Bergembira Bersama Kesayangan

10/26/2017 11:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ada yang ingin bertanyakan kesihatan Eyda, masih belum sihat sepenuhnya. Batuk dan suara serak masih membelenggu diri. In shaa Allah, Eyda akan jaga diri Eyda sebaiknya.

Pernah tak korang rasa dalam hari yang sama, orang yang jarang hubungi korang, yang selalu hubungi korang bersilih ganti menghubungi korang. Macam sesuatu pula kan rasa hari tersebut.

Eyda merasa laa juga semalam, macam-macam orang yang menghubungi Eyda. Majoritinya Eyda jawab, tak ketinggalan ada yang tak sebab tak perasan. Hahaha macam Hari Rindu Sedunia pula.

Okeylah, lupakan hal tu, tukar topik keluarga kecil Eyda pula. Ermm memandangkan anak-anak masih dalam minggu peperiksaan. Makanya sesi melayan laa kerenah anak-anak kan. Yelah siapa lagi nak melayan kalau bukan ibu dia orang nih kan.

Biasalah kan Eyda nih, ada saja nak rakamkan gambar. Macam biasa laa, ajak anak-anak wefie. Padahal bateri telefon nak habis sesangat. Siap naik amaran tak boleh guna lampu flash. Tapi gigih nak wefie juga.

Sesi wefie bersama

Susah betul nak dapatkan semua muka cantik, hensem, kiut muit. Alang-alang korang nak rosakkan gambar, jom kita rosakkan gambar bersama-sama.


Bila bosan menunggu

Ehh ehh sibuk korang ya main game, tak apa, ibu selfie sorang-sorang. Kusyuk ja tengok diaorang main game, ibu tak mampu nak buat apa selain selfie. Bateri dah nazak.


Buat aktiviti masing-masing

Tengok laa, macam-macam rupa bila ajak welfie. Sampai ada part, gelak bila tengok muka memasing. Sampai pekerja kat situ pun tersengih-sengih tengok kami.


Muka ceria, masam, iklan gigi semua ada

Yeay, menu yang di minta sudah sampai. Lauk pauk semua habis, cuma nasi jer tak habis. Eyda masih belum mampu menghabiskan makanan yang dijamah. Jenuh nak menelan makanan tu. Nasib laa hero Eyda, Izzat ada. Mampu juga dia makan walaupun tak habis semuanya.


Nasi Ayam Panggang

Nasi Ayam Chicken Chop Black Papper

Hot Lemon Tea

Ice Lemon Tea

Iced Chocolate Blended

Alhamdulillah semuanya memenuhi tekak seperti sebelumnya. Entry makanan di sini Eyda pernah kongsikan di MONrods




You Might Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. sedap Ekin, sesekali boleh laa singgah ke sini

      Delete
  2. Family bonding adalah perkara yang paling best di dunia kan..tak bolehdibeli ngan wang ringgit, kalau wang ringgit keluar takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak SA, masa ini saja yang kita ada untuk habiskan masa bersama mereka.

      Delete
  3. tergoda tengok hot blended chocolate tu. Get well soon sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hot pula, akak Eyda typo laa. iced chocolate blended tu memang sedap Farhanna Jafri..terima kasih mendoakan kesihatan akak..

      Delete
  4. bonding time with the loves is a must beb hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah, siapa lagi nak habiskan masa bersama dia orang kalau bukan ibu dia orang nih.. hehehe..

      Delete
  5. Sedapnya nasi ayam panggang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu hazirah, cuma sambal tu pedas skit bagi tekak Eyda yang kurang sikit dengan makanan pedas..

      Delete
  6. bonding time dengan keluarga paling best. hai kak.. lama tak singgah sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Siti.. ya laa lama kita tak singgah menyinggah

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti