International Youth Day 2018

9/13/2018 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Banyak betul cerita pasal larian Eyda dah langkau. Tak apalah Eyda cuba kongsikan yang mana termampu.

Kali ini Eyda nak kongsikan mengenai larian secara virtual run. Iaitu larian yang dibuat di mana saja korang berada pada tarikh yang ditetapkan dengan jumlah jarak larian yang diberikan atau yang didaftarkan.

Kali ini Eyda masih nak berkongsikan larian virtual run daripada 42race. Ianya menarik kerana selain mempunyai sijil, no bib dan tidak ketinggalan juga kedudukan kita di dunia dan juga Malaysia.

Okay kali ini Eyda kongsikan larian virtual run yang percuma, tanpa medal tapi diberikan badge untuk anda dalam bentuk maya.



Biasanya larian secara percuma ini ditetapkan sejauh 3km saja. Manakala larian virtual run yang mempunyai medal dan perlu bayar pula korang boleh pilih samada 3km, 5km, 10km atau 21km. Semuanya perlu berlari secara 'one off'.

Sebelum mendaftar sebarang larian, korang perlu mendaftarkan diri dalam laman web tersebut. Ini membolehkan korang mendaftar larian yang diingini dan seterusnya mendapatkan no e-bib.


e-bib nombor

Anda akan menerima email peringatan bila mana larian korang akan bermula. Jadinya korang akan lebih beringat bila sampai tarikh larian anda.

Biasanya larian sebegini, pihak 42race hanya akan menetapkan masa selama 3 hari untuk korang selesaikan. Oleh itu, kita kena bijak merancang masa untuk menyelesaikan larian ini.

Selesai saja larian, korang hantarkan terus keputusan larian korang ke laman web 42race. Ini bagi mengelakkan korang terlupa untuk menghantar keputusan larian korang. Selepas keputusan larian korang disahkan, badge anda akan berwarna.

Selepas tamat tempoh larian, korang akan menerima sijil beserta tempoh larian anda dan juga kedudukan korang dalam larian tersebut.

Ranking / kedudukan pun boleh tahu

Sijil yang anda akan terima. Ianya boleh dimuat turun dari akaun yang anda daftar.

Semua larian korang yang berjaya direkodkan oleh pihak 42race boleh disemak semula di dalam akaun yang korang telah daftarkan. Jadinya korang boleh melihat jumlah jarak larian dan larian yang telah dibuat melalui akaun korang sahaja. Mudah bukan.

Jom sertai larian yang dianjurkan oleh pihak 42race, sekurang-kurangnya korang ada target untuk berlari / berjalan dalam tempoh tertentu.




You Might Also Like

8 comments

  1. wah...best ni. sambil2 jogging boleh kumpul medal/sijil

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sambil jogging atau berjalan dah boleh kumpul medal/badge dan sijil. rasa berbaloi jugak dengan apa yang kita buat.

      Delete
  2. Replies
    1. lebih mudah, kalau kita tak mampu nak join event luar yang lain.

      Delete
  3. menarik ni. pernah da kot baca eyda share citer ni.
    esok patut nyer aida lari.
    tapi tak jadi.
    clash dgn sukan skola izzat :( aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak, set ja jalan-jalan sekitar sekolah izzat bagi cukup jarak tu Aida.. apapun tak apa laa, dah tak boleh kan..

      Delete
  4. Unik cara sbb boleh set masa sesuai dan fleksible. Baru tau ada mcm ni. Salam berblogging Eyda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro Khir Khalid, senang bagi yang susah nak ke tempat event atau selalu susah nak set tarikh untuk sertai sebarang event. event macam ni selalu boleh daftar hingga hampir ke tarikh event.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti