Ramen Double Spicy Challenge

10/02/2017 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai, buat cabaran pula ya. Mampu ke makan megi pedas macam tu kan. Ramen biasa pun dah pedas, inikan pula Ramen Double Spicy. Dua kali ganda pedasnya.

Inilah megi Ramen Double Spicy yang akan beraksi bersama pesertanya. Mampukah pesertanya habiskan semangkuk atau sebungkus megi Ramen Double Spicy nih?

Ramen Double Spicy Challenge

Peserta yang menyahut cabaran megi Ramen Double Spicy Challenge malam Khamis yang lalu ialah Izzat dan juga Kimie. 

Mentang-mentang masing-masing mampu makan megi Ramen Spicy yang biasa tu, kali ini nak cabar diri makan megi Ramen Double Spicy Challenge pula.

Jom tengok aksi Izzat dan Kimie yang menyahut Cabaran Ramen Double Spicy. Macam-macam aksi ada. Habis atau tidak, jom tengok video yang telah dicepatkan menggunakan aplikasi Time-Lapse Photography dari Vivo V5s. 

Kiranya gambar video ini telah dicepatkan sebanyak 4 kali dari waktu sebenar. Nampak lawak pula bila tengok balik video yang dicepatkan tu..



Nampaknya Izzat agak tabah menghabiskan megi Ramen Double Spicy Challenge tu berbanding Kimie. Dalam video tu Izzat dapat menghabiskan 2 kali lebih cepat daripada Kimie. Kiranya cepat juga dia. 

Tu pun ada hati nak habiskan megi Kimie, berapa kali minta masa Kimie dah surrender kali pertama. Tapi Kimie tetap habiskan walaupun pelbagai talian hayat yang dia guna untuk menghabiskan Ramen Double Spicy tu.

Hah baru korang tau pedas macam mana Ramen Double Spicy tu. Nak sangat rasa kan kepedasan Ramen Double Spicy tu.


You Might Also Like

7 comments

  1. Penat SA Tergelak tgok video ni..ya allah kesiannya sampai berpeluh2...sure pedas..SA yang ramen biasa tu pun tak mampu nak makan habis...inikan plak double spicy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak kan SA bila tengok video guna aplikasi Time-Lapse Photography tu, kalau rakam video biasa jenuh tengok..

      Eyda pun yang biasa tak boleh nak makan, sebab tak tahan pedas.. Diaorang nih boleh pula suka megi pedas nih..

      Delete
  2. aduhh. feveret ni. tapi jenuh jugak laa nk menghabiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh Nur Raihanah suka ke makan megi Ramen nih.. Eyda tak mampu laa nak habiskan sebungkus tu, nak makan 1 mulut pun jenuh..

      Delete
  3. Kelakar tapi kesianlah tengok dia berdua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar, boleh ketawa sorang-sorang.. kesian tu memang kesian, tapi diaorang sendiri yang nak makan ngan buat cabaran tu..

      Delete
  4. alahai berpeluh2 makan... terliur gak nak try tapi tak berani.. makan burger korea pun nak cirit birit...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti