ProGraM HaRi BeRTeMu PeLaNgGaN & SuKaN TaHuNaN SKPB Ke-42

6/24/2013 10:53:00 AM

Assalamualaikum semua.. Nak berceloteh skit la pagi nan indah walaupun berjerubu sekarang.. Hehehe.. Nak citer perihal ari Jumaat lepas ngan ari Sabtu lepas.. Campur gaul bagi panjang entry ari ni.. Hahaha..

Memula nak citer perihal hari bertemu pelanggan, bunyinya macam jabatan kerajaan plak wat program kan.. Sebenarnya program ini dibuat untuk ibu bapa bertemu guru anak-anak sekalilah ambik result exam pertengahan tahun yang lepas..

Memandangkan ini kali pertama Izzat menduduki exam, rasanya cukup baginya.. Apapun dia masih perlu study terutamanya subjek Pendidikan Islam ngan Bahasa Arab.. Bagi aku bahasa arab memang tak pandai la sebab zaman belajar dulu mana ada subjek nih.. Kecualilah yang belajar di sekolah agama dan mengambil subjek ni kan..

Apapun akan aku usahakan mencari bahan rujukan dan latihan untuk Izzat lebih memahami subjek nih.. Ok la jom tengok kertas result exam dia.. Sori la kertas dah sedikit hancuss, dek Kimie buat kapal plak.. Ibu simpan, kau ambik main plak..



Ni la result keseluruhan kelas Izzat.. Yang bertanda tu la result Izzat.. Boleh la bagi kali pertama exam.. Apapun jumlah keseluruhan tak banyak beza dengan pelajar yang dapat nombor 1, hanya 24 markah jer.. Jadi kepuputusan no.11 masih dikira ok.. Apapun kena belajar rajin2 untuk exam hujung tahun plak..
 
 
 
 
Ok la, kita tukaq citer pasal sukan sekolah plak.. Memandangkan Izzat hanyalah simpanan jerr.. Jadi pegi hanya nengok orang lain main laa.. Hehehe.. Apapun jom tengok acara pembukaan sukan sekolah yahng sempat aku snap..
 
 
 

 
Ni pasukan Rumah Delima (Merah).. Tengok la maskotnya angry bird.. Hehehe..

 
Ni Rumah Mutiara (Kuning)..
 
 
Ni Rumah Nilam (Biru).. Maskotnya rama-rama..

 
Ni plak Rumah Zamrud (Hijau).. Maskodnya ninja turtle.. Hehehe.. Izzat rumah Zamrud laa..

 
Ni bacaan ikrar dari ketua kontinjen..
 
 
Apapun keputusan akhir sukan tak tengok.. Sebab dah tak larat nak tunggu lama sangat.. Keputusan semasa rumah Zamrud berada di kedudukan terakhir.. Sian, apapun cuba lagi di sukan tahunan ke-43 tahun hadapan.. Kimie boleh la masuk acara plak.. Hehehe..
 
Ok la nak sambung buat keja.. K jumla lagi di entry akan datang..
 
 
 


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti