JomRun Merdeka 5km Fun Run

9/09/2019 01:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pada 1 September yang lalu,  Eyda dan kawan-kawan ada sertai larian sempena Kemerdekaan.

Larian ini asalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2019 terpaksa ditukarkan ke 1 September 2019 disebabkan pertembungan acara perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang diadakan di Dataran Padang Pemuda, Butterworth.

Manakala acara larian ini diadakan di De Garden Hotel, Butterworth. Jadinya acara ini diubah ke tarikh baru lebih kurang sebulan sebelum acara.



Larian yang Eyda sertai kali ini anjuran JomRun iaitu JomRun Merdeka 5km Fun Run. Masa Eyda daftar hari tu hanya serendah rm38.


Larian dimulakan jam 7.30 pagi. Larian yang sepatutnya diadakan sejauh 5km menjadi hampir 6km. Fuhh jauh jugak kami berlari hari tu.


Medal dia pun cantik siap boleh berputar bintang di tengahnya.




Seperti biasa mestilah bergambar dengan kawan-kawan yang jumpa di sana.





Semasa event kadangkala ada juga jurugambar acara yang diupah untuk mengambil gambar peserta. Jadi kena laa rajin-rajinkan diri mencari macam ni. Banyak juga gambar Eyda dalam lensa kamera jurugambar.







Seronok sebenarnya sertai larian sebegini ,selain dapat membakar kalori bahkan dapat berjumpa kawan-kawan seangkatan dalam larian.


You Might Also Like

2 comments

  1. Seronok tengok Eyda rajin sertai run...tahun ni mesti lagi banyak medal yang Eyda kumpul berbanding tahun lepas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok nak isi masa lapang ngan nak sihat. Tahun lepas lagi banyak medal berbanding tahun ni Farrah. Tahun ini virtual run ja yang banyak.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti