cramp sekali lagi masa berjalan-berjalan di pantai Batu Burok dengan anak selepas tamat larian kami.

Medal

Medal Eyda dan Kimie
Tahniah juga buat Hasnizan dan Mawaddah di atas larian pertama mereka di dalam event larian. Jangan serik-serik ya sertai event larian sebegini. Terima kasih ya sudi melayan kami seharian di sana.
Isteri sepupu dan anaknya

Selepas tamatnya larian LAJSM kali ini, Eyda rasa macam nak ulang lagi tahun depan. Apapun bergantung kepada masa dan keadaan ketika itu.


You Might Also Like

4 comments

  1. wah..bestnya dah sampai sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best laa cik Nor bukan saja dapat selfie, malah dapat berlari atas Jambatan Angkat tu.

      Delete
  2. wahhh bestnya join event lari lari macam ni. teringin nak join. tak pernah lagi hahaha. tahniahh btw berjaya finish 12km! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tau Sayidah. Kalau nak santai-santai cari larian fun run / walk 3-5km macam tu. Ada ja yang berjalan-jalan untuk habiskan larian mereka.

      Apapun terima kasih

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti