Berbuka dan Berpeluang Memenangi Hadiah di Sinaran Ramadan Buffet Dinner Ixora Hotel

5/26/2017 05:23:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Ramadhan akan menjengah, jadinya pelbagai buffet Ramadhan mula menjadi perhatian bagi yang merancang berbuka di luar.

Ixora Hotel juga tidak ketinggalan menawarkan pakej Buffet Ramadhan yang berbaloi untuk anda nikmati bersama keluarga atau rakan.



Menu istimewa yang disajikan untuk Buffet Ramadhan ini ialah Kerabu Ayam Bercili, Sup Ekor Berjintan dengan Roti, Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah Madu, Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesom, Beriani Udang, Shawarma Ayam dan Kambing Panggang Golek.

Sup Ekor Berjintan

Nasi Hujan Panas

Ayam Masak Merah Madu

Beriani Udang

Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesom

Shawarma Ayam

Kambing Panggang Golek

Menu lain yang turut disajikan di Buffet Ramadhan Sinaran Ramadan Ixora Hotel

Daging Masak Hitam

Dalca Telur

Tauhu Goreng Kacang Panjang

Kacang Botol Goreng Belacan Dengan Nenas

Masak Lemak Petola Suhun & Telur

Siput Lala Goreng Bercili

Kupang Goreng Kunyit Dengan Ubi

Mee Goreng Mamak

Laksa Penang
Bubur Lambuk Berempah

Tidak lengkap menu berbuka jika tiada salad atau ulam-ulaman beserta pelbagai jenis sambal belacan.







Tidak dilupakan pencuci mulut turut disediakan di sini. Ada pelbagai jenis kuih muih, puding, kuih raya dan buah-buahan turut disediakan di sini. Pelbagai jenis kurma juga disajikan untuk tetamu yang berbuka disini.

Buah-buahan

Koktail Buah-Buahan

Agar-Agar Sirap Laici

Puding Strawberi

Puding Jagung

Puding Permata Nescafe

Kuih Muih

Kek

Minuman sejuk dan panas juga turut disediakan di Buffet Sinaran Ramadhan ini.

Pelbagai minuman sejuk

Minuman panas, Nescafe Tarik dan Teh Tarik

Menu bagi 4 jenis ini akan berubah setiap hari. Makanya pengunjung tak akan jemu atau akan merasai kelainan menu setiap kali menikmati buffet Ramadhan di sini sepanjang bulan Ramadhan.

Di dalam kemeriahan anda menikmati menu buffet berbuka, anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang diadakan buat pengunjung.

Cabutan bertuah ini dibuat secara harian. Tiga hadiah cabutan bertuah yang diberikan merupakan Voucher Buffet Ramadhan untuk kunjungan akan datang.

Tidak ketinggalan Hadiah Utama bagi cabutan bertuah ini menawarkan Motorsikal SYM E Bonus 110. Manakala hadiah kedua ialah TV Sharp 40' dan hadiah ketiga ialah Sharp Air Purifier.

Buffet Ramadhan ini juga diserikan dengan dendangan daripada Himz Entertainment. Jadinya para pengunjung dapat menikmati hidangan sambil mendengar lagu sepanjang Buffet Ramadhan ini berlangsung.


Sinaran Ramadhan Buffet Dinner




1 Jun 2017 hingga 21 Jun 2017

The Straight Cafe

7.00 pm – 10.00 pm



Harga



RM82.00 nett bagi Dewasa

RM 52.00 nett bagi Kanak-Kanak (4-12 tahun)



Voucher



RM82 nett bagi Dewasa

(9 + 1 promosi) per booklet pada harga RM738 nett



The Ixora Hotel
3096, Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya
13600 Perai 
Pulau Pinang


You Might Also Like

2 comments

  1. dalca telur pertama kali tengok.. nampak macam best jer.. makanan menyelerakan sangat ni terliur tengok ni.. lapar balik hahahahha

    ReplyDelete
  2. Banyaknye menu berbuke, langsung nengok jam pulak. Tak sabar dah nak buke puase, wkwkwkw...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti