Menariknya Bercuti di Pulau Langkawi

4/29/2019 08:28:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sibuk betul Eyda sekarang, kiranya semenjak dua menjak nih sibuk macam orang penting plak gayanya.

Tapi apapun Eyda cubalah jugak menulis bagi blog tak sunyi. Yelah, bahan tu ada cuma kekangan  masa tu agak mencemburui.

Nampak tak betapa sibuknya Eyda sekarang kan. Tak apa letak sebelah kesibukan Eyda tu.

Sekarang Eyda nak cerita salah satu lokasi yang sememangnya menjadi salah satu destinasi pilihan kita untuk bercuti.



Nak tahu di mana? Jawapannya Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi yang berada di utara semenanjung Malaysia.

Pulau ini juga merupakan pulau bebas cukai. Jadinya ia menjadi antara lokasi yang menjadi pilihan untuk bercuti dan syurga membeli belah terutamanya coklat.

Tak sah rasanya kalau sampai di Pulau Langkawi tanpa membeli coklat sebungkus dua atau lebih.

Biasanya orang yang sampai sini mesti memborong coklat untuk dibawa pulang sebagai buah tangan atau untuk makan sendiri.

Bila bermulanya perancangan korang untuk bercuti di mana- mana destinasi termasuk Pulau Langkawi, korang lebih suka menempah hotel dengan cara walk in atau pun booking online?

Kalau bagi Eyda, lebih suka booking hotel secara online bukan saja menjimatkan masa, malah harganya lebih murah berbanding walk in.

Bukan itu saja, bila booking online sedikit sebanyak tempat penginapan kita di sana dah terjamin. Kalau walk in, belum tentu kita dapat menginap di hotel pilihan kita. Tak gitu?

Ermm tahukah korang bagaimana untuk menempah hotel yang terbaik dengan harga yang murah serta lokasi yang strategik?

Korang boleh layari book top Langkawi hotels yang sememangnya menawarkan korang harga hotel yang murah dan berpatutan.


The Datai Langkawi Hotel juga adalah antara salah satu hotel yang murah dan ianya terletak di lokasi strategik di Pulau Langkawi ini. Apa lagi cepat-cepat korang buka internet dan search for cheap the Datai Langkawi Hotel booking untuk lihat sendiri tawaran menarik ini.


Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau di utara perairan semenanjung Malaysia yang dikelilingi oleh pulau-pulau kecil yang lain.

Pulau ini terletak 30 km dari perairan utara Malaysia. Oleh kerana lokasinya yang bersempadan dengan perairan Thailand, jadinya ada sesetengah pulau di Thailand korang boleh lihat dari Langkawi.

Langkawi juga terkenal dengan duty-free island atau pulau bebas cukai dimana barangan import semua tidak mempunyai tax duti yang menjadikan barangan di sini sememangnya murah dan menggalakkan korang membuat pembelian secara borong.

Nama Langkawi merupakan kombinasi antara "Lang"dan "Kawi". "Lang" ini diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ianya kerana kehadiran burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi itu sendiri. Langkawi juga merupakan habitat burung helang merah kawi.

"Kawi" bererti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. "Kawi" juga bermaksud tulisan Kawi iaitu tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, "Kawi" ini juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau lebih dikenali sebagai batu kapur yang banyak terdapat di Langkawi.
 
Korang perasan tak replika helang yang terdapat di Dataran Helang tu kelihatan helang sedang berdiri di atas batu kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit pula bermaksud guli yang mana ia merujuk kepada pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, ia menjadi perkataan "Helangkawi" yang akhirnya menjadi Langkawi.
Selain itu, legenda dan mitos lama Langkawi juga menceritakan kisah pulau ini yang telah disumpah oleh seorang wanita bernama Mahsuri pada kurun ke-18.

Kisah ini bermula setelah Mahsuri telah difitnah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan telah dihukum bunuh. Pada waktu beliau ditikam di dada, legenda mengatakan darah putih yang mengalir keluar itu telah disumpah oleh Mahsuri bahawa Langkawi tidak akan maju selama 7 keturunan kesultanan Kedah.

Pulau Langkawi ini telah diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987 dan seterusnya ia menjadi sebagai lokasi perlancongan oleh Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad. Selepas itu, pulau Langkawi menjadi antara lokasi yang pesat membangun dengan kehadiran lebih kurang 3 juta pelancong dalam setahun.

Aktiviti air seperti island hopping adalah salah satu aktiviti yang popular di pulau ini jika anda menginginkan salah satu aktiviti lasak dan yang menarik melibatkan air.



Tidak ketinggalan, Tasik Dayang Bunting juga merupakan salah satu pulau yang terkenal dengan mitosnya yang tersendiri. Ini adalah kerana rupa pulau tersebut menyerupai seorang perempuan mengandung.

Pantai Cenang Mangrove tour ataupun tour paya bakau juga ada ditawarkan kerana sebahagian kepulauan Langkawi ini dikelilingi oleh paya bakau.



Bukan itu saja, Gunung Mat Chincang juga adalah satu lokasi tarikan pelancong kerana wujudnya Langkawi Cable Car yang membawa pelancong ke puncak gunung tersebut.



Langkawi Sky Bridge merupakan satu tarikan yang popular dan memberikan pengalaman cuaca sejuk berbanding dengan cuaca Malaysia yang panas ini. Terdapat 3 stesen observation deck yang boleh anda lawati sebelum mencecah puncak gunung.

Selain dari menikmati keindahan pulau ini, anda juga boleh berkunjung ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Haji Ismail Group merupakan satu pusat duty-free yang menjual pelbagai jenis barangan murah dan terkenal dengan jualan coklat pelbagai jenama.

Korang berhajat untuk ke Langkawi? Cepat tempah hotel anda secara online sekarang dan menikmati percutian bertaraf dunia di Langkawi.

Pelancong luar negara pun dah ramai yang berkunjung ke sana. Korang bila lagi? Negara kita pun banyak lokasi menarik untuk dilawati setanding dengan negara luar. Tak gitu?



Gambar kredit google


You Might Also Like

2 comments

  1. Insha Allah ada peluang nanti saya nak bercuti ke langkawi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebenarnya bercuti di sana KSJB, cuma kena sediakan duit yang secukupnya sebab kat sana juga syurga membeli belah terutamanya coklat

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti