Buffet Ramadhan 101 Resepi Tok Wan | Vistana Hotel Penang
5/28/2018 03:46:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu kita berpuasa, ada yang masih mencari lokasi menarik untuk berbuka?
Apa kata anda singgah ke Vistana Hotel Penang. Pelbagai menu yang menarik ada di sini. Bukan itu saja, ada beberapa menu istimewa turut ada di sini.
Nak tahu? Jom kita jengah ada yang ada di buffet Ramadhan Vistana Hotel Penang yang menggunakan tema 101 Resepi Tok Wan yang bermula dari 16 Mei hingga 13 Jun 2018.
101 RESEPI TOK WAN
Tema 101 Resepi Tok Wan diilhamkan dari pelbagai menu melayu tradisional. 'Tok Wan" ini merupakan gelaran bagi nenek di negeri Pahang. Mendengarkan perkataan Tok Wan, pastinya kita akan teringat keenakan masakan orang-orang lama.
Tidak lengkap rasanya menu buffet Ramdhan tanpa Kambing Golek. Pastinya menu ini menjadi antara tarikan pengunjung.
Bukan itu saja, pelbagai menu tradisi turut disajikan di sini.
Bagi peminat kerabu, pelbagai jenis kerabu boleh anda nikmati bersama juadah yang lain.
Ikan kering turut menambahkan selera untuk anda nikmati hidangan berbuka.
Pasembur dan tauhu sumbat juga turut ada disajikan untuk anda.
Bagi peminat ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal termasuk budu anda boleh dapatkannya di sini.
Satu kelainan menu buffet Ramadhan kali ini, pihak Vistana Hotel Penang menampilkan hidangan Nasi Kerabu. Rasanya yang cukup, pastinya membuatkan anda berselera menikmati Nasi Kerabu ini.
Tidak ketinggalan Laksa Penang pastinya menambat peminat laksa untuk menikmatinya.
Tidak dilupakan Nasi Ayam juga ada untuk anda nikmati.
Selesai saja makan hidangan utama, apa kata anda jamah Murtabak, pelbagai jenis Bubur, kuih muih dan juga desert.
Harga Buffet Ramadan Vistana Penang
Dewasa RM70 nett
Kanak-kanak (4-12tahun) RM30 nett
Untuk tempahan sila hubungi
Tel: +604-6468000
Whatsapp: +0186880010
Email: vispg@ytlhotels.com.my
Website: www.vistanahotels.com
VISTANA HOTEL PENANG
6 comments
Sedapnya tengok kerabu tu...lagi satu bubur-bubur...
ReplyDeletetu laa ada banyak jenis kerabu dan bubur di sini PC.. rambang mata nak memilih menu untuk jamah.
Deleteaduh sabar banyak je tengok gambar gambar ni huhu
ReplyDeletesabar ya Shafyqah, nanti waktu berbuka sampai laa..
DeleteTudiaaaaaa....semuanya sedap ha....tahun ni akak banyak dapat jemputan tapi kena pilih..hahaha..x larat nak berbuka kat luar hari- hari
ReplyDeletebetul kak SA, semua sedap dan rambang mata nak memilih. sama laa ada juga jemputan yang terpaksa di tolak sebab bertembung dengan aktiviti sendiri dan penat nak berbuka di luar selalu.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..