Resepi Ayam Masak Kicap

3/24/2015 04:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sehari Eyda tak bersiaran ya.. Tak sempat nak buat autopublish entry dan memang tak sempat nak menaip entry..

Memandangkan semalam Eyda masak ayam masak kicap jadinya hari nih Eyda nak kongsi resepi ayam masak kicap.. Alaa resepi simple-simple jer pun..


Ayam Masak Kicap

Sori pinggan agak comot untuk tontonan.. Almaklum sajalah dah lepas makan nasi baru terhegeh-hegeh nak snap gambar..


Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

* 1/4 ekor ayam atau ikut kesesuaian family korang

* 1 biji bawang besar (dipotong halus)

* 3 ulas bawang putih (dicincang halus)

* 1 1/2 sudu cili giling (ikut tahap kepedasan yang anda ingini)

* Sos tiram secukup rasa

* Kicap secukup rasa

* 3 biji cili padi - dipotong kecil (ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)

* Air (ikut banyak mana kuah yang anda ingini)



Untuk menggoreng ayam

* Garam

* Serbuk kunyit

* Minyak masak


Cara-caranya

* Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan

* Tumiskan bwang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

* Masukkan cili giling dan gaulkan seketika.

* Masukkan sos tiram, kicap dan air. Biarkan mendidih seketika.

* Masukkan ayam goreng dan biarkan mendidih dan tutup api..

* Angkat dan sedia untuk dimakan. 







You Might Also Like

23 comments

  1. samaah cara Eyda dengan kitew..
    Ayam masak kicap antara kegemaran kitew tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sedap kan.. sesekali makan ok, jangan kerap, nanti jemu..

      Delete
    2. tula..Kitew kalau buat masak kicap ayam ni...sampai dedaunan bawang tu kitew makan..memang nikmat sangat..

      Delete
    3. sama laa akak.. semua makan.. kecuali tulang ayam jer.. hehehe..

      Delete
  2. dapyeee..hehehh..tapi kalau wanie tak letak cili giling..mungkin lebih sedap kalau letak kan..ok nanti boleh try..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala cuba tukar skit resepinya apa salahnya kan..

      Delete
  3. Antara lauk favourite akak juga. Tapi akak kalau masak kicap mesti nak letak hirisan cili hijau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cili padi hijau, Eyda letak.. tenggelam dalam kuah..

      Delete
    2. Cili padi tu untuk eyda lah ye :)

      Delete
  4. Sedapnyaa ayam masak kicap :) :)

    ReplyDelete
  5. Simple ja kan eyda tapi sedap ni..siap boleh tambah nasik lagi :)

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak masak ayam masak kicap.

    ReplyDelete
  7. ayu kalau balik umah mak mmg suh masak ayam mask kicap je
    tapi bkn cmni la
    ayam tu mmg xgoreng
    sbb xsuke kalau ayam tu keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ya ka.. itulah lain orang lain caranya..

      Delete
  8. Eyda guna kicap apa eh..skrg ni sis JM dah jatuh hati sama JALEN...tak de JALEN x selera makan tuan eheheh...lepas mkn tu jilat jari..sedapp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, samalah! Saya pun 'serasi bersama' Jalen! Hahah kicap pekat, kicap lemak manis, kicap manis semua Jalen :)

      Delete
    2. Gumbira kalu Jalen baca komen nih... He he he..

      Delete
  9. Feberet abe ayam masak kicap ni...

    ReplyDelete
  10. sedapnya
    saya pun selalu jugak buat masak kicap jugak

    ReplyDelete
  11. Dah lama x makan kicap... Takut muka bekas jerawat... Ha haha...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti