Resepi Ketam Masak Telur Masin
5/21/2018 04:07:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Jangan marah tau bila mana Eyda berkongsi resepi kat sini. Manalah tahu nanti ada yang marah Eyda pula post gambar makanan kat sini.
Hari ini Eyda nak berkongsi resepi yang Eyda cari dalam Google. Yelah, ini kali pertama Eyda masak Ketam Masak Telur Masin. Gigih tau cari resepi yang paling mudah dan simple. Yang pastinya sedap.
RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN
Hidangan 1-2 orang
Bahan-bahan :
1 ekor Ketam Bunga sederhana besar
5 biji Cili Padi (ikut selera dan kepedasan masing-masing)
1 tangkai Daun Kari
1 sudu besar Butter (Eyda guna Buttercup)
2 biji Telur Masin - bahagian kuning telur (Eyda guna 1 1/2 biji telur kuning dan 1/2 biji telur putih)
1 sudu kecil gula
3 sudu besar Susu Cair (Eyda gantikan dengan santan)
2 biji Bawang Putih (diketuk)
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak Masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
1. Rebuskan telur masin sehingga masak, asing dan hancurkan 1 1/2 biji kuning telur dan ditambah 1/2 biji bahagian putih telur masin. Ketepikan.
2. Bersihkan ketam dan potong kepada dua dan letakkan garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng.
3. Gorengkan ketam dengan cara tenggelamkan ketam di dalam minyak yang panas. Jika ingin kurangkan kuantiti minyak, pastikan ketam digoreng dengan sempurna. Ketepikan.
4. Tinggalkan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan butter dan tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan telur masin yang telah dhancurkan tadi. Gaul rata.
6. Masukkan santan dan gula. Kacau rata dan tunggu sehingga kuah sedikit berbuih.
7. Masukkan ketam dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi diolah semula dari Kak Zila@zila4ever
Moga resepi yang Eyda kongsikan ini hasil daripada olahan semula ini mampu memberikan idea dan manfaat kepada yang membaca. Selamat mencuba ya.
6 comments
uish.. sedapnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Shahida.. Anak-anak pun puji sedap..
DeleteSalam Ramadhan Izzeyda..
ReplyDeleteMenu ketam memang sedap walau masak apa cara sekalipun lebih-lebih lagi masak telur masin.. My favorite ni Izzeyda..
Kan I Am LZ, ketam ni masak apapun hasilnya sedap. Ya suka juga dengan ketam masak telur masin ni.
Deletetakpernah try lagi. mcm sedapppp je
ReplyDeletekena cuba Shafyqah baru tau sedap ke tak? hari ni nak masak untuk kali kedua menu nih..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..