Penang Starwalk 2017

9/26/2017 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda sertai acara berjalan, asyik lari jer kan. Apa salahnya sesekali bertukar acara sikit.
 
PENANG STARWALK 2017

Acara Penang Starwalk 2017 kali ini telah pun dihadiri lebih daripada 20,000 peserta. Para pelajar sekolah dan kakitangan syarikat swasta antara peserta yang meramaikan acara ini.

Penang Starwalk 2017 ini telah pun diadakan pada 10 September 2017 iaitu pada hari Ahad bertempat di hadapan Gurney Paragon Mall, Gurney Drive.

Acara ini telah dilepaskan oleh Datuk Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada jam 7.00 pagi.

Penang Starwalk merupakan acara tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh pihak The Star dan ia pernah diadakan di Penang Times Square, George Town. Untuk edisi ke-40 ini, pihak The Star telah bertukar ke lokasi baru iaitu di Gurney Paragon Mall, Gurney Drive.

Selfie di tulisan Gurney Paragon

Jarak dan laluan Penang Starwalk 2017 ini ialah sejauh 7km. Nampaknya berjalan santai laa sejauh 7km tu. Jom tengok pelan laluan yang disediakan oleh pihak The Star.

Pelan laluan acara Penang Starwalk 2017

Memang ramai betul peserta acara Penang Starwalk nih, jom tengok antara peserta yang ada berhampiran Eyda pada pagi tu.


Sebahagian peserta yang menyertai acara Penang Starwalk 2017

T-Shirt bagi acara ini ditaja oleh pelbagai pihak, boleh nampak di belakang t-shirt yang dipakai oleh para peserta yang berjalan bagi acara Penang Starwalk 2017 ini.

Banyak penaja t-shirt Penang Starwalk 2017

Tenang jer rasa berada kat kawasan perumahan berhampiran Tesco Tanjung Tokong nih. Sempat laa selfie sekeping untuk diri sendiri.

Selfie sekeping, tenang ja jalan kat kawasan perumahan selepas Tesco Tanjung Tokong

Jangan tak tahu, acara sebegini juga tidak dilepaskan ibu bapa bersama anak kecil. Mereka sanggup menolak stroller bersama mereka. Pemandangan ini juga dianggap biasa kalau sertai acara fun run.

Siap ada ibu bapa yang bawa stroller berjalan bersama
Akhir sekali sebelum sampai ke garisan penamat, selfie sekeping lagi pada mercu tanda di bulatan Gurney Drive. Cantik jer arca tu kan.

Selfie lagi, aktiviti berjalan ni banyak masa untuk selfie

Akhirnya hampir sampai juga ke garisan penamat dalam beberapa meter saja lagi di hadapan. Rasa lega sangat dah nampak garisan penamat.

Yeay hampir sampai ke garisan penamat

Sesampainya di garisan penamat, semua peserta diberikan surat khabar Star, sijil penyertaan dan nombor cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah disediakan sehingga 120 hadiah. Tapi malangnya nombor Eyda ni tak bertuah.

Surat khabar Star, sijil penyertaan dan nombor cabutan bertuah

Catatan masa dan kalori yang dicatatkan melalui aplikasi Runkeeper. Rupanya banyak juga kan kalori yang berjaya disingkirkan. Bila tengok masa tu, rupanya agak cepat juga Eyda berjalan.

Catatan masa yang dicatatkan melalui aplikasi Runkeeper

Banyak barangan yang Eyda terima ketika urusan pengambilan Race Kit pada hari sebelum acara Penang Starwalk 2017 ini diadakan. Semua ini adalah sumbangan daripada sebahagian para penaja acara ini.

Barangan yang ada bersama Race Kit yang Eyda ambil

Baju t-shirt Penang Starwalk 2017 Eyda ini ditaja oleh pihak Spritzer. Lupa pula nak snap gambar di bahagian belakang t-shirt Eyda tu. Terima kasih kepada semua penaja yang menaja acara ini.





You Might Also Like

2 comments

  1. wah...starwalk...lama dh x join...nti ada walk2 ajk ye...lari2 I pancit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Starwalk ni Zai.. okay kalau ada acara melibatkan jalan ni Eyda roger ya..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti