Tragedi Februari

2/22/2018 10:19:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita kini berada di hari Khamis terakhir di bulan Februari.

Hari ini Eyda nak skip sikit dari cerita larian dan bercuti seperti yang Eyda janjikan di entri sebelumnya. Nak cerita tragedi yang telah melanda Eyda di bulan Februari ini.

Al kisahnya semalam, Eyda perlu menghadiri mesyuarat di Majlis Perbandaran Seberang Perai. Memandangkan Eyda dari rumah dan singgah ke beberapa destinasi sebelum ke tempat mesyuarat. Jadinya Eyda memilih jalan lama berbanding Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE) yang memerlukan Eyda berpatah balik.

Sesampainya Eyda melepasi lampu isyarat berhadapan Jabatan Pertanian, Cheruk Tokun, Eyda merasai tayar Eyda terlanggar sesuatu yang keras dan kuat.

Selepas itu, Eyda terus merasa tayar belakang tiada angin. Apa lagi, terus memasang lampu isyarat ke kiri untuk memberhentikan kereta berhadapan dengan Gereja St Anne.

Dalam fikiran Eyda mesti Eyda terlanggar sesuatu yang keras seperti besi dan seumpamanya. Jika terlanggar paku atau skru yang kecil, angin tayar tidak akan keluar secepat ini.

Turun saja dari kereta ternyata tayar flat terus. Apa lagi, terpaksa keluarkan tayar simpanan dan juga jek tayar. Dalam fikiran jenuh juga nak tukar tayar sendirian memandangkan Eyda memakai baju kurung dan belum pernah menukar sendiri tayar kereta.

Selepas Eyda mengeluarkan tayar simpanan dan jek tayar, tiba-tiba ada budak motor berhenti bertanyakan masalah yang Eyda hadapi.

Dia pun terus menawarkan diri untuk membantu menukar tayar kereta Eyda. Maaf gambar masa tayar pancit Eyda tak sempat snap memandangkan Eyda agak tergesa-gesa untuk cepat sampai ke tempat mesyuarat.

Cuma dapat merakamkan gambar orang yang membantu Eyda menukarkan tayar kereta saja. Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hatinya untuk berhenti membantu Eyda yang dalam kesusahan. Moga Allah membalas kebaikannya.

Budak motor yang sudi membantu

Selepas dah tukar tayar dan masa nak simpan tayar yang pancit tu, Eyda nampak tayar tu terkoyak sepanjang hampir 3cm panjang di bahagian dalam tayar. Kiranya betul tekaan Eyda tayar tersebut terkena sesuatu yang keras.

Lawa tak tangan yang dah sempat cuci dengan tisu basah. Memang tak tipu ya, Eyda ada pegang tayar juga. Hahaha..

Lawa tak tangan

Okey terpaksa lah tukar tayar baru ya. Ermm nasib kena tayar belakang, klu tayar hadapan tak tahulah nak cakap.



You Might Also Like

10 comments

  1. alhamdulillah dipermudahkan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. A SFRNFZL Giveaway
    2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, in shaa Allah nanti saya singgah

      Delete
  2. alhamdulilah Allah permudahkan urusan kak eyda ada bantuan daripada seorang ihsan yang berhati mulia untuk menolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah pertemukan orang yang berhati mulia yang membantu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran

      Delete
  3. tula ade perasan gak post kak eyda
    nasib masih ade lagi yang prihatin nak tlg
    moga dia dmirahkan rezeki lepas ni
    kete ayu pon da smpai mase nak kene tukar jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ayu, nasib baik Allah temukan akak dengan orang yang baik. Apapun tayar tu pun akak dah tukar dengan yang baru. Tapi terasa jugak laa, baru 8 bulan tukar tayar tu..

      Delete
  4. singgah sini..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ejulz sudi singgah kat sini

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Mujur ada budak motor yang sudi membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib dipertemukan dengan orang yang baik hati dan tidak mengambil kesempatan.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti