Khazanah Sajian Nusantara Ramadan Buffet Dinner | The Light Hotel

5/10/2019 03:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bagiamana hari anda di bulan Ramadhan tahun ini? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ramadhan telah pun menjengahkan dirinya. Bulan untuk kita menjalani ibadah puasa di siang hari dan tidak ketinggalan terawih di malam hari.

Walau bagaimanapun, bulan ini juga untuk kita lebih rapat dengan ahli keluarga yang lain. Untuk merapatkan lagi silaturrahim, apa kata anda keluarkan sedikit kos untuk keluarga anda dengan berbuka di hotel.

Sesekali merasai kelainan menu daripada biasa pastinya menyeronokkan keluarga kita sendiri. Tak salah bersedekah di bulan yang mulia ini.


The Light Hotel pada tahun ini menampilkan menu bercirikan Selera Minang dengan tema Khazanah Sajian Nusantara untuk buffet Ramadan pada tahun 2019 ini.

Menu yang dihidangkan ini akan bertukar setiap hari oleh pasukan chef The Light Hotel yang sentiasa memastikan menu Ramadan yang terbaik. Untuk tahun ini terdapat 6 jenis gulai kawah dihidangkan panas-panas selain lebih 171 juadah berbuka puasa yang lain.



MENU UTAMA

Menu utama yang diketengahkan kali ini ialah Briyani Kambing dan Chicken Bukhari. Kedua-keduanya memang sedap dan mampu membangkitkan selera kita.

Briyani Kambing

Chicken Bukhari

Menu wajib yang ada di The Light Hotel, kambing panggang bersama sos yang istimewa. 


Manakala menu selera minang yang disajikan di sini seperti Kambing Percik Minang, Daging Rendang Nogori, Gulai Lemak Nanas Ikan Talang Masin. Selain itu, terdapat Sambal Gesek, Gulai Pisang Muda, Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis. 

Tidak ketinggalan juga turut dihidangkan Gulai Ikan Sembilang Salai, Gulai Daging Salai Pucuk Ubi bersama Terung Telunjuk dan lain-lain lagi.




Nyonya Fish




 
Otak-otak

 

 

Malah, turut dihidangkan Ketam Bercili, Kari Ikan Masin dengan Kacang Bendi & Murunggai, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Pari Asam Pedas.

Chili Crab

 
 
Telur Itik Masak Lemak Cili Padi
 
Ikan Pari Asam Pedas

 
 
















Hidangan lain yang turut ditampilkan adalah ulam-ulaman, kerabu, bubur durian, ketupat dan lemang.


 



 


PENCUCI MULUT

Di kaunter buffet ada disediakan manisan dan pencuci mulut seperti kuih muih tradisional Melayu seperti Kuih Seri Muka, Buah Melaka, Kuih Ketayap, Lepat Pisang, Tapai Ubi, Karipap Pusing dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pencuci mulut istimewa di The Light Hotel iaitu Bread & Butter Pudding dan Warm Apple Crumble. Selain itu, terdapat juga buah-buahan tempatan, rojak buah, pelbagai jenis kek dan biskut serta ais kacang.









 
 





Di samping itu terdapat juga kaunter minuman sejuk dan panas yang menyediakan pelbagai jenis minuman. Antaranya air sirap, kopi, teh tarik dan juga ais krim.
 


DAPUR PANAS

Char koey teow dan mee goreng yang digoreng panas apabila dipesan. Selain itu, terdapat warung nasi ayam dan juga tandori yang menambahkan lagi variasi hidangan berbuka di The Light Hotel.

Char Koey Teow

Nasi Ayam



PAKEJ BUFFET

Promosi buffet Ramadan Khazanah Sajian Nusantara The Light Hotel Penang bermula pada  8 Mei hingga 4 Jun 2019 iaitu dari jam 7 malam hingga 10 malam.



Khazanah Sajian Nusantara : RM110/dewasa
                                               RM90/kanak-kanak dan warga emas


Manakala promosi buffet Briyani Dome Set dan Bufet A La Santai, bermula pada  10 Mei hingga 2 Jun 2019 iaitu dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Briyani Dome Set : RM50/seorang (minimum 6 orang)
Set hidangan ini dihidangkan bersama Nasi Briyani, Ayam Bawang, Kambing Kari Pekat, Sambal Sotong, Kurma Telur/Dalca dan Sayur Goreng Masala. Selain itu, kurma, pencuci mulut dan satu jag minuman disajikan bersama.

Buffet A La Santai : RM88/dewasa
                                  RM63/kanak-kanak dan warga emas

Di Flavour @ 3

Pakej perseorangan dan korporat : Bermula RM90/orang (minimum 100 orang)


KEMUDAHAN

Kemudahan Surau turut diadakan untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di surau yang disediakan. Surau disediakan berasingan untuk lelaki dan wanita.


TARIKAN 

Pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan Ar-Rayyan sepanjang berbuka dengan alunan lagu irama Arab dan Melayu dari lagu lama hinggalah yang terkini.




Bagi menceriakan lagi suasana dengan tema Selera Minang, replika rumah Minangkabau disediakan buat pengunjung untuk bergambar. Pengunjung akan dapat merasai pengalaman sebenar berada di dalam Rumah Minangkabau dan boleh berjalan menerusinya.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut.
Telefon : 04- 382 1111 atau layari Facebook The Light Hotel Penang

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti