Pemenang Kontes Wow Wow Wow

8/21/2017 10:13:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah lebih seminggu yang lalu, Eyda menyertai Kontes Wow Wow Wow di Facebook.

Kontes Wow Wow Wow ini dianjurkan oleh pak long Suhaime Abu Bakar. Eyda sertai pun sekadar suka-suka dan menyokong kontes sahabat. Memandangkan dah lama tak menang sebarang kontes atau giveaway, memang Eyda tak menaruh sebarang harapan untuk menang.

Pak long Suhaime sampaikan hadiah Kontes Wow Wow Wow

Bila pak long Suhaime Abu Bakar sendiri menghubungi Eyda, macam tak percaya pula yang Eyda merupakan pemenang bagi Kontest Wow Wow Wow tu.

Hadiah tersebut Eyda dah terima seminggu yang lalu ketika pak long Suhaime sendiri ada kerja di kawasan utara. Memandangkan Eyda merupakan pemenang Kontes Wow Wow Wow tu, makanya pak long Suhaime singgah untuk berikan hadiah tersebut ke tangan Eyda sendiri.



Kontes Wow Wow Wow

Alhamdulillah rezeki minyak enjin kereta untuk ayah. Rezeki yang memang Eyda tak sangka langsung akan diterima di saat Eyda dirundung kesedihan. Cerita mengenai kesedihan tu akan Eyda tulis di entri akan datang.

Minyak Platinum Oil ini yang menjadi rezeki kereta ayah Eyda

Sebelum membeli, kena pastikan CC kenderaan dan umur kenderaan untuk mudah kita memilih produk Platinum Oil yang sesuai dengan enjin kenderaan kita.

Antara produk lain Platinum Oil

Boleh lah cuba minyak enjin Platinum Oil nih. Manalah tahu sesuai dengan enjin kenderaan korang. Apapun terima kasih sekali lagi buat pak long Suhaime kerana memilih Eyda sebagai pemenang Kontest Wow Wow Wow ini.


You Might Also Like

3 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti