MBO Cinemas Di Central Square, Sungai Petani

12/30/2015 12:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah team Projek Blogger Utara telah diberi kepercayaan oleh pihak integrated Public Relations (iPR) untuk bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat ternama di Malaysia iaitu pihak MBO Cinemas. Kami dijemput untuk review majlis perasmian MBO Cinemas, Central Square.


MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya di Central Square, Sungai Petani.. MBO Cinemas, Central Square ini telah dirasmikan oleh Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014 pada 26 Disember 2015 yang lalu.




Pawagam MBO Cinemas ini merupakan pawagam yang ke-26 di Malaysia.. Ini menunjukkan MBO Cinemas telah menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh Malaysia.

MBO Cinemas, Central Square ini menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1, 157 tempat duduk, dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang.

Menurut Cheah Chun Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas pada majlis pembukaan rasmi tersebut :



" Ini adalah hari istimewa kerana  Sungai Petani merupakan lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall, Alor Setar iaitu di ibu negeri Kedah dan juga Landmark Central, Kulim".

"Kami ingin memberikan pengalaman yang terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara".


Info Mengenai MBO Cinemas



Kelebihan dan kelainan di pawagam MBO

* Antara yang pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital

* Menawarkan pengalaman sistematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan bagi penonton filem

* Memperkenalkan inovasi baru dengan menambahkan teknologi pawagam mengagumkan yang sedia ada dalam setiap satu daripada pawagam di seluruh negara, termasuk kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem dan juga system audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara (berbanding dengan system konvensional 2 lapisan) beserta simulasi akoustik 3D paling semula jadi.

* Pengunjung kami boleh menyertai secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Starclub terkini, di mana sebagai ahli AllStar, mereka akan layak untuk pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eksklusif premium.

* Mengadakan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan, ahli juga boleh menggunakan Lorong Istimewa Keahlian, mendapatkan tiket filem percuma pada bulan hari jadi mereka dan serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli sahaja

* Memudahkan urusan tempahan tiket atas talian dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan ianya percuma tanpa apa-apa bayaran tempahan

* Menawarkan harga tiket yang sama bagi tayangan wayang 2D atau 3D.

* Pengunjung boleh menonton filem blockbuster bila-bila masa di MBO Cinemas menerusi "Blockbuster Setiap 20 Minit", dengan tayangan filem-filem blockbuster setiap 20 minit pada waktu puncak supaya anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati filem kegemaran anda.





Di majlis tersebut team Projek Blogger Utara bersama blogger jemputan dan Kumpulan ZERO turut sama ke taklimat ringkas oleh Cheah Chun Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas dan movie screening.


Cheah Chun Wai


Sebahagian team Projek Blogger Utara dan blogger jemputan

Di pembukaan rasmi ini pengunjung berpeluang bergambar dengan pemain cosplay Star Wars dan dihiburkan dengan Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014.




Pengunjung yang bertuah juga berpeluang memenangi telefon bimbit Vivo, jam tangan Ice, item premium MBO Cinemas dan kopun percuma MBO Cinemas dengan menunjukkan kad AllStar atau menyertai keahlian secara serta merta.

Kaunter pendaftaran keahlian Starclub

Hadiah buat pengunjung
 

Sesi tandangan Kumpulan Zero

Bukan itu saja, malah team Projek Blogger Utara diberi peluang untuk bergambar bersama Kumpulan ZERO..

 




Terima kasih buat MBO Cinemas, Mr. Cheah Chun Wai Director of Marketing & Sales MBO Cinemas, Mr Thong & Ms Angeline( Integrated Public Relations (IPR)) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian rasmi MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani.  





MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah
 
Untuk tawaran yang lebih menarik & maklumat lanjut,
sila layari www.mbocinemas.com


You Might Also Like

9 comments

  1. waaahh! bestnye eyda dapat gi launch mbo cinema

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Assalam uols,
      joooooooommm team Projek Blogger Utara :)

      Delete
  3. teringat kat izzat/kimie depa gelak x cukup napas hahaha
    event terakhir 2015 good job uols

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam uols,
      keeeeeenn el keeennn
      paling WIN gelak si izzat laaaaa he3

      Delete
  4. WOW!!!.

    Cantiknya panggung dia..Mcm dekat KLIA pulak tengok..hahaha

    ReplyDelete
  5. Good luck team #projekbloggerutara

    ReplyDelete
  6. Assalam eyda,
    meletopssss tebabooooommm kan team Projek Blogger Utara
    chaiyok3

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti