McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

11/08/2017 07:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Maaf agak kurang kemaskini blog sejak akhir-akhir ini. Macam yang Eyda bagitahu sebelum ini yang kesihatan Eyda kurang memuaskan.

Alhamdulillah, kesihatan Eyda dah agak baik. Moga ianya kekal sihat seperti sebelumnya. Rindu nak sihat seperti dulu.


McDONALD'S DOUBLE SPICY CHICKEN McDELUXE

Memandangkan anak-anak Eyda nak makan burger McDonald's makanya minggu lepas Eyda bawalah anak-anak ke McDonald's Kulim.

Eyda hanya beri duit pada anak-anak untuk pesan makanan yang ingin dijamah. Bila sampainya talam di atas meja, fuhh burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe yang menjadi pilihan.



Set besar McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe bersama Bubur Ayam McDonald's

Ermm viral sangat kan burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih kononya pedas melampau itu yang membuatkan anak-anak nak mencuba.


Ushar kotak burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Meh tengok balutan McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Jom tengok isi burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Nak tahu siapa gerangannya yang nak makan burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih. Pemilik burger tu ialah Izzat. Amboi, besarnya selera anak bujang ibu sorang nih. Jom tengok adakah dia berjaya makan tanpa minum air?



Ermm Kimie pun tak ketinggalan beli aiskrim Sundae kon dan juga minuman Cappucino. Ahh ni ubat nak bagi ibu berjaga ya. Selalunya ibulah tempat habiskan apa makanan atau minuman yang anak-anak tak dapat habiskan.

Hot Cappucino

Siap ada tulisan lagi di atas minuman Hot Cappucino nih. Lawa laa plak Eyda tengok sekali dengan corak cawan baru nih.

Lawa corak cawan nih

Kiranya viral yang mengatakan McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih pedas memang tak betul lah. Anak-anak Eyda pun dapat makan tanpa rasa pedas.


You Might Also Like

12 comments

  1. kami dh mkn...x pedas mn pon. rasa biasa ja...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tipu saja kata pedas melampau.. anak makan relax ja pun..

      Delete
  2. pagi2 singgh blog akak ni, terliur yaya dibuatnya :D

    ReplyDelete
  3. laa.. x pedas sangat rupanya .
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun, tengok anak makan relax saja macam makan burger yang lain.. hehehe..

      Delete
  4. Seronoklah anak-anak Kak Eyda dapat makan McD tu. pengaruh iklan ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok laa Fiza bila yang nak tu dapat.. itulah pengaruh iklan sangat nih..

      Delete
  5. Replies
    1. ntahlah sis JM.. Eyda tak rasa langsung, anak-anak cakap pedas sikit jer..

      Delete
  6. dah try. pada kite pedas sbb lidah mmg tak tahan pedas T_T lagi suka yg lama punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak pasti Fatin Diana, sebab akak nih pun kategori tak tahan pedas.. anak-anak kuat makan pedas..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti