Jom Breakfast

12/15/2017 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda nak sambung balik cerita nih. Balik saja dari larian 5km Posibble Fun Run 2017, haruslah ada sesi menjamu selera.

Lokasi pilihan sarapan kami pada hari tersebut adalah di Jom Breakfast. Haa dah tertulis kat situ breakfast, maknanya memang mensajikan menu sarapan sajalah.


JOM BREAKFAST

Jom Breakfast ini bertempat di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah. Ianya beroperasi di rumah kediaman bersebelahan dengan pasaraya Parkson, Taman Sejati.


Inilah rupa bahagian depan kedai Jom Breakfast

Memasuki ke premis ini, kita akan dapat melihat beberapa barangan lama menjadi hiasan di sini, tidak ketinggalan kereta mainan pun ada.

Menjejaki ke kedai makan, pastinya menu yang akan menjadi tatapan kita untuk memesan makanan. Menunya agak ringkas tapi mampu membuatkan kita rambang mata memilih menu untuk memenuhi selera tekak kita.

Menu Breakfast Meal

Menu Super Brunch Plate

Menu Drinks

Air minuman yang dipesan pun dah sampai. Basahkan tekak dulu sementara menunggu menu yang dipesan. Yelah, dah penat kan baru selesai berlari, haruslah minum air dengan banyak.

Air kami pesan

Sempat lagi berswafoto dengan anak-anak semantara menantikan makanan yang dipesan. Lawak laa bebudak nih, tak ada gambar yang dua-dua serius. Apapun layan jelah.

Swafoto dulu sementara menunggu makanan

Macam-macam mimik muka ada

Jom tengok menu yang telah menjadi santapan kami pada hari tersebut. Jangan terkejut ya tengok menu kami bertiga dah pesan dan pilih.


Menu pilihan Eyda, Kacang Pool dan Roti Bakar. Menu ini disarankan oleh Cikpinz. Bila Eyda cuba rasa, memang sedap dan memenuhi selera.

Bagi sesiapa yang memiliki kekurangan enzim G6PD atau G6PD Deficiency dilarang untuk menikmatinya. Kesannya amat teruk bagi diri orang yang kekurangan enzim G6PD. Jadi jangan pandai-pandai mencubanya ya. Ini merupakan pantang larang bagi pengidapnya.

Kacang Pool + Roti Bakar

Menu yang turut sama disarankan ialah Roti Kukus Telur Sambal Bilis. Menu ini juga dipilih oleh Izzat. Bagi Eyda menu ini sedap, cuma sambal bilisnya agak pedas bagi tekak kami pada hari tersebut.

Roti Kukus Telur Sambal Bilis

Pilihan menu Kimie pula ialah Roti Bakar Cheese. Suka betul dengan keju budak sorang tu. Apapun nasib habis dijamahnya.

Roti Bakar Cheese

Izzat pula memilih 1/2 Boiled Egg, tapi ianya dikongsi oleh kami bertiga. Merasa seorang sedikit. Nasib elok jer rupa telur separuh masak tu.

1/2 Boiled Egg

Telur Separuh Masak yang cantik jer rupanya

Selesai makan, apa lagi basuh tangan lah jawabnya. Melihatkan sinki yang unik dan comel ini, apa lagi laju jer tangan Eyda merakamkan gambar sinki basuh tangan.

Uniknya sinki basuh tangan

Di pagar premis ini ada diletakkan waktu urusan dan juga hari ianya beroperasi. Jadi jangan tersalah masa dan hari jer. Nanti kempunan pula.

Waktu urusan dan menu yang menarik

Tidak ketinggalan menu istimewa yang menjadi pilhan juga ada diletakkan di pagar premis. Ianya boleh dijadikan sebagai panduan pemilihan menu pilihan bila berkunjung ke sini.



You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. harus singgah kalau ke Sungai Petani

      Delete
  2. Hai rabia di sini

    jemput follow my blog rabiadawiyah21.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Menarik dan nampak menyelerakan pilihan menunya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang menarik kedai dan menu yang disajikan.

      Delete
  4. Replies
    1. Jom2 Cikpinz bila2 kita p makan kat situ

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti