HaRi PeRTaMa iZZaT & KiMie Ke SeKoLaH

1/12/2015 05:12:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini merupakan hari pertama buat Izzat dan Kimie ke sekolah.. Tahun nih Eyda tak ambil cuti, memandangkan sekolah dengan opis dekat jer..

Eyda ingatkan tahun nih tiada apa-apa perubahan mendadak daripada tahun-tahun yang lepas.. Rupanya ada perubahan dari segi waktu pembelajaran pada tahun ini..





Nasib Eyda laa tadi terpaksa menunggu lama sehingga bebudak tuh balik.. Rupanya setiap hari Isnin pelajar kena balik lewat.. Kalau ikutkan tahun lepas, tahun 2 jam 1 petang dah boleh balik.. Tahun nih dari tahun 1 hingga 3 kena balik kul 1.30 petang.. Tahun 4-6 balik jam 2.00 petang.. Dah laa tadi Eyda sampai awal ke sekolah.. Huhuhu..

Izzat plak dari hari Isnin-Rabu balik jam 1.30 petang.. Hai terpaksa laa menunggu Eyda untuk hari Selasa dan Rabu memandangkan waktu pulang yang berbeza..

Izzat tahun nih dapat guru kelas yang sama dengan tahun 2 dulu.. Jadinya, cikgu kelas dah sedia maklum laa dengan perangai majoriti anak murid cikgu..

Kimie plak masuk kelas Izzat masa tahun 2 dulu.. Follow memfollow laa mereka.. Apapun gembira bila tengok mereka gembira ke sekolah hari nih.. Masing-masing tak da masalah nak ke sekolah hari nih..

Semoga mereka akan sebegini sehingga akhir tahun.. Harap mereka lebih success pada tahun ini..





You Might Also Like

13 comments

  1. senang dah bila anak2 tak banyak kerenah..cuma masa nak menunggu tu la...kena mintak izzat tunggu dulu la sementara kimie keluar..baru eyda datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul senang sangat kak watie.. yup penat menunggu laa.. terbalik tuh kak watie, kimie kena tunggu izzat.. hehehe..

      Delete
  2. Replies
    1. thanks zarul farhana.. sekejap jer rasa masa berlalu..

      Delete
  3. senangnya sekolah sama.
    hantar dan ambil sekali
    cuma masa keluar je berbeza kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya senang bila sama sekolah.. dah masuk tahun ke-3 diaorang sekolah yang sama..

      Delete
  4. wah seronoknya pi sekolah.... Aisyah pun dah masuk taska paya keladi.. dah 3 hari.... hari2 menangis masa tinggalkan dia... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ka.. dia tak biasa lagi tuh.. tera nak biasa ja kak jah..

      Delete
  5. Lain2 pulak waktunya.
    Bebanan cikgu bertambah.
    Begitu juga parents n budak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah shikin.. kesian pada semua yang terlibat..

      Delete
  6. Beza setahun je ye kimie dgn izzat. Nasib baik dekat dgn ofis. :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti