Demam Campak

11/30/2011 08:25:00 AM

Assalamualaikum semua.. Minggu lepas merupakan minggu yang mencabar bagi aku.. Mana taknya aku terpaksa sorang2 jaga izzat yang kena demam campak besaq..

Hari2 pertama hingga ketiga memang paling mencabar sebab dia asyik merengek sakit bila aku bagi mandi ngan sapu ubat sapu kat campak dia.. Malam2 kena pantau takut dia demam truk, risau jugak sebab dia penah jadi tarik kerana panas terlebih..

Tapi alhamdulillah ada member tolong carikan daun mambu. Aku gunakan daun ni  untuk mandian izzat ngan lapik bawah tempat tido dia.. Daun 2 jugak aku jadikan sebagai benda untuk menggaru badannya bila dia terasa gatai.. Syukur la dia mau jugak dengar cakap aku jangan garu ngan makan benda2 yang gatai..

Aku ada jugak bagi dia minum air kelapa bagi cepat keluar campak dalam badan.. Lagipun takut jugak ada campak yang tak keluar dari badan dia.. Alhamdulillah setelah seminggu ni campak dia makin sembuh elok.. Cuma tunggu campak 2 baik ja.. Sebab tengok banyak biji campak dah mengering ngan dah ok..

Izzat, ibu doakan semoga Izzat cepat sembuh dan baik seperti sediakala.. Sekarang dia berada di kampung.. Minggu lepas tak dapat antar balik kampung sebab ada baby kecik kat kampung.. Mau tak mau terpaksa la jaga sendiri..

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti