Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019

3/22/2019 02:56:00 PM


Semua orang mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing. Tidak kiralah dalam bentuk sukan, kemahiran atau pun hobi. Eyda pun tidak ketinggalan mempunyai minat dan kecenderungan iaitu dalam bidang sukan.

Pada mulanya, Eyda hanya bermain karom itu pun sebab tidak cukup orang untuk bermain dalam sukan jabatan. Ianya berlarutan lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam.

Cuma dalam 3 tahun kebelakangan ini, ianya mula berubah menjadikan sukan larian menjadi sukan yang Eyda minat.

Tahu kenapa? Ianya dapat mengurangkan rasa tekanan dan serabut dalam kepala Eyda. Lama-lama Eyda pun jadi seronok untuk berlari atau jogging nih.

Tak sangka minat bersukan nih turun pada anak kedua Eyda iaitu Kimie. Dia dari darjah 4 sehingga sekarang macam-macam permainan dia pernah terlibat. Walaupun hanya latihan di sekolah saja.

Bermula dengan sepak takraw pada darjah 4, kemudian bola tampar, bola sepak, futsal dan akhir sekali di awal tahun ini terlibat dengan hoki.

Ini kerana pada tahun ini perlawanan bola diadakan sedikit lambat berbanding sukan bola baling, hoki dan bola tampar.

 
Makanya majoriti pemain bola terlibat dengan pemilihan ketiga-tiga sukan tersebut. Kimie akhirnya nama tersenarai dalam pemain hoki.

Majoriti yang terlibat dalam pemilihan pemain hoki kali ini memang baru, hanya 2 orang saja yang pernah bermain sebelum ini. Tapi ianya tidak mematahkan semangat cikgu Rais untuk mengajar mereka dalam masa kurang sebulan dari tarikh perlawanan.
 
Tahun ini barulah sukan hoki kembali aktif setelah setahun sukan hoki sepi tanpa guru pengajar. Ini kerana pada tahun ini sekolah anak mendapat guru yang pernah menjadi pengadil hoki sehingga peringkat antarabangsa.

Wah bukan calang-calang kan guru diaorang. Memandangkan awal bulan Februari ada Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019 makanya bermula minggu kedua bulan Januari cikgu mengadakan latihan hoki setiap petang selepas sesi persekolahan.

Hari yang ditunggu telah pun tiba, pada 2 Februari 2019 yang lalu Kimie dan pasukan sekolah menyertai Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019.


Alhamdulillah usaha cikgu Rais tidak sia-sia bila mana pasukan hoki sekolah Kimie berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019 Bawah 12 Tahun.



  
Tahniah buat Kimie dan seluruh pasukan dan tidak ketinggalan buat tenaga pengajar yang bersusah payah mencurahkan ilmu dan kemahiran pada pasukan ini.




Ini merupakan perlawanan pertama Kimie dalam peringkat tinggi selain di sekolah. Semoga ianya menyuntik semangat Kimie untuk sentiasa aktif.

 
Kimie pernah menyatakan hasrat untuk ke sekolah sukan selepas ini. Semoga impian dan cita-citanya berjaya suatu hari nanti.



Kredit gambar daripada Norlee dan Maswadi


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti