IzZaT DaN KiMie DaH BeSaR

12/23/2014 01:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Oppss patutnya entry nih siap malam semalam..Tapi bila tunggu gambar lambat betul nak download, hari nih baru Eyda siapkan entry nih sepenuhnya..

Semalam bersamaan 22 Disember 2014 merupakan hari bersejarah buat bebudak berdua tuh.. Izzat dan Kimie dah besar sekarang..

Dia orang bersunat semalam.. Eyda dah bawak bebudak tuh jalan-jalan sepanjang petang hari Ahad.. Walaupun dekat, jadilah untuk sementara.. Nanti ibu bawak ke tempat lain plak ye sayang..

Story jalan-jalan tuh nanti Eyda citer di lain entry ye.. Ni nak citer story budak berdua tuh dulu.. Nak dijadikan citer, ari Jumaat lepas Eyda dah booking untuk berkhatan bebudak tuh di sebuah klinik..


Sedang memikirkan nasib masing-masing.. Hehehe..



Jadinya hari dinantikan telah tiba semalam.. Bila dah selesai urusan daftar apa bagai.. Pembantu klinik mula tanya sapa nak sunat dulu.. Yang Kimie suruh Izzat, Izzat plak sebaliknya.. Hehehe pakat penakut plak..

Lastly Kimie laa yang bersunat dulu.. Abah diaorang yang teman.. Tapi tak sangka plak abah dia nak pitam.. Masa Eyda bersalinkan Izzat dulu, husband steady jer boleh tengok, tak dak masalah.. Hehehe..

Okey memandangkan Eyda dengar Kimie teriak, apa lagi Eyda plak yang masuk temankan Kimie.. Dia teriak dari doktor jahit sehingga habis.. Boleh tahan jugak laa dia..

Bila tanya Kimie time dah balik nak tau kenapa dia teriak, dia kata teringat kawan-kawan cakap sakit.. Huhuhu..

Bila Kimie dah selesai, turn Izzat plak, Eyda dah boleh agak yang dia memang tak boleh bertahan, Kimie yang tahan lasak pun teriak.. Anak manja skit laa katakan..

Memang sangkaan Eyda betul, dari doktor cucuk ubat bius sehingga habis dia meraung.. Sabar jelah.. Kimie pun masuk tengok, memang jadi bahan usikan laa.. Hehehe..

Bila dah balik umah, Izzat laa yang paling merap.. Penat Eyda kena duduk dekat diaorang jer, tak boleh ke mana.. Makan pun memasing nak bersuap..

Hari nih ok laa diaorang.. Ni melayan telatah diaorang.. Eyda pun sampai bercuti laa, nak jaga dan layan kerenah diaorang..

Sori ye gambar sebelum jer boleh snap, selepas Kimie tak bagi snap.. Okey laa nak sambung layan diaorang..




You Might Also Like

12 comments

  1. Dah besar kenalah sunat kan..hehe..
    Nasib baik teriak je tapi tak lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh.. Kimie cakap nak bersunat dari dia 6 tahun lagi.. tahun nih baru sempat buat.. tu lahh, risau jugak takut lari keluar.. nasib tak.. hehehe..

      Delete
    2. Anak saya ni nak masuk 6 tahun depan. Entah bila nak bersunat.

      Delete
  2. Ammar pun baru seminggu sunat.. lepas balik melaka... nak buat entry pasal dia juga nanti heheh......... tahniah utk anak2 sue... dah besar2 belaka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat laa entry kak tijah.. apapun thanks kak tijah.. anak2 kita dah besar belaka.. tuh sue cuti nih.. cuti jaga depa..

      Delete
  3. hahaha lawak la.. tera nk siap meraung dulu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kerenah diaorang bersunat.. hehehe sabar jelah tera nak siap..

      Delete
  4. hehe hamboii kemain lagi bemanja kan bila bersunat hehe

    ReplyDelete
  5. salam kenal eyda, adaa follow sini :D

    adaa ade 3 hero..entah macam mana time sunat nanti..hehe

    jemput jengah www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  6. Oh, dah 'masuk jawi' dah hero dua orang ni :)

    ReplyDelete
  7. semoga menjadi anak anak yang soleh dan jaga ibu ayah nya nanti :D

    ReplyDelete
  8. Dah besar dah hero ni, dah blog jadi bodyguard ibu dah.
    Time ni la nak bermanja pun

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti